gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Temuramah

Interview eksklusif MtG: Streets of New Capenna – Perspektif dunia bersama Lauren Bond & Dawn Murin

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 8, 2022
in Artikel, Berita, Eksklusif, Kad Strategi, Temuramah
0 0
0
Interview eksklusif MtG: Streets of New Capenna – Perspektif dunia bersama Lauren Bond & Dawn Murin
Share on FacebookShare on Twitter

“Magic: The Gathering” aka MtG kerap memperkenalkan set kad supaya keseluruhan gameplay sentiasa kekal menarik, dan ini termasuk set “Streets of New Capenna” yang dilancarkan secara rasmi pada 29 April lalu. Berlatarkan lima keluarga penjenayah yang ingin menguasai kota New Capenna, set ini mengandungi 281 kad dan akan tersedia dalam edisi tabletop.

Sempena itu, kami bernasib baik kerana dapat menjalankan interview eksklusif bersama Lauren Bond, “creative producer” untuk set New Capeena dan Dawn Murin selaku senior art director Wizard of the Coast untuk mempunyai pemahaman yang lebih mendalam tentang struktur dan reka bentuk expansion terbaru.

Lauren Bond

Tanpa melengahkan masa, berikut adalah kandungan temu ramah:

Proses mencipta New Capenna

Semasa membuat tri-color (tiga warna asas) bagi setiap keluarga penjenayah, adakah ia memberi lebih banyak alat untuk mengembangkan latar belakang mereka?

Bond: Bila-bila masa kami melawat semula kumpulan warna dalam latar belakang baru, kami sentiasa memikirkan cara unyuk membezakannya daripada ekspresi sebelum. Sebagai contoh, apakah yang membezakan Riveteer daripada Jund? Tri-color memberi kita banyak ruang untuk bermain, dan benar-benar meneroka aspek baru bagi identiti mekanikal dan naratif setiap warna.

Adakah konsep lima keluarga itu dibangunkan dari perspektif gameplay dahulu atau dari sudut naratif?

Bond: Di Capenna, reka bentuk game dan worldbuilding telah dilakukan bersama-sama antara satu sama lain. Ia adalah usaha “give-and-take” secara kolaboratif yang dilakukan oleh pasukan untuk mencapai hasil yang paling menyeronokkan dan berperisa. Sebagai contoh, salah seorang pereka dunia kami mencadangkan bahawa Caberetti suka mengadakan parti dan perhimpunan besar-besaran yang kemudian menjadi titik tolak untuk mencipta mekanik mereka.

Bagaimana anda dan pengarah seni lain berjaya membuat konsep “Magic” yang unik di Art Deco?

Bond: Apabila mereka bentuk set, kami mempunyai banyak konsep awal, dan kemudian “konsep” yang lebih besar di mana kami menjana aset visual untuk latar belakang yang akan digunakan semasa mencipta seni kad. Bagi Capenna, konsep besar sebahagiannya tertumpu pada mencipta penampilan yang berbeza untuk setiap puak, meneroka fesyen yang berbeza pada era itu dan cara yang berbeza untuk mentafsir art deco secara visual.

Apakah daya tarikan dan gaya pada era ini?

Bond: Idea original untuk Capenna ialah “gengster iblis” yang benar-benar menjadi titik tolak untuk mencipta dunia. Walaupun kami dapat mengembangkan dan membangunkan latar belakang dalam banyak cara, ia tetap merupakan set “gengster iblis” kami.

Gaya Visual

Memandangkan topik mafia sangat popular dalam media, adakah terdapat sebarang idea yang perlu anda buang kerana merasakan ia “terlalu biasa”?

Bond: Ia sentiasa “give and take”, tetapi dengan jumlah kad dalam satu set, kami mempunyai ruang untuk reka bentuk atas ke bawah bagi kad-kad individu berdasarkan perkara yang diharapkan oleh orang, serta masih mempunyai cukup ruang untuk mewujudkan dunia yang kompleks.

Reka bentuk senjata dalam New Capenna adalah berasaskan alat muzik. Adakah anda mempunyai apa-apa instrumen kegemaran?

Bond: Reka bentuk semuanya sangat menyeronokkan, saya tidak pasti kalau boleh memilih satu kegemaran!

Antara filem, lukisan dan muzik, manakah yang anda rasa paling penting sebagai rujukan untuk mendapatkan nada New Capenna?

Murin: Art Deco dan Nouveau adalah inspirasi utama untuk alam sekeliling dan bahasa reka bentuk pakaian. Sejarah jenayah terancang di A.S. merupakan sumber inspirasi yang besar untuk worldbuilding. Daripada filem, muzik dan lukisan, saya rasa filem & TV (contoh: Godfather, Sopranos) adalah rujukan utama antara ketiga-tiganya.

Bolehkah anda menamakan mana-mana artis yang benar-benar menyerlah sebaik sahaja mereka ditugaskan ke set ini? Sebagai alternatif, adakah ada artis yang anda tahu anda perlu bekerjasama untuk New Capenna?

Murin: Terdapat ramai yang menonjol dalam set ini yang berjaya melaksanakan latar belakang dengan baik dan menangkap semangat persekitaran dunia ini. Berikut adalah beberapa contoh:

Angelic Sleuth oleh Marc Simonetti
Tivit, Seller of Secrets oleh Chris Rahn
Raffine, Scheming Seer oleh Johannes Voss
Phabine, Boss’s Confidant oleh Ryan Pancoast
Family’s Favor oleh Alexander Mokhov
Riveteers Ascendancy oleh Svetlin Velinov
Rogue’s Gallery oleh Matt Stewart
Rumor Gatherer oleh Simon Dominic
Daring Escape oleh Ekaterina Burmak
Angelic Observer oleh Zack Stella
Goldhound oleh Donato Giancola
Lord Xander, the Collector oleh Martina Fačková
Jetmir, Nexus of Revels oleh Ryan Pancoast
Bess, Soul Nourisher oleh Leonardo Santanna


Terima kasih kami ucapkan kepada Lauren Bond dan Dawn Murin dari MtG kerana sudi meluangkan masa bersama kami dalam interview ini untuk membincangkan lebih lanjut tentang set Streets of New Capenna. Buat sesiapa yang berminat, set MtG Streets of New Capenna kini tersedia dalam bentuk Draft Boosters, Set Boosters, dan Collector Boosters, serta Theme Boosters dan Commander Decks untuk keluarga jenayah pilihan pemain.

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: EksklusifinterviewLauren BondMTGStreets of New Capenna
Previous Post

[Khabar Angin] Nintendo bakal mengeluarkan lebih banyak filem selepas Super Mario

Next Post

Spy x Family: Organisasi rahsia yang disertai oleh Loid dan Yor Forger

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Smurfs Kart akan dilancarkan pada hujung tahun 2022 di Nintendo Switch!
Berita

Smurfs Kart akan dilancarkan pada hujung tahun 2022 di Nintendo Switch!

June 27, 2022
One Piece hampir tamat pada 2012 kerana isu keluarga, bak kata pencipta Eiichiro Oda
Anime

One Piece hampir tamat pada 2012 kerana isu keluarga, bak kata pencipta Eiichiro Oda

June 27, 2022
One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]
Berita

One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]

June 27, 2022
Next Post
Spy x Family: Organisasi rahsia yang disertai oleh Loid dan Yor Forger

Spy x Family: Organisasi rahsia yang disertai oleh Loid dan Yor Forger

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]

One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]

by safwan
June 27, 2022
0

One-Punch Man merupakan siri yang memperkenalkan lelaki botak bernama Saitama sebagai watak utama. Memandangkan dia selalu bertarung dengan santai selama...

Anime baru Kaguya-sama: Love is War telah diumumkan, manga menghampiri penamat!

Anime baru Kaguya-sama: Love is War telah diumumkan, manga menghampiri penamat!

by Maira
June 27, 2022
0

Kaguya-sama Love is War musim ke-3 baru sahaja tamat dengan episod terakhirnya yang ditayangkan selama sejam. Rata-rata semua peminat teruja...

Anime SPY x FAMILY akan kembali dengan Part 2 pada Oktober ini, Trailer juga didedahkan!

Anime SPY x FAMILY akan kembali dengan Part 2 pada Oktober ini, Trailer juga didedahkan!

by Maira
June 27, 2022
0

Episod ke-12 anime Spy x Family baru sahaja ditayangkan pada hujung minggu lepas, dan peminat nampaknya kena menunggu 3 bulan...

Acara ACG Cos-Mic dibatalkan pada hari kedua, mengundang kemarahan peminat kerana “pengurusan teruk”

Acara ACG Cos-Mic dibatalkan pada hari kedua, mengundang kemarahan peminat kerana “pengurusan teruk”

by Razin Syafiq
June 26, 2022
0

Sepatutnya berlangsung pada 25 dan 26 Jun, acara anime Cos-Mic di Sunway Clio Exhibition Centre, Kuala Lumpur telah dibatalkan pada...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In