Ace Angler adalah game yang sangat terkenal dalam bab memancing lagi-lagi di Nintendo Switch. Tambah pula dengan pelancaran game baharunya iaitu Ace Angler Fishing Spirits yang bakal tiba pada 27 Oktober 2022 di Nintendo Switch, memang ramai peminat yang tidak sabar untuk bermainnya apabila dikeluarkan nanti.
Untuk menambah “hype” peminat Ace Angler, kami berpeluang untuk menemu ramah dengan producer game itu sendiri iaitu Yayoi Tomidokoro. Banyak yang kami bincangkan dalam temuramah kali ini. Jadi, tanpa melengahkan masa lagi, jom kita mulakan.
Jadi, Story Mode untuk Ace Angler Fishing Spirits melibatkan melindungi lautan dunia daripada pencemaran. Jadi betapa pentingnya mesej alam sekitar ini semasa membangunkan game?
Mengenai mode story tentang pencemaran sebenarnya terdapat 5 mode dan salah satu tarikan utama ialah dok pencemaran. Dok ini akan mengenai laut yang tercemar dan anda sebenarnya cuba menyelamatkan ikan. Seperti yang anda lihat, untuk diri sendiri atau seperti juga untuk Asia Tenggara, kebanyakan kawasan dikelilingi oleh banyak laut.
Jadi, orang yang suka bermain Ace Angler kebanyakannya suka ikan, laut, pantai dan segala-galanya. Jadi, saya berfikir bahawa mungkin bagus untuk mencuba meningkatkan pengetahuan tentang perkara sebegini untuk membolehkan orang ramai menyedari bahawa anda tahu, mencemarkan laut – Ini bukan idea yang sangat bagus. Anda mesti menyelamatkan mereka dan segala-galanya. Jadi, ia akan menjadi hebat untuk menolak ideologi seperti ini melalui game juga.
Berminat untuk menyemak sama ada akan ada lagi raksasa baharu dalam game selain daripada yang dipaparkan dalam trailer?
Ya, pada masa ini kami dalam fasa berfikir dan sudah tentu kami merancang untuk melaksanakan lebih banyak lagi dalam update masa hadapan.
Apakah penambahbaikan utama game ini berbanding game Ace Angler yang pertama?
Berbanding tajuk sebelum ini, ia sebenarnya mempunyai lebih daripada tiga mode iaitu Medal Mode, Story Mode dan Mode Party dan sebelum ini semuanya bersifat individu. Terdapat individu dan tidak ada kaitan atau hubungan antara satu sama lain.
Tetapi kali ini untuk Ace Angler Fishing Spirits, ia telah bertukar kepada taman tema yang sangat besar, di mana semua lima tarikan menyamai semua lima mode dalam taman tema itu. Jadi, salah satu perubahan utama ialah semua mode sebenarnya bukan individu dan ia berkaitan antara satu sama lain.
Jadi, walaupun dalam game, semua medal, semua tiket untuk mengumpul partner sejati anda, semuanya dikaitkan antara satu sama lain. Dan matlamat game ini adalah untuk menjadikan taman tema anda sebesar mungkin.
Memandangkan Ace Angler fishing Spirits adalah seperti game bertemakan akuarium, kami ingin tahu sama ada terdapat latar belakang akuarium itu?
Salah satu perkara utama Ace Angler ialah raksasa dan ikan yang sangat besar di sana. Berbanding dengan permainan memancing lain di luar sana, ia lebih kecil. Jadi mereka cuba untuk menekankan ikan-ikan yang hebat itu.
Jadi jika dibandingkan dengan watak, ia adalah kecil. Jadi kami cuba menekankan bahawa anda akan menangkap perkara-perkara besar ini. Itulah antara sebab utama mereka menukar kepada tema taman akuarium.
Jadi game itu dijual dengan pengawal pancing. Jadi adakah anda mengatakan bahawa ini adalah cara yang optimum untuk bermain game?
Joran ini sebenarnya dikilangkan khas oleh Bandai. Oleh itu, seperti yang anda boleh lihat sendiri semasa anda memutarkan “Fishing Reel”, anda sebenarnya boleh mendengar bunyi seperti di dunia sebenar. Ia benar-benar membuatkan anda berasa sangat realistik, seperti cuba menekankan lebih banyak pengalaman gameplay. Jadi, ya, cara ini sebenarnya membuatkan game terasa lebih menarik.
Adakah mode multiplayer online akan menjadi perkhidmatan yang sentiasa dikemas kini secara kerap?
Pada masa ini, multiplayer akan mendapat kemas kini tetap untuk tajuk ini. Dalam mode multiplayer online ini, 4 orang pemain akan bertarung dalam sistem ranking untuk naik rank. Jadi, mereka sebenarnya mempunyai 10 peringkat rank dan yang paling tinggi ialah rank S yang akan dikenal pasti sebagai matlamat mode online serta menjadi God Angler.
Walaupun anda akhirnya mencapai kedudukan teratas, anda masih terus mendapat lebih banyak medal. Jadi untuk game ini kami sebenarnya cuba menjadikan pengalaman bermain online ini sangat menyeronokkan. Suka atau tidak, anda tetap kena bermain online tetapi kemasukan akan direndahkan sedikit berbanding yang mempunyai pengelaman. Jadi, anda tidak akan diturunkan rank. Memang atau kalah, anda masih mendapat medal cuma bezanya terletak pada jumlah.
Apakah yang dipelajari oleh pasukan developer daripada membuat game pertama yang dapat mereka gunakan untuk develop game ini?
Salah satu perkara utama sebenarnya adalah kawalan. Game sebelum ini game yang sentiasa dikemas kini, tetapi masalahnya ialah tidak banyak ciri tertentu yang dilaksanakan pada butang. Matlamat asal pasukan developer adalah untuk mencuba memastikan orang ramai benar-benar menikmati keseronokan memancing.
Terdapat sambutan yang cukup baik daripada pemain. Jadi untuk game ini, mereka sebenarnya menyemak dua mata. Dalam game sebelumnya, joran sebenarnya adalah dua controller. Jadi, kali ini mereka menukarnya kepada single controller, cuba menjadikannya lebih mudah. Perkara kedua ialah mereka sebenarnya ingin melaksanakan mode butang. Jadi ini adalah perubahan yang telah mereka pelajari daripada game sebelum ini.
Apakah beberapa ciri kegemaran anda dalam game?
Ciri utama yang saya suka sebenarnya ialah Shark Fever Mode. Ini adalah game Medal Pusher. Ia tidak seperti Medal Pushers biasa di mana anda mempunyai 5 item. Dalam game ini adalah sebenarnya jackpot gergasi tetapi didalamnya berisi jerung gergasi di mana anda sebenarnya mendapat banyak medal.
Kami faham bahawa Putera Ikan, Karibu Suzuki, anda telah bekerjasama dengannya untuk mengesahkan fakta dan kuiz ikan yang menyeronokkan dan perkara-perkara seperti itu. Bagaimana rasanya bekerja dengan Putera Ikan dan berapa banyak input yang dia ada pada pembangunan game?
Perkara utama yang kami dapat dari Putera Ikan adalah pengetahuannya yang sangat luas tentang ikan dan laut. Manakala perkara pertama yang terkesan sebenarnya berkaitan dengan mode story mengenai pencemaran, ikan, laut yang berkait antara satu sama lain. Dan pengetahuannya mengenai perkara tersebut sangat luas.
Disebabkan itu, pasukan developer sebenarnya banyak belajar daripadanya mengenai perkara seperti ini termasuk daripada ikan kecil sehingga ikan yang paling besar. Senang cerita daripada bentuk kecil selepas lahir sehingga menjadi ikan dewasa. Semua bahagian ini tidak dilaksanakan dalam game tetapi semua pengetahuan ini bagus jadi mereka sebenarnya cuba melaksanakan sebahagian daripadanya.
Dia sebenarnya mengajar bagaimana akuarium dari pandangan dalam, dia terlibat dengan jalan cerita dok tercemar dan taman tema sendiri dan banyak NPC yang diawasi olehnya. Secara keseluruhan, jalan cerita dibuat untuk menjadikannya lebih menarik kepada penonton, lebih realistik dan lebih berpengetahuan tentang cara ia berfungsi.
Adakah terdapat sebarang rancangan DLC masa hadapan untuk versi Nintendo Switch?
Ya, akan ada rancangan masa depan untuk game ini. Walaupun seperti game sebelum ini, ia sentiasa dikemas kini secara kerap untuk memastikan peminat kekal bermain. Untuk game ini, kami akan mencuba membuat perkara yang sama dengan memberikan kemas kini secara berterusan. Buat masa sekarang, ia masih tidak pasti sama ada DLC ini berbayar atau tidak dan masih belum dibuka untuk didedahkan lagi.
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang mode story Ace Angler Fishing Spirits?
Jalan cerita kali ini lebih kepada laut sangat tercemar kerana racun terutamanya dalam dok beracun. Disebabkan perkara ini, bukan manusia sahaja yang mempunyai masalah, ini juga akan berlaku kepada ikan yang berada dalam laut. Jadi, jalan cerita kali ini lebih memfokuskan kepada jalan penyelesaian dengan mencuba menghentikan isu ini.
Dalam story mode ini, mereka memancing semua ikan dan cuba menyelidik mengenainya untuk mencari masalah dari mana racun itu datang, jenis racun dan cuba mencari bos terakhir lalu mengalahkan dan selamatkan laut.
Akan ada co-op multiplayer yang menampilkan game parti dan pertempuran online. Jadi adakah co-op ini secara eksklusif online atau adakah terdapat juga lokal co-op?
Untuk mode parti, ia adalah eksklusif co-op online dan pertempuran online juga adalah eksklusif online juga.
Adakah game ini mempunyai leaderboard dalam multiplayer?
Mengenai leaderboard global. Anda boleh mengatakan bahawa ia akan ada leaderboard yang menunjukkan bilangan orang yang sebenarnya bermain. Anda boleh katakan yang leaderboard ini akan menunjukkan siapa yang pertama, siapa yang kedua dan mereka yang tiada. Itu tidak dilaksanakan dalam game ini.
Bagaimanakah anda menghasilkan game parti yang berbeza untuk mode parti?
Kali ini, sebenarnya akan ada 12 mini games dalam mode parti. Di dalam boleh mengatakan bahawa kita tahu. Jadi, jenis pemikiran yang kami kaitkan untuk mencipta game itu adalah ia berada di taman tema. Jadi salah satu perkara utama ialah mencipta game yang berkaitan dengan tarikan Taman Tema. Game yang sebenarnya dalam kehidupan sebenar boleh dimainkan di taman tema.
Seterusnya cuba mencari game yang kami kaitkan dengan ikan juga. Jadi, ini adalah 2 aliran pemikiran.
Adakah terdapat sebarang rancangan lain untuk mengeluarkan game ini ke platform lain pada masa hadapan selain daripada Switch?
Sekarang di Jepun, ia bukan sahaja untuk Switch. Pada masa ini, ia adalah pilihan yang sangat hangat di Jepun. Salah satu titik utama sebenarnya adalah di arked dan sebenarnya di rantau Asia tenggara, mesti ada beberapa di arked juga.
Mungkin ada, tetapi kebanyakannya tidak banyak di luar sana. Jadi, sudah tentu, kami cuba untuk membuat lebih ramai orang tahu tentang IP ini. Jadi, dengan ini, kami sebenarnya ingin meningkatkan lebih banyak titik untuk benar-benar mempunyai orang yang tidak tahu untuk benar-benar menikmati game ini.
Maka dengan itu, penerbit sebenarnya sedang mencuba yang terbaik, supaya game datang pada lebih banyak platform untuk membolehkan orang ramai menikmati game itu.
Berapa banyak perkara yang boleh kita kembangkan dalam dunia akuarium? Jadi saya faham bahawa untuk permainan ini, anda boleh membina pasukan anda dan menjadi sebesar mungkin. Jadi ya, apakah perkara lain yang dapat kami kembangkan dalam game?
Jadi buat masa ini akuarium adalah sehingga 12 tingkat dan setiap tingkat mempunyai tema tersendiri. Seperti tingkat 1 mempunyai tema jenis ikan ini, tingkat seterusnya adalah jenis tema yang berbeza. Jadi apabila anda mula, anda mungkin sudah mempunyai 1 atau 2 tingkat.
Di luar akuarium, jenis pengembangan yang ada, pada masa ini kami tidak dapat meramalkan apa-apa tetapi hanya ada akuarium.
Jadi, bagaimana anda memastikan game ini segar untuk pemain yang menikmati versi asal?
Akan ada matlamat yang berbeza berbanding dengan game sebelumnya. Dalam game ini, kami menumpukan usaha untuk menjadikan akuarium anda sebesar mungkin. Seterusnya akan ada sistem jackpot tambahan, terutamanya yang merupakan sistem summon.
Oleh itu, apabila anda benar-benar memancing, anda boleh menjatuhkan sesuatu seperti serangan bom gergasi. Anda memanggil ikan atau raksasa yang besar yang boleh membantu anda merosakkannya atau memancingnya.
Seterusnya adalah mengenai simpan data. Pengguna dari tajuk pertama sebenarnya boleh membawa data simpanan mereka. Sebaik sahaja anda membawa fail simpan anda, ia akan memberi anda lebih banyak tingkat berbanding orang yang tidak mempunyai fail simpan.
Anda boleh mengatakan bahawa ciri-ciri ini akan membawa kesegaran untuk peminat zaman dahulu.
Dengan jawapan terakhir pun telah dijawab oleh Yayoi Tomidokoro, maka tamat sudah sesi temuramah kami bersama game producer Ace Angler Fishing Spirits. Terima kasih kami ucapkan kepada Yayoi Tomidokoro kerana telah meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan kami.
Untuk dapatkan interview lain, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post