Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Intel melabur RM 30 bilion untuk membina kilang pembuatan cip di Pulau Pinang, Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 15, 2021
in Artikel, Berita, CPU, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Intel melabur RM 30 bilion untuk membina kilang pembuatan cip di Pulau Pinang, Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyatakan bahawa Intel telah memilih untuk membina fasiliti pembuatan cip baru yang bernilai RM 30 bilion di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Langkah besar ini dibuat semasa isu kekurangan semikonduktor global yang berterusan, dan walaupun fasiliti itu tidak akan keluar dalam masa terdekat, kapasiti tambahan tersebut akan membantu mengurangkan isu stok terhad dan mengurangkan kemungkinan kejatuhan ekonomi yang melanda pada masa hadapan.

Intel (INTC) to Invest $7 Billion for Chip Factory Expansion in Malaysia -  Bloomberg

“Kami gembira kerana Intel Corp telah memutuskan untuk melabur AS$7 bilion (RM30 bilion) untuk mengembangkan keupayaan pengilangannya dalam teknologi maju pembungkusan semikonduktor di Pulau Pinang,”

kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di Twitter.

We are delighted that Intel Corp. has decided to invest US$7 billion (RM30 billion) to expand its manufacturing capabilities in advanced semiconductor packaging technology in Penang.https://t.co/WR3lhvVATd

— Chow Kon Yeow (@chowkonyeow) December 14, 2021

Malaysia merupakan hab global yang penting dalam rantaian bekalan global semikonduktor, dan menyumbang kira-kira 7% daripada jumlah perdagangan semikonduktor global dan 13% daripada kapasiti global dari segi ujian pemasangan dan pembungkusan. Pada tahun 2020, eksport produk elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia merekodkan nilai sebanyak RM 386.29 bilion, dan menyumbang 39.3% daripada jumlah eksport Malaysia.

How Malaysia's tech hub in Penang will help economy rebound from  coronavirus pandemic | South China Morning Post
George Town

Ketua Pegawai Eksekutif Intel Patrick Paul Gelsinger, bersama Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Arham Abdul Rahman, akan menghadiri sidang media yang akan diadakan pada hari Rabu (15 Dis) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mengenai pelaburan yang dirancang.

Sangat bagus untuk melihat sebuah syarikat besar seperti Intel melibatkan Malaysia dalam rancangan produksi mereka dan memilih Pulau Pinang untuk membuat tapak fasiliti mereka. Semoga tahun 2022 lebih baik untuk pemain dan saya harap pelaburan ini dapat mengatasi isu kekurangan cip dan GPU. Untuk segala liputan kami tentang teknologi, sila tekan pautan ini.

Sumber – Bloomberg

Tags: cpuintelkilangMalaysiaPenangPulau Pinang
Previous Post

Peminat Genshin Impact menghasilkan kondom Zhongli untuk promosikan “safe sex”!

Next Post

Ubisoft memberikan Rayman Origins secara percuma! Assassin’s Creed Odyssey juga percuma untuk dimainkan seminggu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Ubisoft memberikan Rayman Origins secara percuma! Assassin’s Creed Odyssey juga percuma untuk dimainkan seminggu!

Ubisoft memberikan Rayman Origins secara percuma! Assassin's Creed Odyssey juga percuma untuk dimainkan seminggu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd