Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Inilah Super Sentai Paling Disukai Jepun, Menurut Undian Besar-Besaran!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 26, 2025
in Acara, Anugerah, Artikel, Berita, Senarai, Tokusatsu
0 0
0
Inilah Super Sentai Paling Disukai Jepun, Menurut Undian Besar-Besaran!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena ulang tahun ke-50 francais Super Sentai yang penuh bersejarah, saluran NHK BS baru-baru ini mengumumkan keputusan Zen Super Sentai Dai Tōhyō (All Super Sentai Grand Vote) — sebuah undian besar-besaran yang menghimpunkan pilihan peminat terhadap siri, hero, dan robot kegemaran mereka dari dunia tokusatsu Jepun yang ikonik ini.

Di Malaysia, ramai mengenali Super Sentai sebagai Power Rangers, versi adaptasi Amerika. Namun begitu, artikel ini mengekalkan konteks asal Super Sentai kerana jalan cerita dan budaya yang berbeza.

Undian ini merupakan sebahagian daripada siri “All Great Voting” anjuran NHK, dengan kerjasama Toei Company, Ishimori Productions, dan TV Asahi.

Peminat dari Jepun dan seluruh dunia diberi peluang mengundi dalam tiga kategori utama: Siri Sentai Kegemaran (daripada 50 siri), Hero Sentai Kegemaran (lebih 300 watak), dan Robot Sentai Kegemaran (lebih 160 mecha).

Dari segi demografi, undian ini menunjukkan majoriti pengundi adalah lelaki (52.5%), diikuti wanita (41.8%), dengan kelompok umur 20–30 tahun mendominasi penyertaan. Berikut adalah keputusan penuh yang telah diumumkan:

Siri Sentai Paling Popular

©テレビ朝日・東映AG・東映 ©東映©石森プロ・東映
  1. Kaizoku Sentai Gokaiger (2011)
  2. Ohsama Sentai King-Ohger (2023)
  3. Samurai Sentai Shinkenger (2009)
  4. Bakuage Sentai Boonboomger (2024)
  5. Kaito Sentai Lupinranger VS Keisatsu Sentai Patranger (2018)
  6. Avataro Sentai Donbrothers (2022)
  7. Tokuso Sentai Dekaranger (2004)
  8. Zyuden Sentai Kyoryuger (2013)
  9. Ressha Sentai ToQger (2014)
  10. Himitsu Sentai Gorenger (1975)

Hero Sentai Paling Popular

©テレビ朝日・東映AG・東映 ©東映©石森プロ・東映
  • Shinken Red / Takeru Shiba (Torio Matsuzaka) – Samurai Sentai Shinkenger
  • Gokai Red / Captain Marvelous (Ryota Ozawa) – Kaizoku Sentai Gokaiger
  • Don Momotaro / Taro Momoi (Kohei Higuchi) – Avataro Sentai Donbrothers
  • Spider Kumonos / Jeramie Brasieri (Masashi Ikeda) – Ohsama Sentai King-Ohger
  • Deka Master / Doggie Kruger (suara Tetsu Inada) – Tokuso Sentai Dekaranger
  • Kyoryu Red / Daigo Kiryu (Ryō Ryūsei) – Zyuden Sentai Kyoryuger
  • Bun Red / Tauya Hondo (Haruhi Iuchi) – Bakuage Sentai Boonboomger
  • Gokai Blue / Joe Gibken (Yuki Yamada) – Kaizoku Sentai Gokaiger
  • Patren 1-go / Keiichi Asaka (Kousei Yuki) – Kaito Sentai Lupinranger VS Keisatsu Sentai Patranger
  • Lupin Red / Kairi Yano (Asahi Ito) – Kaito Sentai Lupinranger VS Keisatsu Sentai Patranger

Robot Sentai Paling Popular

©テレビ朝日・東映AG・東映 ©東映©石森プロ・東映
  • Don Onitaijin – Avataro Sentai Donbrothers
  • GokaiOh – Kaizoku Sentai Gokaiger
  • King-Ohger – Ohsama Sentai King-Ohger
  • Boonboom Robo – Bakuage Sentai Boonboomger
  • ShinkenOh – Samurai Sentai Shinkenger
  • Tega Sword – No. 1 Sentai Gozyuger (2025)
  • Kyoryuzin – Zyuden Sentai Kyoryuger
  • ToQ-Oh – Ressha Sentai ToQger
  • Muteki Shogun – Ninja Sentai Kakuranger (1994)
  • Byunbyum Mach Robo – Bakuage Sentai Boonboomger
©テレビ朝日・東映AG・東映 ©東映©石森プロ・東映

Super Sentai, hasil ciptaan Toei Company dan Shotaro Ishinomori, telah menjadi tonggak budaya tokusatsu di Jepun, dengan konsep pasukan wira yang menggunakan seni mempertahankan diri dan robot gergasi untuk menumpaskan kejahatan.

Di Amerika, konsep ini diadaptasi menjadi Power Rangers, dengan rakaman asal Super Sentai digunakan tetapi jalan cerita diubah sejak 1993. Undian ini jelas menunjukkan bagaimana pengaruh Super Sentai terus berkembang, bukan sahaja di Jepun, tetapi juga di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawat laman rasmi NHK Super Sentai Grand Vote.

Tags: power rangerssuper sentai
ShareTweetSend
Previous Post

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

Next Post

Ejen Ali The Movie 2 Pecah Rekod, Raih RM15.3 Juta dalam Empat Hari Tayangan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Witchspire (Early Access) – Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna
Review

Reviu Witchspire (Early Access) – Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna

Sempat Buat Gamer Garu Kepala, Cinder City Jadi Game Pertama Yang Cadang RAM 64GB
PC

Sempat Buat Gamer Garu Kepala, Cinder City Jadi Game Pertama Yang Cadang RAM 64GB

July 3, 2026
Sambut Pelancaran Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Dengan Ganjaran Cygames ID
Berita

Sambut Pelancaran Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Dengan Ganjaran Cygames ID

July 3, 2026
Next Post
Ejen Ali The Movie 2 Pecah Rekod, Raih RM15.3 Juta dalam Empat Hari Tayangan

Ejen Ali The Movie 2 Pecah Rekod, Raih RM15.3 Juta dalam Empat Hari Tayangan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd