Tahun 2021 memang penuh dengan berita anime dan manga yang mengujakan dan ada juga berita yang sudah pasti membuatkan kita sedih. Nampaknya kebanyakkan manga popular shonen akan tamat kerana ia sudah pun memasuki fasa terakhir dalam penceritaannya. Lebih-lebih lagi majalah shonen JUMP, yang seperti tidak mempunyai pengganti yang boleh manandingi siri yang sedia ada. Berikut adalah senarai manga popular yang telah memasuki fasa terakhir cerita:
1. ONE PIECE
Ini adalah siri manga popular paling panjang dalam senarai ini, jadi tidak peliklah apabila ia diumumkan akan habis pada September lalu. Eiichiro Oda ada mengatakan tahun lalu bahawa One Piece akan tamat dalam empat hingga 5 tahun lagi. Tetapi macam-macam boleh jadi, mungkin ia akan ditamatkan lebih awal atau lama dari jangkaan. Jadi, kita enjoy dulu manga One Piece selagi boleh. Bukan setakat itu sahaja, animenya juga telah mempunyai 1000 episod!
Sebagai seorang kanak-kanak, Monkey D. Luffy telah diilhamkan untuk menjadi lanun dengan mendengar kisah “Red-Haired” Shanks. Tetapi kehidupan Luffy berubah apabila dia secara tidak sengaja memakan Gum-Gum Devil Fruit dan memperoleh kuasa untuk meregang seperti getah…dan tidak boleh berenang lagi! Bertahun-tahun kemudian, masih berjanji untuk menjadi raja lanun, Luffy memulakan pengembaraannya…seorang lelaki di dalam perahu dayung, untuk mencari “One Piece”, harta legenda yang dikatakan sebagai harta karun terbaik di dunia…
2. My Hero Academia
Pada bulan Mac yang lalu, manga My Hero Academia telah diumumkan memasuki act terakhir. Kita akan lihat perlawanan habis-habisan antara hero dan villain. Ramai yang tidak sabar untuk melihat bagaimana pengakhiran kepada All for One. Musim ke-6 anime My Hero Academia pula akan ditayangkan pada tahun depan.
Pelajar sekolah menengah Izuku Midoriya mahu menjadi seorang hero lebih daripada segala-galanya, tetapi dia tidak mempunyai sedikit pun kuasa dalam dirinya. Tanpa peluang untuk masuk ke U.A yang berprestij. Sekolah menengah untuk hero baru, hidupnya semakin lama menampakkan jalan buntu. Tetapi pertemuannya dengan All Might, hero terhebat, memberinya perluang untuk mengubah nasibnya…
3. Dr. Stone
Kalau cerita pasal kimia dan sains, pasti Dr. Stone yang akan terlintas dulu. Manga ini telah ditulis oleh Riichiro Inagaki dan dilukis oleh Boichi. Dr. Stone telah memasuki fasa terakhir pada bab 212 yang telah keluar pada September lalu. Ia juga mempunyai adaptasi anime sebanyak 35 episod untuk musim pertama dan kedua. Sekuel untuk animenya juga telah diumumkan tetapi masih tidak tahu jika ia filem atau musim ketiga anime tersebut.
Suatu hari yang ditakdirkan, seluruh manusia telah berubah menjadi batu. Bertahun-tahun kemudian, Taiju telah membebaskan dirinya dari terus membatu dan mendapati dirinya dikelilingi oleh patung-patung batu. Situasinya kelihatan suram sehinggalah dia berjumpa dengan rakannya yang sukakan sains, Senku! Bersama-sama, mereka merancang untuk memulihkan kembali kehidupan mereka dengan kuasa sains
4. Tokyo Revengers
Sebuah lagi manga popular dari Weekly Shonen yang telah memasuki fasa terakhir pada tahun 2021 iaitu Tokyo Revengers. Manga ini telah mendapat adaptasi anime yang mempunyai 24 episod. Ia antara anime popular yang telah ditayangkan pada tahun ini.
Semasa menonton berita, Takemichi Hanagaki mendapat tahu bahawa teman wanitanya dari zaman sekolah menengah, Hinata Tachibana telah meninggal dunia. Dia telah dibunuh oleh kumpulan jahat yang dikenali sebagai Tokyo Manji Gang. Dia yang tinggal di sebuah apartmen buruk dengan dinding nipis dan bosnya yang lebih muda, melayannya seperti orang bodoh. Dia tiba-tiba sahaja kembali pada 12 tahun lepas, semasa zaman sekolah menengahnya! Untuk menyelamatkan Hinata dan mengubah nasibnya, Takemichi ingin mendapatkan kedudukan tertinggi di kumpulan geng Kanto yang paling jahat!
5. Jujutsu Kaisen
Jujutsu Kaisen, manga yang diterbitkan Shonen Jump juga akan berakhir. Akutami Gege ada mengatakan dia akan menghabiskan manga tersebut dalam dua tahun. Tetapi manga ini masih belum memasuki fasa terakhir dalam ceritanya. Jadi, kalau dalam keluaran akan datang yang mengatakan Jujutsu Kaisen memasuki babak terakhir, jangan terkejutlah ya. Filem Jujutsu Kaisen 0 juga akan ditayang Disember ini di Jepun. Harap-harap kita juga dapat menonton filem itu di Malaysia.
Untuk beberapa sebab yang pelik, Yuji Itadori, walaupun mempunyai kelebihan atletik yang hebat, dia lebih suka bergaul dengan kelab Occult. Tidak lama selepas itu, dia mendapat tahu bahawa ilmu ghaib itu betul dan beberapa ahli kelab itu diserang! Sementara itu, Megumi Fushiguro sedang menjejaki objek sumpahan gred khas dan pencariannya itu membawanya berjumpa Itadori…
6. Kaguya-sama: Love is War
Sebuah manga romcom oleh Akasaka Aka yang diterbitkan di majalah Weekly Young Jump. Bulan lepas, manga ini telah memasuki fasa terakhir dan musim terbaru animenya juga akan ditayangkan pada tahun depan.
Sebagai pemimpin majlis pelajar akademi mereka yang berprestij, Kaguya dan Miyuki adalah golongan elit! Tetapi ia agak sunyi berada di atas… nasib baik bagi mereka, mereka telah jatuh cinta! Hanya ada satu sahaja masalah – Mereka berdua terlalu bangga untuk mengakuinya. Maka bermulalah rancangan harian mereka untuk mendapatkan sesuatu untuk menyatakan perasaan mereka terlebih dahulu…
7. Fire Force
Fire Force, sebuah manga dari Atsushi Ohkubo yang juga menghasilkan Soul Eater, juga telah memasuki arc terakhir pada bab 287. Manga yang sudah berlangsung selama 6 tahun ini, akhirnya akan tamat. Ia juga mendapat adaptasi anime sebanyak 24 episod dan masih tiada berita untuk musim seterusnya. Nampak macam ada harapan untuk David Production membuat musim kedua anime tersebut selepas Jojo’s Bizarre Adventure Part 6: Stone Ocean tamat.
Bandar Tokyo telah dilanda fenomena maut: pembakaran manusia secara spontan! Nasib baik, ada pasukan khas untuk memadamkan api tersebut: Fire Force! Anggota bomba di Special Fire Cathedral 8 akan mendapat penambahan ahli unik. Shinra, seorang lelaki yang memiliki kuasa untuk berlari dengan kelajuan roket, meninggalkan kesan “devil’s footprint” yang terkenal. Bolehkah Shinra dan rakan-rakannya menemui punca fenomena maut ini sebelum bandar ini bertukar menjadi abu?
8. The Duke of Death and His Maid
Manga romcom oleh Kohari Inoue ini juga telah memasuki fasa terakhir pada bulan ini. Ia telah diterbitkan di Sunday Webry milik Shogakukan dan animenya juga akan mendapat sekuel tetapi masih tiada tarikh rasmi bila ia akan keluar.
Semasa duke masih kecil, seorang ahli sihir meyihirnya, yang menyebabkan semua benda hidup yang disentuhnya akan mati. Tidak sanggup dengan tekanan, keluarganya telah menghantarnya ke sebuah rumah agama lama. Kini seorang pemuda, dia ditemani oleh seorang butler tua dan kawannya, seorang pembantu rumah bernama Alice. Walapun mengetahui keadaannya, Alice selalu mengusik duke tersebut. Tetapi Alice memang sayang terhadapnya. Bolehkah mereka berdua fikirkan cara untuk menghapuskan sihir itu?
Sedih pula rasa bila semua manga popular ini tamat. Lagi-lagi One Piece, yang sudah lama bersama kita. Anda jangan lupa pula untuk baca semua manga ini pada platform rasmi ya! Untuk segala liputan lain mengenai manga, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post