Infinix mengumumkan tambahan baharu kepada barisan produknya iaitu Note 40 Series! Dengan mempamerkan All-Round HyperSpeed Lab untuk memperkenalkan produk ini di litar lumba F1, Litar Antarabangsa Sepang.
NOTE 40 Series ini mewakili kemajuan ketara pada teknologi FastCharge 2.0 All-Round Infinix, memperkenalkan inovasi seperti 100W Multi-Speed FastCharge, Wireless MagCharge dan cip baharu yang menyokong pelbagai mode pengecasan.
Sebagai tambahan siri ini juga memaparkan paparan lengkungan 3D 120Hz AMOLED yang terang dan responsif serta sistem kamera 108MP super-zoom dengan sokong OIS. Ciri AI juga tersedia pada telefon ini seperti pencahayaan Active Halo AI dan bekerjasama dengan Soung by JBL untuk pengalaman audio yang hebat.
“Infinix NOTE 40 Series mewakili kemajuan ketara dalam teknologi pengecasan, mengubah pengalaman kuasa. Dengan cip Cheetah X1 proprietari kami sebagai terasnya, FastCharge All-Round telah memasuki era baharu, menawarkan ciri seperti pengecasan berbilang kelajuan dan pengecasan suhu melampau. Kami juga telah memperkenalkan kit aksesori MagCharge yang inovatif, menyediakan ekosistem pengecasan yang lancar untuk pengguna. Kemajuan ini membuka potensi penuh NOTE 40 Series, membolehkan pengguna kekal bertenaga sepanjang hari, dalam sebarang senario dan cuaca,” Weiqi Nie, Pengarah Produk di Infinix.
Pengecasan hebat peneraju industri
NOTE 40 Series memperkenalkan teknologi All-Round FastCharge 2.0 yang dikuasakan oleh cip pertama Infinix Cheetah X1. Cip ini menyepadukan pengesanan kuasa berketepatan tinggi, pengesanan voltan selamat, dan sokongan serba boleh, memastikan kecekapan pengecasan yang luar biasa dan keupayaan yang pelbagai.
NOTE 40 Pro+ 5G menyokong 100W Multi-Speed FastCharge, yang mampu mencecah 50% dalam masa 8 minit menggunakan hyper mode.Siri ini juga mempunyai bateri berketumpatan tinggi, bertahan 1,600 kitaran penuh sambil mengekalkan tenaga 80%. Pengecasan wayarles dinaik taraf kepada 20W Wireless Magcharge.
Barisan baharu ini juga termasuk dengan Infinix MagKit untuk pengalaman pengecasan magnet yang mudah seperti case telefon MagCase, pad pengecas magnet MagPad dan power bank magnet MagPower.
Teknologi lain seperti Extreme-Temp Tech, Bypass Charging 2.0, pengecasan terbalik dan sokongan PD3.0 protocol turut memberikan pengalaman pengecasan yang lebih baik pada telefon.
Reka bentuk kemas
Infinix NOTE 40 Pro Series diinspirasikan oleh estetika bandar, memaparkan paparan lengkung 55° dengan tambahan Corning® Gorilla® Glass untuk tahan lasak. Selain itu, telefon ini juga mempunyai paparan rata dengan bezel ultra sempit menggunakan reka bentuk antena peranti logam unibody (MDA).
Paparan 120Hz AMOLED menawarkan resolusi 2080P dan kecerahan puncak pada 1300 nit. Pensijilan TÜV Rheinland untuk perlindungan mata anti-cahaya biru dan kadar Dimming PWM yang tinggi sebanyak 2160Hz memberikan pengalaman tanpa flicker.
Ciri baharu Infinix “Active Halo” memberikan denyutan cahaya pada modul kamera telefon. Paparan cahaya berubah mengikut pelbagai aktiviti seperti menerima panggilan, bermain game, mengecas atau menggunakan pembantu suara, Folax.
Rakam gambar dengan pengalaman kamera baru
Kamera NOTE 40 Series juga sesuai untuk digunakan oleh jurugambar mobile dan pencipta kandungan media sosial. Dengan memaparkan teknologi in-sensor zoom, menggunakan kamera utama 108MP untuk menangkap detik jarak jauh dengan 3x Lossless Superzoom. Untuk Pro Series pula, ia dilengkapi dengan teknologi Optical Image Stabilisation (OIS) yang mengurangkan gegaran kamera untuk gambar yang lebih tajam dan rakaman yang stabil.
Pengguna juga boleh merakam secara serentak daripada kamera depan 32MP dan belakang menggunakan mode Dual Video. Terdapat ciri penyuntingan seperti Vlog Clipper untuk kandungan media sosial.
Gaming dengan tahap yang lebih tinggi
Infinix NOTE 40 Series memperkenalkan chipset D7020 dan G99 untuk kecekapan tenaga dan prestasi tinggi. Chipset ini dipertingkatkan oleh ciri AI pada XOS 14 termasuklah Folax, Ask AI dan generator wallpaper AI.
Untuk pemain game mobile, sehingga 24GB RAM dilanjutkan untuk meningkatkan prestasi multitasking. XBOOST Frame Rate Control pula mengoptimumkan prestasi game MOBA dan FPS popular serta menawarkan pengalaman gaming premium pada frame rate puncak. Sebagai tambahan, telefon ini turut menampilkan dual stereo speaker oleh JBL untuk kualiti suara yang imersif serta meningkatkan pengalaman gaming.
Harga dan ketersediaan
Bermula 19 Mac, Infinix Note 40 Series sudah boleh pra-tempah melalui kedai rasmi Infinix dengan harga seperti berikut:
Infinix NOTE 40 Pro 5G | |
Tarikh pre-order | 19 Mac 2024 dan seterusnya (Online) |
Tarikh jualan Online & Offline | 25 Mac 2024 |
Promosi | Percuma Magpower dan Magcase (sementara stok masih ada) |
Platform jualan online | Shopee, Lazada, TikTok Shop |
Warna tersedia | Vintage Green, Titan Gold, Obsidian Black |
Harga | RM1,098 (256GB + 8GB) |
Infinix NOTE 40 | |
Tarikh pre-order | 19 Mac 2024 (Online) |
Tarikh jualan Online & Offline | 25 Mac 2024 |
Promosi | Percuma Magpower dan Magcase (sementara stok masih ada) |
Platform jualan online | Eksklusif di Shopee |
Warna tersedia | Vintage Green, Titan Gold, Obsidian Black |
Harga | RM898 (256GB + 8GB) |
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai produk Infinix daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post