Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Industri permainan video memenangi anugerah Oscar pertama!

Amir Haziq by Amir Haziq
April 27, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Filem, Genre
0 0
0
Industri permainan video memenangi anugerah Oscar pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Academy Award atau lebih dikenali sebagai Oscar, adalah majlis berprestij untuk menghargai seni dan teknikal filem dalam industri hiburan di seluruh dunia. Anugerah Oscar dijalankan setiap tahun dan anugerah yang disampaikan merupakan pengiktirafan antarabangsa kepada pemenang. Baru-baru ini, dokumentari pendek bertajuk “Colette” yang dihasilkan oleh Respawn Entertainment dan Electronic Arts telah memenangi anugerah Oscar. Kejayaan ini merupakan pencapaian baru untuk industri permainan video dalam bidang perfileman.

Respawn Entertainment telah mencipta sejarah di acara anugerah dengan menjadi studio permainan video pertama yang tercalon dan memenangi anugerah Academy Award untuk Best Documentary Short. Colette telah dihasilkan dengan kerjasama Oculus serta produser Anthony Giacchino dan Alice Doyard untuk Medal of Honor: Above and Beyond VR.

Colette menceritakan tentang kisah bekas pejuang French Resistance, Colette Marin-Catherine yang berjumpa dengan seorang pelajar sejarah. Beliau berkongsikan cerita mengenai kehilangan adiknya yang dibawa kem konsentrasi Mittelbau-Dora untuk menjadi buruh paksa semasa zaman jajahan Nazi pada 74 tahun lalu. Dokumentari pendek berdurasi 24 minit ini pada asalnya dijumpai di Gallery Medal of Honor: Above and Beyond yang menayangkan koleksi dokumentari tentang pejuang veteran semasa Perang Dunia Kedua. Dokumentari tersebut juga pernah memenangi anugerah Best Short di Big Sky Festival.

We're over the moon about Colette's Best Documentary (Short Subject) #Oscars win tonight! From Vince, Peter, and all of us at Respawn, we are humbled and honored. Thank you.

And if you haven't seen the film, you can watch it for free here: https://t.co/CxwNGWMOXv

— Respawn (@Respawn) April 26, 2021

Semasa penyampaian anugerah tersebut, Giacchino dan Doyard mengucapkan terima kasih kepada Electronic Arts, Oculus, dan Respawn. Mereka juga turut membuat posting di Twitter menyatakan penghargaan kepada akademi untuk anugerah yang dimenangi mereka pada malam itu.

Respawn Entertainment terkenal dengan permainan Apex Legends, Titanfall, serta Star Wars: Jedi Fallen Order. Mereka juga baru-baru ini mengumumkan sedang menghasilkan sebuah IP baru dan akan melancarkan Apex Legends mobile pada hujung tahun ini.

Tags: Academy AwardsColetteElectronic Arts Inc. (EA)Medal of Honor VRRespawn Entertainment
Previous Post

Menceritakan kisah Samurai Afrika, Netflix Anime Yasuke dilancarkan di Malaysia 29 April 2021

Next Post

Gameplay ARPG baru Lost Soul Aside didedahkan selepas 3 tahun berdiam!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Gameplay ARPG baru Lost Soul Aside didedahkan selepas 3 tahun berdiam!

Gameplay ARPG baru Lost Soul Aside didedahkan selepas 3 tahun berdiam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd