Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

HYENAS – Hero-Ki diumumkan, muncul dengan reka bentuk Sonic the Hedgehog!

safwan by safwan
March 24, 2023
in Action, Artikel, Berita, Game Baru, Multiplayer, PC, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
HYENAS – Hero-Ki diumumkan, muncul dengan reka bentuk Sonic the Hedgehog!
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA bersama Creative Assembly akan membawa watak baru yang dikenali sebagai Hero-Ki masuk ke dalam HYENAS di mana ia akan dilancarkan di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam.

Hero-Ki ialah seorang selebriti kecil di Bumi yang berbakat dengan membuat cosplay. Tetapi selepas dipindahkan ke The Taint, dia terpaksa menukar kemahiran yang sama ke arah usaha yang lebih jahat.

Hero-Ki Hyenas

Berbekalkan kamera yang diubah suai khas untuk menangkap rupa sasaran dan cosplay seperti mereka, Hero-Ki boleh menggunakan kemahirannya untuk menyamar bagi mengelak ancaman dan mengeksploitasi persekitaran di HYENAS. Hanya musuh yang mempunyai mata yang tajam akan dapat mengesan petunjuk yang mendedahkan dia sebagai penipu.

Hero-Ki mengambil alih tempatnya di kalangan Hyena lain yang termasuk pakar seperti ballerina Prima yang memegang uzi dan angkasawan senapang buih Komander Wright, dengan lebih banyak watak yang akan didedahkan akan datang.

Hero-Ki Hyenas

Untuk mencuba watak baharu ini, mereka telah membuka Alpha test yang akan bermula pada 25 Mac 2023. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Alpha Test, anda boleh daftarkan diri di sini.

Kepada sesiapa yang tidak tahu, HYENAS adalah sebuah game multiplayer, multi-team extraction shooter. Pilih watak Hyena untuk bermain dan mereka masing-masing mempunyai senjata, kebolehan dan personaliti yang berbeza dan unik. Misi game ini adalah untuk membentuk tiga anak kapal dan mencuri barangan berharga.

Buat masa sekarang, mereka masih tidak mendedahkan tarikh pelancaran lagi, tetapi HYENAS akan dilancarkan di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam. Kalau ada yang nak cuba watak baru Hero-Ki, jangan lupa daftarkan diri untuk sertai Alpha Test.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Hero-KiHyenas
Previous Post

Ketahui Perkembangan Pasaran VR Bersama Paul Brady Pengasas Bersama Resolution Games! [GDC 2023]

Next Post

Jujutsu Kaisen Season 2 Akan Tayang Pada 6 Julai Ini! Trailer Baru Didedahkan!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Jujutsu Kaisen Season 2 Akan Tayang Pada 6 Julai Ini! Trailer Baru Didedahkan!

Jujutsu Kaisen Season 2 Akan Tayang Pada 6 Julai Ini! Trailer Baru Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd