Hari ini, HoYoverse telah mengumumkan barisan aktiviti penuh dan barangan eksklusif untuk HoYo FEST 2024 Malaysia. Merupakan festival tahunan yang dianjurkan oleh HoYoverse secara online dan offline, HoYo FEST mengumpulkan semua game buatan HoYoverse yang digemari di suatu acara supaya boleh dinikmati oleh para peminat, dan pendatang baharu.
Akan bermula di Malaysia pada 13 Ogos 2024 di Pavilion Bukit Jalil, HoYo FEST adalah percuma untuk masuk jadi jangan teragak-agak untuk datang bersama rakan-rakan dan keluarga!
Peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti di lokasi acara akan berpeluang mendapatkan barangan eksklusif HoYo FEST, barang eksklusif acara, serta ganjaran yang banyak di dalam dan di luar game. Selain itu, booth HoYo Fest juga akan dihiasi dalam tema permainan HoYoverse masing-masing, yang membawa pengalaman sebenar kepada semua peminat dan pemain.
HoYo FEST Malaysia tahun ini dibahagikan kepada enam seksyen: HoYo Fest, Genshin Impact, Honkai Impact 3, Honkai: Star Rail, Tears of Themis, dan Zenless Zone Zero. Setiap sekyen mempunyai aktiviti dan jualan barangan sendiri – masing-masing menarik dan sangat berbaloi dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi.
Memandangkan jumlah aktiviti terlalu banyak, saya mengesyorkan supaya anda pergi terus ke laman web rasmi SINI untuk maklumat lanjut termasuk senarai aktivti dan harga barangan yang bakal dijual di sana!
Butiran Acara
- Tarikh: 13 Ogos – 19 Ogos, 2024
- Masa: 10:00 – 22:00
- Lokasi: Pavilion Bukit Jalil, Centre Court, Level 2
Bukan itu sahaja, cosplay juga amat digalakkan! Mereka mengalu-alukan semua peserta untuk berpakaian seperti watak kegemaran mereka dari game HoYoverse. Mana tahu, mungkin anda juga akan diberi hadiah kerana usaha tersebut.
Secara keseluruham, HoYo FEST 2024 ialah peluang terbaik untuk pemain dan peminat bertemu sesama sendiri, untuk meraikan dan menikmati game buatan HoYoverse, jadi saya sendiri berharap dapat berjumpa dengan semua orang nanti pada hari acara.
@gamersantaimy
Discussion about this post