Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honkai: Star Rail Versi 1.4 & Versi PS5 akan keluar Oktober 2023! Info lengkap!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 29, 2023
in Android, Artikel, Berita, Epic Store, iOS, Mobile, PC, PS5, RPG
0 0
0
Honkai: Star Rail Versi 1.4 & Versi PS5 akan keluar Oktober 2023! Info lengkap!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, HoYoverse mengumumkan bahawa Honkai: Star Rail versi 1.4 — “Jolted Awake From a Winter Dream” akan tersedia pada 11 Oktober 2023. Update ini bukan sahaja membawa kawasan baharu seperti “Old Weapon Testing Ground” dan “Pillars of Creation“, tetapi juga gameplay mendebarkan seperti “Aetherium War“, acara baru “Planar Infinity” dalam Simulated Universe, dan banyak lagi!

Pada masa yang sama, watak baharu Jingliu, Guinaifen, Topaz & Numby dan rakan lama kami Seele juga akan menyertai pasukan Trailblazer untuk meneroka ruang pada PC, Epic Games Store, iOS, Android, serta PS5 yang akan datang tidak lama lagi!

Kredit: HoYoverse

Selepas berjaya memusnahkan Phantylia, menyelesaikan krisis Ambrosial Arbor, dan mengambil bahagian dalam pemulihan Xianzhou Luofu, Old Weapon Testing Ground dan Pillars of Creation di Jarilo-Ⅵ akan didedahkan buat kali pertama, serta menjadi lokasi penting dalam cerita dan gameplay dalam versi 1.4.

Topaz, pengurus peringkat tinggi “Strategic Investment Department” di Interastral Peace Corporation, sedang menuju ke Jarilo-Ⅵ untuk mengendalikan agenda berkaitan galaksi. Krew Express juga akan terlibat dalam pertikaian antara planet beku tersebut dan Interstellar Peace Corporation.

Para Trailblazers juga akan menerima jemputan untuk mengambil bahagian dalam “Aetherium War”, permainan video paling berpengaruh di alam semesta. Peserta perlu menggunakan “Aether Spirit” – makhluk replika digital, untuk mengembangkan dan melatih rakan pertempuran mereka sendiri.

Kredit: HoYoverse

Untuk mendapatkan kedudukan di festival ini, Trailblazer mesti terlebih dahulu mengumpul dan membangunkan “Aether Spirit” di “Victory Zone” yang tersebar di beberapa kawasan. Semasa pertarungan berlangsung, “Overlord Aether Spirits” yang semakin kuat akan dibuka secara beransur-ansur untuk meningkatkan prestasi pertempuran.

Dalam versi 1.4, pasukan Trailblazer akan mengalu-alukan 3 watak baharu, iaitu Jingliu, Topaz & Numby, Guinaifen, dan rakan lama kami Seele!

Kredit: HoYoverse

Jingliu ialah legenda Xianzhou, salah satu daripada High-Cloud Quintet dan pernah menjadi pendekar pedang terkuat di Xianzhou, serta bekas guru Jing Yuan. Malah, menurut rekod Xianzhou, dia menyertai Ten-Lords sebelum diserang oleh Mara, dan kemudian ditahan di Shackling Prison. Kemudian berlaku pertempuran besar yang terkenal dengan muridnya Jing Yuan! Apa yang berlaku seterusnya dan alasannya untuk kembali ke Luofu masih menjadi misteri.

Kredit: HoYoverse

Jingliu ialah watak jenis Ice dengan Path “Destruction”. Dalam pertempuran, dia mempunyai 2 bentuk berbeza. Dengan pengalamannya di medan perang, kebolehannya yang anggun dan kekuatan Mara, sama ada Jingliu dalam keadaan normal, atau ketika dia dalam status “Spectral Transmigration” dan mempunyai mata merah, tidak perlu diragui bahawa Jingliu adalah pendekar pedang terkuat!

Kredit: HoYoverse

Topaz, yang disebutkan di atas, adalah bintang baru yang berasal dari Interastral Peace Corporation. Numby ialah Warp Trotter, teman terbaik Topaz di tempat kerja dan di medan perang! Numby mempunyai kepekaan yang tajam untuk merasakan kehadiran harta, jadi dia juga boleh membantu Topaz dengan kerja yang berkaitan dengan keselamatan, kutipan hutang dan pengiraan.

Kredit: HoYoverse

Dia dan Topaz mengembara galaksi bersama-sama, menyiasat pelbagai masalah hutang yang menjejaskan perniagaan IPC. Topaz & Numby ialah watak jenis Fire dengan Path “Hunt”. Kepintaran mereka pasti dapat membantu pasukan Astral Express. Dalam pertempuran, Trailblazer akan dapat menyaksikan interaksi unik mereka, dan menggunakan kesan unik mereka untuk mengatasi kesukaran perjalanan.

Kredit: HoYoverse

Watak lain, Guinaifen, juga akan hadir dalam versi ini. Dia seorang artis jalanan dengan banyak kemahiran unik, seperti live streaming dan juggling. Walaupun bukan orang asal Xianzhou, tetapi dia sangat berminat dengan budaya Xianzhou! Guinaifen ialah watak jenis Fire dengan Path “Nihility”. Kebolehannya berkait rapat dengan mercun. Kebetulan, di Xianzhou terdapat mitos tentang menggunakan mercun untuk menakutkan haiwan liar. Jadi begitulah cara dia mendapat sokongan daripada warga Xianzhou.

Kredit: HoYoverse

Selain daripada meneroka alam semesta yang luas, Trailblazer juga dijemput untuk mengambil bahagian dalam acara “Time to feast! Astral Express Pit Stop”. Konduktor Pom-Pom bertukar menjadi ketua chef, dan membawa resipi rahsia yang diperolehnya untuk menganjurkan acara lawatan masakan Astral Express.

Semasa acara itu, beli satu Pakej “Honkai: Star Rail” dan dapatkan peluang untuk mendapatkan merchandise terpilih. Khususnya, acara ini akan diadakan di La Juiceria Superfoods cawangan Menara Hap Seng di Malaysia. Ikuti langkah-langkah acara untuk peluang menangi barang berikut:

Kredit: HoYoverse

Untuk butiran acara, sila layari laman web acara rasmi: https://hsr.hoyoverse.com/feast


“Honkai: Star Rail” versi PS5 dan update versi 1.4 akan datang pada 11 Oktober 2023. Buat masa ini, game ini tersedia pada platform PC, Epic Games Store, iOS dan Android, dan tidak lama lagi di platform PS5. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Honkai: Star RailHonkai: Star Rail 1.4ps5
ShareTweetSend
Previous Post

Berjumpa Pasukan Di Sebalik Baldur’s Gate 3 bersama Larian Studios [Level Up KL 2023]

Next Post

GSC & MDEC melancarkan Malaysia Animation Film Festival! Tonton animasi tempatan di pawagam terpilih!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
GSC & MDEC melancarkan Malaysia Animation Film Festival! Tonton animasi tempatan di pawagam terpilih!

GSC & MDEC melancarkan Malaysia Animation Film Festival! Tonton animasi tempatan di pawagam terpilih!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd