Semasa livestream Xbox pagi tadi, Hideo Kojima telah tampil untuk mengumumkan projek terbaru Kojima Productions bersama Xbox Game Studios. Game tersebut akan menjadi game eksklusif konsol tersebut dengan memanfaatkan teknologi cloud yang terdapat pada Xbox. Sudah tentu berita itu membuatkan ramai orang teruja, tetapi Kojima tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenainya. Tajuk tiada, tarikh pelancaran juga tiada. Tetapi berkemungkinan besar ianya game “Overdose” yang diperkatakan baru-baru ini.
Game bergenre serama itu telah dilaporkan oleh Try Hard Guides yang juga menerangkan segala perkara yang dilihat dalam rakaman game Overdose itu. Selepas itu, penulis itu juga mendakwa bahawa Kojima Productions memintanya untuk padam artikel tersebut dan membuatkan keputusan untuk menolak permintaan tersebut.
Menurut penulis, rakaman tersebut telah memaparkan seorang watak yang sedang berjalan di koridor gelap dengan menggunakan lampu suluh dalam perspektif third-person. Tiba-tiba terdapat jump scare di penghujung rakaman tersebut lalu mendedahkan tajuk game tersebut, Overdose. Game itu juga membolehkan pemain untuk menukar first-person view kepada third-person view.

Berita mengenai kerjasama Hideo Kojima dan Xbox bukanlah sesuatu yang baru kerana ramai dalam komuniti yang berbincang mengenainya selama beberapa bulan ini. Dengan pengumuman baru yang dibuat semasa livestream tersebut, nampaknya ia bukan lagi khabar angin dan ianya disambut baik oleh ramai pemain. Tetapi kalau projek Kojima bersama Xbox ini didedahkan dengan lebih terperinci mungkin lebih ramai yang teruja mengenainya.
Apapun kita nantikan sahaja game yang akan dibawa Hideo Kojima bersama Xbox. Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan menarik mengenai game, anime, manga dan lain-lain.









Discussion about this post