Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Helldivers II Masuk Ke PlayStation Plus Bersama Update Besar ‘Devoid of Liberty’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 13, 2026
in Artikel, Berita, DLC, DLC percuma, PC, Promosi, PS Plus, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Helldivers II Masuk Ke PlayStation Plus Bersama Update Besar ‘Devoid of Liberty’
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula sekarang, pelanggan aktif PlayStation Plus Extra dan Premium di Malaysia boleh terus memuat turun dan bermain Helldivers II menerusi Game Catalog.

Pengumuman ini datang bersama kemas kini besar bertajuk “Devoid of Liberty“, yang membawa medan perang ke arah survival-horror yang lebih gelap. Ia turut memperkenalkan misi baharu, musuh mengerikan, serta sekutu AI untuk membantu anda.

Apa yang Baharu dalam Update 7.0?

Kemas kini “Devoid of Liberty” memperkenalkan jalan cerita menyeramkan melibatkan “The Void”; sebuah sektor angkasa misteri dengan planet-planet yang mengalami mutasi pelik akibat angkara faction Illuminate.

Skuad yang mendarat di dunia ini akan berdepan dengan objektif serba baharu:

  • Objektif Utama: Menceroboh kubu Illuminate, memusnahkan “spire” dan “gateway”, serta mengumpul “data reconnaissance”.
  • Objektif Sampingan: Membersihkan “void mutation”, mengekstrak bahan penyelidikan, dan mengaktifkan “secondary extraction zone” di sekitar peta untuk pemindahan skuad yang lebih pantas.

The Void turut memperkenalkan dua makhluk Illuminate mengerikan untuk menguji kepantasan reaksi dan kekuatan anda:

  • The Wretch: Musuh yang lincah dan pantas, mampu melompat di medan perang serta mengelak serangan balas. Ia boleh menyerang dari arah tepi dan membunuh ahli yang tidak bersedia.
  • The Crusher: Musuh jenis juggernaut yang menyerang secara berterusan tanpa henti. The Crusher memerlukan damage yang tinggi untuk ditewaskan dan akan memulihkan nyawa secara perlahan jika pasukan berhenti menembak.

Bagi membantu pemain bertahan di medan perang yang semakin mencabar, Arrowhead menyediakan bantuan tambahan. Platoon SEAF (Super Earth Armed Forces) boleh mendarat ke permukaan planet untuk bertarung di samping skuad anda. Askar AI ini membawa senjata berat, merawat kecederaan dengan “stims”, dan boleh respon dengan emote.

Bagi pemain veteran, tahap level maksimum pemain ditingkatkan sehingga Rank 300, bersama “title” dan “security privilege” baharu.

Helldivers II dan update “Devoid of Liberty” boleh dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series X/S, dan PC menerusi Steam.

Tags: Helldivers II
ShareTweetSend
Previous Post

Ghost of Yōtei Complete Edition – Bawa DLC Echoes of Sekigahara, Mod Roguelike & Patch Percuma

Next Post

Game Monster-Catching ‘Aniimo’ Akan Tiba Pada 16 September – Ngam-Ngam Hari Malaysia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Game Monster-Catching ‘Aniimo’ Akan Tiba Pada 16 September – Ngam-Ngam Hari Malaysia

Game Monster-Catching 'Aniimo' Akan Tiba Pada 16 September - Ngam-Ngam Hari Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd