Sony Interactive Entertainment bersama pembangun Sucker Punch Productions secara rasmi mengumumkan Ghost of Yōtei Complete Edition untuk PlayStation 5. Bakal dilancarkan pada 2 Oktober 2026, edisi ini membawakan expansion cerita baharu bertajuk Echoes of Sekigahara, mod survival roguelike single-player bernama Most Wanted, serta pelbagai penambahbaikan quality-of-life.
Selain pelancaran digital, versi cakera fizikal turut akan dijual di kedai-kedai sah di seluruh Malaysia.
Expansion Echoes of Sekigahara

Expansion cerita Echoes of Sekigahara menampilkan kisah hidup Atsu pada dua zaman berbeza: era di Ezo dan detik flashback ke zamannya di tanah besar Jepun.
- Garis Masa Semasa: Atsu bertemu semula dengan Nagato, kenalan lamanya yang tiba di Ezo. Pemain akan meneroka sebuah lembah tersembunyi yang pernah dikawal oleh kumpulan penjahat Vipers… kumpulan yang pernah diketuai oleh penjenayah bahaya “The Snake”.
- Garis Masa Imbas Kembali: Pemain dapat alami sendiri Atsu di Perang Sekigahara yang bersejarah. Babak ini mendedahkan momen penting dalam hidupnya sebelum dia memulakan misi balas dendam.
DLC ini turut memperkenalkan jenis musuh baharu, heavy weapon, set armor, corak dye, serta pelbagai Trophy baharu untuk dicapai.
Mod Survival Most Wanted

Bagi peminat aksi combat mencabar, Most Wanted merupakan mod survival roguelike single-player terbaharu.
Setiap pusingan bermula apabila anda menerima tugasan “bounty”. Menewaskan musuh sepanjang perjalanan akan memberikan” perks” sementara untuk menguatkan “stats” anda. Selain Atsu, anda juga boleh bertarung menggunakan watak berbeza dengan kepakaran senjata masing-masing:
- Atsu: Pakar dalam gaya dual katana
- Oyuki: Lincah bertarung menggunakan kusarigama
- Nagato: Hebat dalam combat menggunakan yari
Harga, dan Naik Taraf
Bagi yang belum pernah mencuba game ini, Ghost of Yōtei Complete Edition ditawarkan pada harga RM 299.00.
Kandungan Complete Edition termasuk:
- Game asas Ghost of Yōtei
- Ghost of Yōtei Legends (mod co-op online sehingga 4 pemain lengkap dengan Raids)
- Expansion Echoes of Sekigahara
- Mod survival Most Wanted
- Semua item bonus daripada Digital Deluxe Edition serta Charm of Hokkyokusei
Jika membeli Complete Edition sekarang, anda boleh terus menikmati kempen utama dan mod Legends serta-merta. Kandungan DLC Echoes of Sekigahara dan mod Most Wanted pula akan datang pada 2 Oktober nanti.

Sekiranya anda sudah ada game asas di PS5, anda hanya perlu membeli upgrade ke Complete Edition pada harga RM 60.11. Jika membuat pra-tempahan upgrade sebelum 30 September, anda akan mendapat akses awal untuk Sakai Armor pada 2 Oktober; iaitu armor keluarga Jin Sakai daripada Ghost of Tsushima.

Update Percuma Untuk Semua Pemain
Walaupun tidak membeli expansion atau upgrade, semua pemilik game asas Ghost of Yōtei tetap akan menerima patch percuma pada 1 Oktober. Antara ciri baharu yang ditawarkan termasuklah:
- Beauty of Yōtei Mode: Mod screensaver yang menunjukkan keindahan pemandangan Ezo; sesuai ketika berehat atau untuk mengambil game di Photo Mode.
- Sistem Transmog Armor: Anda boleh mengekalkan stats daripada set armor terkuat, tetapi mengubah penampilan luaran mengikut rekaan armor lain yang menjadi pilihan.
- Penambahbaikan Watanabe Mode: Pilihan muzik baharu ditambah untuk Watanabe Mode, yang boleh dimainkan di sepanjang mod cerita.
- Penambahbaikan Umum: Tetapan aksesibiliti high-contrast baharu, stamp tambahan dalam Photo Mode, serta pelbagai barangan kosmetik ekstra untuk New Game+.

![[BIC2026] Visi Jangka Panjang Toei Games Menuju Ke Projek Berskala Besar; Game Kamen Rider/Super Sentai Tidak Terkecuali](https://cdn.gamersantai.com/2026/08/Hiroaki-Nagashima-TOEI_BIC_FI-350x250.jpg)
![[BIC2026] Bukan Isekai Biasa! Bagaimana Creator Chronicles Mengaburkan Dunia Realiti & Maya](https://cdn.gamersantai.com/2026/08/Creator-Chronicles_BIC_FI-350x250.jpg)
![[BIC2026] Usaha Sedekad Mengangkat Game Indie, Itulah Misi Isabella Seo Jungsook](https://cdn.gamersantai.com/2026/08/Isabella-Seo-Jungsook_BIC_FI-350x250.jpg)





Discussion about this post