Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Heaven Burns Red Umum Versi Inggeris – Dahulu Hanya Di Jepun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 5, 2024
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Heaven Burns Red Umum Versi Inggeris – Dahulu Hanya Di Jepun!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Yostar mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan RPG naratif free-to-play ‘Heaven Burns Red‘ versi Bahasa Inggeris untuk khalayak umum. Sempena itu, mereka turut memuat trailer pertama untuk versi Inggeris:

Dibangunkan oleh Wright Flyer Studios dan Visual Arts/Key , RPG naratif ini mula-mula dikeluarkan pada tahun 2022 di Jepun untuk iOS dan Android pada 10 Februari 2022, diikuti oleh PC melalui Steam pada 10 Ogos 2022. Ia menerima pujian di Google Play Best of 2022 Awards, selepas memenangi kategori “Best Game 2022 ,” “User Voting Category Game Category Grand Prize,” dan “Story Category Award.”

Sinopsis

“Dikepung oleh makhluk misteri yang dikenali sebagai “the Phage,” Bumi terumbang-ambing di ambang kehancuran. Semua senjata manusia terbukti sia-sia terhadap serangan Phage, dan tanpa sebarang cara untuk melawan, manusia terpaksa berundur. Tanah terpaksa ditinggalkan, dan negara-negara terhapus dalam peperangan yang berlaku. Kini, lebih separuh daripada permukaan Bumi telah hilang kepada Phage.”

Kredit: Yostar

“Dengan ancaman kepupusan semakin menghampiri, manusia membangunkan senjata serba baharu yang dipanggil “Seraph,” dan mereka yang dikurniakan Seraphim akhirnya boleh melawan Phage. Mereka yang boleh menguasai Seraphim dikumpulkan untuk mencipta skuadron khas, menjadi harapan terakhir manusia. Semua individu ini mempunyai satu persamaan: mereka adalah gadis yang mempunyai bakat istimewa.”

“Di antaranya ialah Ruka Kayamori, yang bersedia untuk melemparkan dirinya ke dalam perang melawan Phage.”

Kredit: Yostar

Gameplay Umum

Kisah game ini diceritakan dalam gaya novel visual, dan disuarakan sepenuhnya. Selain itu, game ini mempunyai sistem harian di mana pemain bermula sebagai Ruka Kayamori yang baru mula sekolah, lalu bertemu dengan watak-watak baharu semasa cerita semakin majuh. Acara bulanan turut berlaku dalam game dalam bentuk kisah sampingan, yang diceritakan dari perspektif watak lain.

Kredit: Yostar

Daripada segi gameplay, Heaven Burns Red mempunyai sistem turn-based di mana pemain boleh membentuk sepasukan Seraph yang terdiri daripada 6 orang untuk melawan gerombolan musuh. Seperti biasa; semasa giliran pemain, anda boleh memilih tiga watak daripada parti untuk melakukan sejumlah seperti menyerang, menyembuh rakan-rakan, dan lain-lain.

Kredit: Yostar

Sebagai bonus, Jun Maeda juga terlibat dalam game ini sebagai penulis senario utama. Sebelum ini, dia telah menyampaikan banyak karya hebat seperti AIR, CLANNAD, Little Busters!, dan Angel Beats! Ini juga merupakan game pertama Maeda selepas dia merehatkan diri selama tempoh 15 tahun.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Heaven Burns Red
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Anime Batman Ninja vs. Yakuza League – Trailer & Visual Baru!

Next Post

Game Eksklusif PlayStation ‘ASTRO BOT’ Rasmi Sokong Bahasa Indonesia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

My Hero Academia: All’s Justice – Fighting Game Baharu Memfokuskan Pada Final Arc!
Berita

My Hero Academia: All’s Justice – Fighting Game Baharu Memfokuskan Pada Final Arc!

July 3, 2025
Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang
Review

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000
Teknologi

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000

July 2, 2025
Next Post
Game Eksklusif PlayStation ‘ASTRO BOT’ Rasmi Sokong Bahasa Indonesia!

Game Eksklusif PlayStation 'ASTRO BOT' Rasmi Sokong Bahasa Indonesia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd