Menjadi lebih pro dengan headphone gaming esports terbaru dari Razer iaitu Razer BlackShark V2 dan V2 X terbaru. Razer membawa kembali ciri Razer BlackShark asal dengan design headphone helikopter yang memberikan pengasingan suara, keselesaan dan kualiti suara yang unggul serta direka semula untuk mengatasi asas-asas apa yang menjadikan alat dengar permainan esports yang hebat untuk hari ini.
Razer telah bekerja dekat dengan pemain pro esports diseluruh dunia mengenai perkara yang benar-benar penting bagi mereka semasa sesi latihan yang ketat dan pertandingan yang sengit, diantaranya seperti:
- Audio yang padu;
- Kejelasan Mic;
- Pengasingan suara tertinggi, dan
- Keselesaan yang premium
Menampilkan pemacu Razer™ TriForce Titanium 50mm serba baru, headphone ini memberikan prestasi audio yang mewah. Dilengkapi dengan mikrofon Razer™ HyperClear Cardioid dengan sound card USB, ia disesuaikan untuk voice captured yang disempurnakan, memastikan komunikasi pasukan yang jelas, sambil memberikan akses ke kawalan mikrofon yang canggih untuk penyesuaian tambahan. Direka untuk pembatalan bunyi noise pasif lanjutan, alat dengar menyekat kebisingan persekitaran yang tidak diingini, untuk fokus tanpa gangguan. Dibina untuk keselesaan premium dengan kusyen telinga memory foam yang sangat lembut, reka bentuknya yang ringan memastikan keselesaan tahan lama sepanjang sesi permainan maraton. Kombinasi pemenang pada Razer BlackShark V2 ini memberikan para pemain kelebihan daya saing yang terbaik.
Dan yang lebih baik, kami sekali lagi diberi peluang terus oleh Razer untuk mencuba produk terbaru mereka ini! Bukan setakat kedua headphone ini akan diuraikan lebih lagi oleh kami, kami turut mencuba aplikasi terbaru THX Spartial untuk pengalaman audio yang hebat! Jadi mari kita mulakan!
RAZER BLACKSHARK V2 & V2 X Memang Padu- Membawa kemenangan untuk Audio Gaming yang Kompetitif
Dikuasakan dengan pemacu Razer™ TriForce Titanium 50mm, sememangnya headphone ini memberi pendengaran audio yang sangat jelas, kuat, bersama dengan treble dan bass yang lebih padu. Pemacu RazerTM TriForce Titanium 50mm mempunyai reka bentuk yang dipatenkan serba baru yang membahagikan pemacu audio kepada 3 bahagian yang berbeza untuk penyesuaian highs, mids dan low. Dengan kehebatan ini, semua audio yang didengari termasuk ketika bergaming, memang jelas kedengaran tapak kaki, atau bunyi tembakan juga kenderaan.
Mic untuk headphone ini adalah sedikit istimewa, kerana ianya boleh dicabut dan dipasangkan semula! Mic RazerTM HyperClear Cardioid yang boleh ditanggalkan ini dibina untuk pengambilan ucapan yang lebih besar, menolak lebih banyak bunyi noise dari belakang dan sisi, dan bersama dengan reka bentuk terbuka yang dioptimumkan, memberikan kejelasan mutlak ketika menyampaikan maklumat kepada pasukan anda. Direka untuk mengelakkan kebisingan persekitaran yang tidak diingini, dari orang ramai yang bersorak hingga ke dengungan kipas atau pelantar PC anda, yang membolehkan pemain menikmati fokus sepenuhnya. Digabungkan dengan keselesaan premium melalui penggunaan bantal busa memori bernafas ultra lembut dan reka bentuk ringan, Razer BlackShark V2 adalah senjata audio utama untuk memastikan jalan menuju kemenangan.
Dengar perbezaan antara Headphone gaming lain dan Razer BlackShark V2:
Manakala USB sound card membolehkan anda mengubah dan meningkatkan output suara anda lebih jauh melalui Razer Synapse. Razer Synapse ini sangat membantu kami dalam mengawal kawalan headphone dan mic BlackShark V2 ini. Di Razer Synapse anda boleh mengubah:
- Mic volume: Anda boleh ubah pelarasan tahap volumn
- Mic boost: Menguatkan lagi bunyi input mikrofon
- Ambient noise reduction: meningkatkan kejelasan output mikrofon dengan filter bunyi ambien
- Vocal clarity: mengasingkan dan meningkatkan jumlah julat vokal untuk mikrofon
- Volume normalization: memastikan tahap output yang konsisten dengan mengurangkan bunyi kuat secara tiba-tiba dan meningkatkan audio lembut
- Mic equalizer: sesuaikan campuran suara mic melalui presets atau tweak setiap komponen frekuensi secara berasingan
- Voice gate: menghilangkan bunyi latar atau meningkatkan jumlah output mikrofon yang didengari
Selain Mic, sudah tentu ada equalizer yang boleh ditentukan sendiri mengikut penyesuaian kita di Razer Synapse. Anda dapat memilih penyamaan untuk digunakan antaranya diantara default, music, games dan movie. Audio seimbang secara automatik, tetapi jika anda masih tidak puas dengan automatik, anda dapat mengubah tetapan mengikut khusus anda sendiri.
Direka untuk keselesaan
Razer BlackShark V2 mempunyai memory foam yang sangat lembut sebagai kusyen telinga di ear cup headphone gaming ini, foam ini juga adalah untuk tidak memberikan kramp kepada telinga kita dengan fabrik FlowKnit (tenunan penafasan baru yang dapat mengurangkan peluh dan mengurangkan penambahan haba yang disebabkan oleh sentuhan kulit). Tetapi maaf, mungkin mengikut telinga juga, bagi kami yang mencuba, memang sangat selesa dengan kelembutannya, tetapi mungkin salah seorang dari kami mempunyai telinga yang kecil, dan termasuk pada lubang bujur dalam ear cup dan menyukarkan penafasan telinga serta menjadi berpeluh. Manakala, seorang lagi daripada kami, telinganya agak “terkelepet” disebabkan besar sikit dari lubang tersebut menjadikan kurang selesa.
Itu adalah dari keselesaan telinga setiap pengguna, tetapi grip headphone ini sememangnya selesa dan memang “ngam” pada kepala kami. Ianya juga agak ringan (seberat 262g) dan tidak terasa beban di kepala kami. Ianya juga ada rangka yang agak kuat, rasanya tidak ada masalah untuk BlackShark V2 ini bertahan selama bertahun-tahun!
Bahagian tepi BlackShark V2 ini terdapat punat Volumn yang anda boleh ubah menjadi kuat dan rendah bunyi anda pada bila-bila masa, lubang jack untuk masukkan mic serta punat kecil untuk anda mute atau unmute mic. Pandangan keseluruhan Razer BlackShark V2 dan V2 X memang agak minimalis. Kami selesa dengannya dan ibarat tiada rasa malu untuk membawanya kemana sahaja termasuk dalam LRT atau Kafe kerana ianya berwarna hitam dan tiada warna RGB yang kerap “blink-blink”.
Audio lebih jelas dan dengan THX Spartial menjadikannya lebih istimewa!
Nikmati fokus tanpa gangguan dengan Razer BlackShark V2. Menampilkan pembatalan bunyi pasif noise yang maju melalui gabungan reka bentuk penutup telinga tertutup khas yang menutup telinga sepenuhnya, bersama dengan penggunaan bantal berlapis kulit yang mewah, untuk membuat meterai sempurna yang menyekat kebisingan persekitaran yang tidak diingini, dari orang ramai yang bersorak, hingga klik papan kekunci atau tetikus, ke dengungan kipas atau pelantar PC sememangnya kami puji sebab kedap bunyi luar ok!
Kami telah mencuba beberapa permainan seperti Hyper Scape, Death Stranding dan hasil bunyi audionya sangat jelas! Memang ketika bermain permainan tersebut hanya diri kita dan dunia gaming, kurang dengar kebisingan lagu yang dibuka dan suara orang di pejabat kami serta di rumah!. Semua bunyi alunan, dari bass hinggalah trebel, sangat memuaskan dan kami tetapkan pada tetapan gaming, jangan lupa Razer Synapse kan ada untuk anda ubah sendiri equalizer anda!
Tetapi, kali ini, bukan setakat Razer Synapse sahaja yang memberikan pilihan equalizer yang terbaik untuk BlackShark ini, tetapi sebuah aplikasi terbaru dengan kerjasama THX dan Razer, memperkenalkan THX Spartial! Ini adalah sebuah aplikasi peningkatan ciri terkini menyediakan profil yang disesuaikan untuk reka bentuk permainan kegemaran anda. Pilih antara 2 mod:
- THX Environmental Mode – menempatkan suara di sekitar anda secara realistik berdasarkan persekitaran setiap permainan untuk memaksimumkan pengalaman mendalam dan membawa anda ke dalam permainan.
- THX Competitive Mode – memaksimumkan kesedaran ruang yang membolehkan anda mencari rakan dan musuh dengan lebih baik berbanding kedudukan anda. Ini dapat memberi anda kelebihan yang tidak adil dalam senario pertempuran.
Setiap penyetelan Profil Permainan THX berfungsi untuk mengoptimumkan elemen berikut:
- Room specs dan reverberation – bahan dinding, ukuran bilik dan tetapan gema dipilih untuk menghasilkan semula persekitaran permainan dengan tepat. Pertimbangan merangkumi ruang luaran atau dalaman, ukuran ruang, isipadu struktur dan bahan.
- EQ adjustments – Disini turut ada tetapan EQ dipilih untuk mimilih bunyi tertentu dalam permainan untuk lebih jelas, seperti gerakan musuh, suara senjata dan isyarat lingkungan, serta meningkatkan atau menurunkan bass dan frekuensi tinggi.
- Surround speakers – Haa yang ini paling menarik! Penempatan pembesar suara maya disesuaikan untuk membuat pentas suara yang lebih mendalam dan mempertimbangkan arah pendekatan untuk bunyi penting. Ini bermaksud anda boleh dengar dengan stabil audio tersebut dengan memainkan bass yang penting pada waktu tertentu mengikut kedengaran anda. Anda boleh dengar video dibawah untuk perbandingan tanpa THX dan dengan membuka THX Spatial
Dengan profil yang diselaraskan dan disokong oleh pembangun permainan itu sendiri, Profil Permainan THX memungkinkan pemain untuk merendam secara menyeluruh dan menikmati permainan kegemaran mereka dengan cara yang sebenarnya mereka inginkan. Anda boleh ketahui selebihnya menhenai THX Spatial disini.
HEADSET GAMING ESPORTS YANG DEFINITIF
Razer BlackShark V2 adalah sebahagian daripada siri yang komited untuk memberikan pengalaman audio permainan kompetitif terbaik. Hari ini, Razer membawa anda alat dengar permainan esports yang pasti. Menampilkan Pemacu Razer ™TriForce Titanium 50mm, mikrofon Razer ™ HyperClear Cardioid, pembatalan bunyi pasif maju dan keselesaan premium, Razer BlackShark V2 dibina untuk memberikan kelebihan daya saing utama. Jom lihat spesifikasi ringkas dibawah:
Nama Produk | Razer BlackShark V2 X | Razer BlackShark V2 |
Sambungan | Wired (3.5mm) | USB sound card + Wired (3.5mm) |
Kabel | Rubber cable | Razer™ SpeedFlex Cable |
DRIVERS
|
Razer™ TriForce 50mm Drivers | Razer™ TriForce Titanium 50mm Drivers |
Membrane-coated diaphragm | Titanium-coated diaphragm – enhanced high-frequency response for added clarity |
|
MIC
|
Razer™ HyperClear Cardioid Mic | Razer™ HyperClear Cardioid Mic with USB Sound Card |
Noise-canceling | ||
6mm | ||
Fixed | Removable | |
– | USB sound card -access advanced audio and mic controls |
|
– | Advanced mic control features | |
ISOLATION | Advanced passive noise cancellation | |
EARCUP | Breathable memory foam ear cushions | Ultra-soft breathable memory foam ear cushions |
Berat | 240g | 262g |
Teknologi Audio
|
7.1 surround sound | THX Spatial Audio |
– | Advanced audio control features | |
MSRP | RM349.00 | RM599.00 |
Jadi kesimpulanya, anda memang patut membeli salah satu siri Razer BlackShark V2 & V2 X ini! Bab bunyi tu kali ini memang Razer telah menyempurnakan kerja mereka! Tetapi bab tidak selesa kat telinga kami itu, mungkin telinga anda ok je tu! Tak kisah sangat, janji kepala anda lebih selesa dengan grip yang diberikan! Pada yang nak dapatkan produk ini, jangan lupa singgah beli di kedai dalam talian Razer, atau penjual sah Razer ok!
@gamersantaimy
Discussion about this post