Hari ini, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan harga rasmi untuk model PlayStation 5 (PS5) dan PlayStation 5 Digital Edition jenis “slim” yang lebih kecil dan ringan. Model baharu ini akan dilancarkan pada bulan November di Amerika Syarikat di pengedar terpilih dan PlayStation Direct, diikuti dengan pelancaran global dalam beberapa bulan selepas itu. Malangnya, kami tidak tahu bila model “slim” ini akan dilancarkan di Malaysia setakat artikel ini ditulis.
Sempena itu, mereka telah mengeluarkan video baharu yang anda boleh tonton di bawah:
Saiz bagi model baharu PlayStation 5 telah dikurangkan lebih daripada 30 peratus, manakala beratnya diturunkan sebanyak 18 peratus (standard) dan 24 peratus (Edisi Digital) berbanding model sebelum. Konsol ini menampilkan empat cover panel berasingan—bahagian atas dibuat oleh kemasan berkilat manakala bahagian bawah adalah sepenuhnya matte. Storan dalaman juga telah dinaik taraf kepada 1TB.
Selain itu, spesifikasi lain masih kekal sama termasuk perkakasan dan plot.
Pengguna yang membeli PlayStation 5 Edisi Digital akan mempunyai pilihan untuk menambah Ultra HD Blu-ray Disc Drive yang disertakan dengan PlayStation 5 standard, kerana ia boleh dibeli secara berasingan. Harga rasmi adalah RM529.
“Horizontal stand” baharu turut akan disertakan dengan dua model tersebut, dan serasi (boleh dipasang) dengan semua model PlayStation 5. Stand ini akan dijual secara berasingan pada nilai harga RM149
Sebaik sahaja inventori untuk model PlayStation 5 dan PlayStation 5 Edisi Digital lama telah habis dijual, PS5 Slim akan menjadi satu-satunya model yang tersedia pada masa hadapan.
Sekali lagi saya ingatkan, berikut adalah harga runcit untuk model PS5 “Slim”:
- Malaysia
- PS5 bersama Ultra HD Blu-ray disc drive – RM2499
- PS5 Digital Edition – RM2069
- Vertical stand khas – RM149
Setakat ini, hanya harga rasmi di Malaysia sahaja yang didedahkan. Kita tidak tahu bila model PS5 ini akan tersedia di negara kita, tetapi moga-moga SIE dapat memberi jawapan dalam masa terdekat.
Untuk dapatkan segala berita kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post