Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hardwork Simulator, main sambil acah-acah sibuk depan bos!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 22, 2021
in Artikel, Berita, PC, Simulator, Steam
0 0
0
Hardwork Simulator, main sambil acah-acah sibuk depan bos!
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi sesiapa yang nak acah-acah sibuk busy di tempat kerja, di tempat belajar atau pada bila-bila masa hanya untuk main game, Hardwork Simulator memang sesuai untuk anda! Pasti ramai yang anggap anda sedang sibuk buat kerja. Ternyata mereka silap!

Dilancarkan untuk platform Steam pada 21 November, game ini asalnya dicipta oleh seorang developer bernama Mandinga sebagai projek suka-suka. Mengapa game ini buat kita nampak acah-acah sibuk? Menurut rumusan Steam, ini kerana interface untuk Hardwork Simulator adalah serupa dengan aplikasi Word di mana pemain perlu terus menaip sejumlah ayat untuk menyerang penjahat di bahagian bawah skrin. Memang sesuai untuk bermain semasa kerja dan kelas kan!

*Belajar rajin-rajin dan kerja elok-elok. Jangan lalai dalam kelas atau di ofis*

Seperti saya kata tadi, musuh ini akan datang dalam bentuk Stickman (termasuk pertarungan Bos) yang cuba membaling kursor tetikus ke arah teks semasa anda sibuk menaip habis dokumen. Pada masa yang sama, anda harus cuba untuk menjaga kestabilan “aplikasi semasa menaip.” Kalau tidak, kita terpaksa menghadapi Blue Screen of Death!

Buat masa ini, Hardwork Simulator hanya menyokong bahasa Inggeris. Bagi sesiapa yang berminat harganya adalah RM5.50, tetapi buat masa terhad, pemain boleh membeli pada nilai harga RM3.85 sempena diskaun.

Ingat! Game ini hanya untuk suka-suka saja. Janganlah korang betul-betul beli game ini hanya untuk scam bos atau cikgu pula. Usaha dan kerja keras itu penting. Barulah rezeki dan ilmu masuk. Tetapi andai kata, anda dah habis kerja dan masih perlu nampak busy, mainlah Hardwork Simulator. Apa pendapat anda? Jom kongsi di ruang komen!

Untuk segala liputan kami, sila lawat halaman utama Gamer Santai.

Tags: Hardwork SimulatorPCsteam
Previous Post

Riot umumkan Arcane Season 2 dan dedahkan lebih lanjut tentang “Project L”

Next Post

Battlefield 2042 kini game ke-8 di Hall of Shame Steam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Battlefield 2042 kini game ke-8 di Hall of Shame Steam!

Battlefield 2042 kini game ke-8 di Hall of Shame Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd