Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hands-on eksklusif LED “AniMe Matrix” di ROG Zephyrus G14! Boleh berubah kepada apa-apa imej!

Memang memukau mata pertama kali memandang.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 17, 2020 - Updated on June 28, 2020
in Acara, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Produk, Review, Teknologi
0 0
0
Hands-on eksklusif LED “AniMe Matrix” di ROG Zephyrus G14! Boleh berubah kepada apa-apa imej!
Share on FacebookShare on Twitter

Di CES 2020, Asus telah melancarkan pelbagai pilihan produk PC dan aksesori untuk para usahawan, content creator, dan gamers. Antara produk baru yang menarik minat saya ialah ROG Zephyrus G14 yang secara visual – sangat menakjubkan! Saya berpeluang untuk mencuba produk ini di acara ASUS di Taipei. Pembaca yang dihormati, mari sini saya memberitahu anda sebab mengapa…

Jika anda ingat lagi Zephyrus yang pertama, ia memang satu siri yang mendefinisikan semula makna “gaming laptop” dan merupakan antara peranti portable pertama untuk mempunyai NVIDIA Max-Q GPU. Di CES 2020, Asus mengumumkan bahawa mereka akan menembus arus gaming sekali lagi dengan peranti “gaming ultraportable,” yang dikenali sebagai ROG Zephyrus G14.

Jika anda sudah baca artikel sebelum kami tentang Zephyrus G14, perkara pertama yang akan anda nampak adalah paparan matriks LED yang terdiri daripada 1,215 lampu LED di muka depan laptop. Zephyrus G14 menggunakan LED putih yang boleh diubah suai atau dikawal untuk mencipta reka bentuk animasi atau imej yang unik. Visual ini juga boleh bertindak balas terhadap bunyi dan muzik. Dengan penambahan inovasi ini, ia diberi nama “AniMe Matrix“.

UI sementara Asus Armoury Crate

Menggunakan perisian Asus Armoury Crate, paparan ini diintergrasikan ke muka depan Zephyrus G14 di mana ia boleh digunakan untuk memaparkan grafik, GIF animasi, dan mesej teks menggunakan pelbagai font. Harus diingat bahawa imej di atas adalah UI sementara Asus Armoury Crate. Seperti yang dikatakan di atas, visual ini boleh bertindak balas terhadap bunyi dan muzik. Ini menjadikannya satu pilihan yang sangat menarik bagi DJ dan artis muzik. ASUS meyakinkan kita bahawa paparan “AniMe Matrix” dicipta dengan isu-isu seperti jumlah penggunaan kuasa dan kepanasan internal dalam perancangan. AniMe Matrix dihasilkan bukan hanya untuk bergaya tetapi juga mempunyai banyak kegunaan praktikal lain seperti memberi notifikasi e-mel atau menunjukkan masa dan tarikh. Berikut adalah video pendek ujian kami di ROG Zephyrus G14:

Selain daripada memiliki paparan yang unik, ROG Zephyrus G14 menawarkan processor AMD Ryzen 7 4800HS, 32GB RAM, dan storage 1TB, serta resolusi paparan Full HD dan WQHD. Garang gila kan spec dia? Bukan kaleng-kaleng ni..

 

1 of 2
- +

Selepas melihat pelancaran setiap gaming laptop oleh pelbagai jenama, saya fikir itu sahaja yang mereka boleh memberi, tetapi Asus tiba-tiba datang dengan ciri-ciri yang memang saya tidak jangka. Asus ROG Zephyrus G14 adalah antara peranti terhangat tahun ini dengan penambahan AMD dan teknologi AniMe Matrix yang inovatif. Bagi pendapat sesetengah orang, ini mungkin penambahan yang sia-sia tetapi harus diingatkan bahawa AniMe Matrix telah memberi makna baru kepada reka bentuk laptop.

Tags: AniMe MatrixAsusROGZephyrus G14
Previous Post

Horizon Zero Dawn yang sepatutnya PS4 Eksklusif turut hadir ke platform PC?

Next Post

ASUS menampilkan lebih lagi produk yang hebat dari siri ChromeBook dan Pro Art!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
ASUS menampilkan lebih lagi produk yang hebat dari siri ChromeBook dan Pro Art!

ASUS menampilkan lebih lagi produk yang hebat dari siri ChromeBook dan Pro Art!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd