Processor AMD Ryzen 4000 sudah tiba, dan bersamanya, ia membawa reka bentuk yang sangat-sangat unik untuk Asus ROG Zephyrus baru. Semasa di CES 2020, Asus mengumumkan Zephyrus G14 (14-inci) dan G15 (15-inci), masing-masing dengan processor Renoir baru. Kami tidak mempunyai harga rasmi tetapi anda boleh lihat spesifikasi kedua-dua peranti ini di bawah:
Asus ROG Zephyrus G14 | Asus ROG Zephyrus G15 | |
---|---|---|
CPU | Sehingga AMD Ryzen 7 4800HS | AMD Ryzen 7 4800HS |
GPU | Sehingga Nvidia GeForce RTX 2060 (6GB) | Sehingga Nvidia GeForce RTX 2060 (6GB) |
RAM | Sehingga 32GB DDR4 3200 MHz | Sehingga 32GB DDR4 3200 MHz |
Display | 14-inch, FHD 120Hz or 2560×1440 60 Hz, Adaptive Sync, Pantone validated | 15.6-inch, FHD, IPS-level, 240 Hz Pantone validated or 144Hz, Adaptive Sync |
Storage | Sehingga 1TB M.2 PCIe NVMe storage | Sehingga 1TB M.2 PCIe NVMe storage |
Connectivity | 802.11ax (Wi-Fi 6), Bluetooth 5.0 | 802.11ax (Wi-Fi 6), Bluetooth 5.0 |
Battery | 76 Wh | 76 Wh |
Selain daripada saiz, kedua-dua laptop ini amat sama secara dalaman dengan kedua-dua peranti boleh menggunakan AMD Ryzen 7 4800HS dan GPU Nvidia GeForce RTX 2060. Yang menarik di sini ialah Asus menggunakan processor 35-watt yang tidak menyerap kuasa sebanyak CPU Ryzen 4000 45-watt. Anda boleh mendapat sehingga 32GB RAM dan sebanyak 1TB NVMe storage dalam laptop ini. Kedua-dua laptop akan termasuk Pantone-calibrated FreeSync display, dengan pilihan 1920×1080 120Hz dan WQHD 60Hz untuk G14 manakala G15 mempunyai paparan 240Hz.
Satu ciri baru yang diperkenalkan kepada kedua-dua model ini adalah USB Type-C. Kebanyakan laptop gaming tidak menawarkan ciri ini kerana mereka tidak dapat menawarkan kuasa yang cukup untuk ‘gaming‘ tetapi G14 dan G15 dilengkapi dengan charger Type-C 65W. Selain itu, G14 adalah komputer riba ROG yang pertama untuk menampilkan fingerprint reader yang terintegrasi ke dalam butang kuasa.
Versi G14 yang lebih tebal akan datang dengan paparan AniMe Matrix. Pasti ramai yang ingin tahu apa itu AniMe Matrix kan? Ia adalah sekumpulan mini LED yang terdiri daripada 1,215 unit pada bahagian penutup laptop. AniMe Matrix membolehkan anda customize bahagian atas komputer riba dengan apa-apa imej atau GIF. AniMe Matrix tidak ada warna dan semua LED-nya berwarna putih tetapi ia boleh digunakan untuk efek-efek menarik, seperti menaip mesej atau bertindak balas kepada muzik.
Untuk maklumat lanjut tentang produk ASUS ROG, sila layari laman web rasmi mereka atau halaman FB mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post