Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Granblue Fantasy Versus: Rising – Ver. 2.60 Akan Datang September 2026 Bersama Versi Switch 2

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 29, 2026
in Artikel, Berita, Fighting, Nintendo Switch 2, PC, PS4, PS5, Steam
0 0
0
Granblue Fantasy Versus: Rising – Ver. 2.60 Akan Datang September 2026 Bersama Versi Switch 2
Share on FacebookShare on Twitter

Cygames mengumumkan bahawa fighting game Granblue Fantasy Versus: Rising (GBVSR) bakal menerima update Version 2.60, di samping membuat kemunculan pertama di platform Nintendo Switch 2 pada 17 September 2026.

Tumpuan utama Version 2.60 ini tertumpu kepada Id, watak penting daripada RPG aksi Granblue Fantasy: Relink. Dikenali dengan gelaran “Foreboding Blade,” beliau merupakan pahlawan pedang handal dari Zegagrande Skydom. Meskipun pernah menjadi musuh kepada kumpulan utama dalam Relink, kini Id sedia beraksi di pentas GBVSR menggunakan ‘greatsword’ serta ‘draconic power’ untuk bertukar bentuk semasa bertarung.

Selain kehadiran Id, Granblue Fantasy Versus: Rising Version 2.60 turut membawakan:

  • Stage baharu, Ainsteddo Archipelago.
  • Mekanik sistem universal baharu untuk memberikan kelainan pada gaya permainan.
  • Pelarasan keseimbangan watak bagi beberapa pejuang.
  • Kostum baharu dan pelbagai penambahbaikan sistem.

GBVSR untuk Nintendo Switch 2 pula akan dilancarkan pada tarikh yang sama dengan menyertakan kesemua 40 watak, termasuk Id dan watak-watak DLC terdahulu.

Versi ini turut dilengkapi sokongan ‘local communication multiplayer’, membolehkan kita bertarung dengan sesiapa sahaja, di mana-mana sahaja secara offline. Ciri asas GBVSR seperti Story Mode dan Figure Studio juga boleh dinikmati sepenuhnya oleh pemain. Walau bagaimanapun, harga jualan untuk versi Nintendo Switch 2 masih belum diumumkan.

Selain Nintendo Switch 2, game ini juga tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, dan Steam.

Bonus Save Data Link

Pelancaran ini berjalan seiring dengan pengenalan Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok, entri terbaharu dalam siri RPG aksi tersebut yang bakal menemui pemain pada 9 Julai 2026 bagi PlayStation 5, PlayStation 4, Steam, dan Nintendo Switch 2.

Bermula 17 September, pemain boleh menghubungkan save data daripada Endless Ragnarok ke GBVSR untuk menebus ganjaran eksklusif:

  • Weapon skin untuk Id.
  • Avatar lobby Lyria (Shaman of Salvation) untuk digunakan dalam mod online GBVSR.
Tags: Granblue Fantasy Versus: RisingNintendo Switch 2
ShareTweetSend
Previous Post

Cyberpunk: Edgerunners 2 Akan Menjelma Tahun Ini; Netflix & Studio Trigger Dedah Watak Baharu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Cyberpunk: Edgerunners 2 Akan Menjelma Tahun Ini; Netflix & Studio Trigger Dedah Watak Baharu
Anime

Cyberpunk: Edgerunners 2 Akan Menjelma Tahun Ini; Netflix & Studio Trigger Dedah Watak Baharu

June 29, 2026
Laptop Gaming Terbaru ROG Tiba Di Malaysia – Zephyrus Duo & ROG Strix Terima Edisi 2026
Laptop

Laptop Gaming Terbaru ROG Tiba Di Malaysia – Zephyrus Duo & ROG Strix Terima Edisi 2026

June 29, 2026
Indie Wavemakers 2026 Bawa Kolaborasi Menarik Bersama charc+r Fest – Dua Acara, Satu Tiket
Acara

Indie Wavemakers 2026 Bawa Kolaborasi Menarik Bersama charc+r Fest – Dua Acara, Satu Tiket

June 29, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd