Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cyberpunk: Edgerunners 2 Akan Menjelma Tahun Ini; Netflix & Studio Trigger Dedah Watak Baharu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 29, 2026
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Cyberpunk: Edgerunners 2 Akan Menjelma Tahun Ini; Netflix & Studio Trigger Dedah Watak Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas empat hari berturut-turut berkongsi watak-watak baharu, Netflix, CD Projekt Red, dan Studio Trigger akhirnya mendedahkan barisan watak utama bagi Cyberpunk: Edgerunners 2. Sekuel kepada anime hit tahun 2022 yang amat dinantikan ini akan menemui penonton pada Musim Luruh (sekitar September hingga Disember) 2026.

https://x.com/edgerunners/status/2071171753724846181

Sesuai dengan konsep antologi Night City, musim kedua tidak akan menyambung kisah watak utama dari musim lalu, sebaliknya menampilkan barisan watak serba baharu. Mereka datang daripada pelbagai lapisan masyarakat di kota metropolis distopia tersebut, di mana masing-masing didorong oleh motif tersendiri:

  • Weak Kingsley: Dahulunya seorang Edgerunner hebat yang cukup dikenali dengan gelaran “King”, dia kini hanyalah seorang veteran yang pudar kegemilangannya dan hidup dalam bayang-bayang reputasi silam.
  • D: Seorang netrunner hebat dari Snake Nation: sebuah konfederasi nomad yang besar. D didorong oleh dendam membara untuk memburu dalang di sebalik kemusnahan klannya.
  • Roman Carax: Pengamal media berusia 20 tahun yang juga seorang pencinta filem tegar. Di kala warga kota sudah lama meninggalkan pawagam tradisional demi teknologi brain-dance tiruan, Roman taksub untuk merakam detik manusia yang tulen dan realistik menggunakan kameranya sendiri.
  • Talia Yang: Bekas orang dalam korporat yang meninggalkan keselesaan pejabat eksekutif di bangunan pencakar langit. Dia memilih untuk terjun ke kancah jalanan yang penuh keganasan, malah turut mempunyai kaitan rapat dengan geng Maelstrom yang terkenal dengan pengubahsuaian siber ekstrem.

Walaupun Studio Trigger kembali menghasilkan animasi untuk siri ini, berlaku rombakan besar di sebalik tabir. Pengarah asal, Hiroyuki Imaishi, telah menyerahkan tanggungjawab kepada Kai Ikarashi. Ikarashi sebelum ini mendapat pujian ramai selaku pengarah dan storyboard artist bagi episod “Girl on Fire” (Episod 6, Musim 1) yang memaparkan detik tragis watak Maine.

Menurut showrunner dan penulis cerita Bartosz Sztybor, sekuel kali ini adalah lebih gelap, realistik, dan jauh lebih ganas. “Jika anda menangis semasa menonton Edgerunners 1, anda pasti akan menangis lebih teruk kali ini,” gurau Sztybor sambil menasihat penonton agar bersiap sedia dengan tisu.

Cyberpunk: Edgerunners 2 mempunyai sebanyak 10 episod.

Tags: Cyberpunk: Edgerunners 2
ShareTweetSend
Previous Post

Laptop Gaming Terbaru ROG Tiba Di Malaysia – Zephyrus Duo & ROG Strix Terima Edisi 2026

Next Post

Granblue Fantasy Versus: Rising – Ver. 2.60 Akan Datang September 2026 Bersama Versi Switch 2

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3
Temuramah

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3

August 19, 2026
Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight
Preview

Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight

August 19, 2026
[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global
Temuramah

[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global

August 19, 2026
Next Post
Granblue Fantasy Versus: Rising – Ver. 2.60 Akan Datang September 2026 Bersama Versi Switch 2

Granblue Fantasy Versus: Rising - Ver. 2.60 Akan Datang September 2026 Bersama Versi Switch 2

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd