Dengan berbaki sebulan lagi untuk pelancaran entri terbaru game perlumbaan iaitu Gran Turismo 7, kami berpeluang untuk melihat preview game ini lebih awal! Pembangun berkata bahawa mereka ingin membuatkan pemain teruja dengan barisan kereta, walaupun tanpa pengetahuan mengenainya dan sedar betapa seronoknya memandu. Bersama tagline “From past to present and towards the future,” anda akan merasakan perlumbaan yang berbeza daripada yang lain.
Entri terbaru francais Gran Turismo mempunyai banyak ciri terbaru, bak kata pembangun ia adalah sebuah game “Car Life Simulator” iaitu sebuah game sandbox yang dipenuhi kereta. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat apa yang menanti anda dalam Gran Turismo 7!
World Map
World Map kembali semula kedalam GT7 selepas penampilan terakhirnya dalam GT4. Anda boleh menggunakan pandangan bird-eye untuk melihat dunia GT7. UI yang terdapat akan menjadi hub untuk anda mengakses pelbagai ciri dan kandungan dalam game itu. Antaranya adalah seperti:
- Mission: Misi yang memberikan ganjaran in-game seperti duit dan trofi.
- License: Untuk menentukan sejauh mana kemahiran pemain. Dengan ciri ini, pemain akan belajar teknik memandu daripada mula dan akan diberikan ganjaran dengan duit in-game.
- Scape: Ia merupakan sebuah mod yang membenarkan anda bersia-siar menggunakan kereta anda. Terdapat lebih 2500 tempat di seluruh dunia. Bukan setakat itu sahaja, anda boleh mengambil foto dan edit gambar itu.
- World Circuit
- Cafe
- Garage
- Showcase
Kepada pemain lama jangan risau, ada juga beberapa ciri yang anda sudah biasa walaupun banyak benda baru yang ditambah. Dalam hub ini, anda boleh melancong dalam dunia yang luas ini. Walaupun mod Campaign tersedia, GT7 merupakan game dimana anda akan mendapat banyak milestone dan cara baru untuk bermain. Sudah tentu, ia memerlukan pemain untuk sentisa bermain dalam talian.
Kereta dan litar
Gran Turismo 7 mempunyai lebih daripada 400 kereta tersedia selepas ia dilancarkan. Anda boleh membeli antara 3 jenis penjual kereta iaitu:
- Brand Central: Anda boleh dapatkan kereta baru dari tahun 2001 dan seterusnya.
- Used Car Dealer: Anda boleh membeli kereta terpakai dan mendapat tawaran hebat daripada penjual ini. Tetapi mereka tidak akan memberitahu apakah kelemahan yang dimiliki kereta tersebut.
- Legendary Car Dealer: Melalui penjual ini, anda boleh mendapatkan kereta ikonik. Sudah tentu ia juga agak mahal untuk membelinya.
Terdapat lebih daripada 34 lokasi dan 90 layout tersedia untuk litar. Ianya dipanggil World Circuit dimana anda dapat mengakses trek individu dalam game ini. Terdapat juga trek yang sama dalam dunia sebenar. Malah anda juga boleh menyertai pelbagai acara dan aktiviti tersedia pada trek-treak ini seperti:
- Lebih daripada 100 acara perlumbaan seperti Sunday Cup dan Clubman Cup
- Circuit Experience untuk anda belajar setiap trek dalam game.
- Drift Trial
- Time Trial
- Custom Race
- Meeting Place
Gran Turismo Cafe
Kafe ini berfungsi sebagai pusat untuk Gran Turismo. Ia berfungsi sebagai panduan untuk meneroka dunia GT dan gateway untuk belajar tentang automotif. Contohnya, anda boleh selesaikan misi untuk selesaikan “Menu Book.” Setelah buku itu diselesaikan, pemilik kafe akan menerangkan latar belakang kereta yang terbabit dalam buku tersebut. Terdapat lebih daripada 30 quest tersedia di kafe itu dan dengan menyelesaikannya, anda semakin hampir dalam “menamatkan” mod Campaign. Tetapi milestone itu hanyalah titik permulaan untuk cabaran sebenar.
Tuning dan Customization
Ciri ini adalah untuk pemain pro dan mereka yang mempunyai pemahaman tinggi mengenai kereta. Ia bukanlah semudah jenis tayar dan lebih mendalam berbanding tetapan biasa. Terdapat beberapa aspek lain seperti sistem brek, suspension, Transmission, Intake & Exhaust serta banyak lagi perincian lain untuk tune kereta anda.
Selain itu, anda juga boleh mengukur sejauh mana prestasi kereta selepas diubah. Terdapat “Performance Point” yang menunjukkan tahap prestasi kereta secara simulasi supaya ianya dilakukan sama dalam masa nyata.
Showcase
Ia lebih kurang sama dengan hub komuniti dimana anda mempamerkan pelbagai perkara seperti save replay perlumbaan, time trial, drifting atau foto yang ditangkap. Pemain juga boleh mengongsikan stail kereta, stiker dan liveri. Kalau anda berminat dengan reka bentuk yang dikongsikan, anda boleh muat turunnya untuk digunakan pada kereta anda sendiri.
Grafik, Audio dan Prestasi
Bercerita dengan grafik GT7, ia sememangnya memaksimumkan potensi PS5. Terdapat dua mod tersedia iaitu mod Frame Rate dan mod Ray Tracing.
Mod Frame Rate akan memberikan frame rate tertinggi sepanjang game tidak kiralah semasa berlumba atau replay. Framerate biasa semasa perlumbaan apabila bermain dengan mod ini ialah 60 FPS. Mod Ray Tracing pula menggunakan Ray Tracing, di mana pemain tidak memerlukan masa tindak balas yang pantas. Contohnya semasa melihat replay perlumbaan, 3D Stage atau render daripada mod Photo. Jadi, anda tidak boleh menggunakannya semasa berlumba.
Bagi saya, tiada perbezaan ketara antara kedua-dua mod ini. Sudah tentu mod Ray Tracing memberikan lebih pantulan yang baik tetapi saya hanya menyedarinya pada mod foto dan perlu melihat dengan teliti untuk melihat perbezaannya. Ia juga tidaklah begitu ketara dalam replay.
Jika akan ingin tahu prestasinya pada konsol PS4, malang sekali tiada apa-apa yang dikhabarkan untuk konsol tersebut. Anda perlu tunggu untuk melihat review untuk gameplay pada konsol PS4 nanti.
Untuk audionya pula, game ini mempunyai 3D Spatial Audio pada PS5. Kaedah audio ini dipanggil 3D Ambisonic. Contohnya, sistem speaker konvensional mempunyai resolusi 3 dimensi yang lebih kurang sama dengan mempunyai sistem audio “16 saluran”. Tetapi dengan 3D Ambisonics + 3D Spatial Audio daripada PS5, ciri ini boleh menyebabkan beberapa “Ratus Saluran” speaker dengan pantulan bunyi yang berbeza untuk jenis bahan yang berbeza. Cara paling berkesan untuk mengalami ciri ini ialah menggunakan fon kepala dan bukannya speaker.
Anda boleh alami pelbagai perkara dalam game ini seperti, bunyi kereta di sekitar anda, bunyi helikopter yang terbang di atas landasan, atau hujan yang turun. Anda sepatutnya dapat mengenal pasti arah bunyi itu datang. GT7 juga menyatakan bunyi yang dipantulkan daripada onjek seperti pagar atau dinding konkrit.
Salah satu ciri PS5 iaitu Haptic feedback juga dimasukkan ke dalam game ini. Anda boleh rasa perbezaan antara trek dan maklum balas yang besar apabila getaran yang berlaku. GT7 juga menyokong Adaptive trigger untuk menunjukkan perbezaan pada berat pedal break antara kereta berbeza.
Jika anda ingin tahu, terdapat 75 artis serta 300 trek muzik pelabagai genre tersedia untuk menemani anda semasa berlumba. Antaranya ialah genre Klasik, Jazz, Hip Hop, Elekto dan Lounge.
Music replay dan Music Rally
Mod ini sedikit berbeza daripada game terdahulu, mod Replay merupakan tempat kamera replay dijana secara automatik untuk dipadankan dengan muzik. Music Rally pula bukanlah mod untuk digunakan semasa memandu laju, tetapi untuk menikmati muzik. Ianya sebuah mod yang relax dan anda perlu memandu mengikut muzik. Terdapat bilangan beat sebagai penanda aras kepada pemain semasa memandu. Jumlah beat itu akan berkurangan sepanjang pemain memandu dan akan muzik akan berhenti setelah ia habis. Tetapi jangan risau, beat itu boleh diisi semula apabila mencecah checkpoint tertentu.
Kesimpulan
Sejujurnya, saya bukanlah peminat tegar untuk game perlumbaan tetapi saya boleh rasakan ianya dapat memuaskan hati ramai peminat francais ini memandangkan hampir sedekad pelancaran GT6. Dengan kembalinya ciri lama seperti World Map, ia akan memberikan perasaan nostalgik kepada pemain. Terdapat juga kandungan single-player untuk dinikmati.
Pertama kali saya melihat preview Gran Turismo 7 ini, saya rasa seperti ianya cukup lengkap. Lebih-lebih lagi apabile entri terdahulu seperti GT Sport dan GT6 dikritik kerana tidak mempunyai kandungan yang cukup.
Bukan itu sahaja, terdapat beberapan penerangan yang hebat mengenai prestasi game ini pada PS5, walapun mereka tidak mengatakan apa-apa berkenaan prestasi pada PS4. Kami juga diberikan penjelasan tentang cara audio GT7 berfungsi seperti teknologi dan ciri yang mereka gunakan. Selain daripada grafik, sudah tentu audio juga perkara penting yang ditekan untuk game perlumbaan.
Gran Turismo 7 akan dilancarkan pada 4 Mac 2022. Anda boleh ke laman web rasmi PlayStation untuk pra-tempah game ini! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai francais daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post