Google akan menutup satu perkhidmatan terkenal yang kini jatuh popularitinya setelah hampir sembilan tahun beroperasi. Google Play Music, perkhidmatan penstriman muzik dan podcast yang juga menyediakan “cloud hosting” untuk seluruh perpustakaan muzik milik pengguna, akan diberhentikan pada akhir tahun 2020.
Bermula pada hari Selasa minggu ini, Google mula menghantar notis kepada pengguna Google Play Music untuk mengajak mereka berpindah ke YouTube Music, yang akan menyerap Google Play Music dan menggabungkan kedua-dua perkhidmatan tersebut menjadi satu. Pengguna yang bersedia untuk pindah boleh menggunakan aplikasi mudah alih atau browser untuk memindahkan perpustakaan muzik, playlist, dan tetapan ke YouTube Music. Buat masa ini, Google Play Music masih boleh diakses, jadi ini memberi pengguna banyak masa untuk melakukan peralihan mereka ke YouTube.
Perbezaan utama antara kedua-dua aplikasi ialah tawaran ad-free atau offline pada pengguna YouTube Music bernilai sebanyak RM14.90 sebulan. Ini mungkin pilihan yang sukar bagi mereka yang terbiasa dengan perkhidmatan Google Play Music yang membuatkan faedah tersebut percuma. Tetapi YouTube Music menawarkan akses ke lirik lagu dan membolehkan hingga 100,000 lagu untuk dimuat naik ke perpustakaan muzik, sebuah peningkatan sebanyak 50,000. Jumlah lagu dalam Playlist juga telah meningkat daripada 1000 kepada 5000.
Jadi apakah pendapat anda? Adakah anda memang pengguna YouTube Music atau masih suka Google Play Music klasik yang selesa? Kongsi pendapat anda di ruang komen.
@gamersantaimy
Discussion about this post