Jika sebelum ini, ia hanya dilancarkan buat 3 negara sahaja iaitu Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan. Kini, Google Play Games Beta telah tersedia di PC untuk lebih banyak negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Brazil, Indonesia, Filipina, Singapura dan negara tercinta kita Malaysia.
Dengan melancarkan Google Play Games Beta, anda boleh bermain banyak game Android di PC. Buat masa sekarang, mereka hanya menyediakan sebanyak 85 game sahaja termasuk Asphalt 9: Legends, Arknights, Mobile Legends: Bang Bang, Just Dance Now, Mobile Legends dan SAO Integral Factor.
Dengan menggunakan akaun yang sama, aplikasi ini dapat memberikan “sync progress” diantara PC dan mobile. Jadi, anda boleh menyabung progress game Android di mana-mana sahaja dan pelbagai platform.
Namun, terdapat satu masalah jika anda menggunakan CPU atau GPU daripada pengeluar AMD di mana aplikasi ini masih belum dapat menyokongnya. Jika, anda menggunakan CPU daripada Intel dan GPU daripada NVIDIA, saya rasa itu langsung tidak menjadi masalah. Berikut adalah spesifikasi minimum PC atau laptop untuk menggunakan Google Play Games Beta:
- Windows 10
- Solid State Drive (SSD)
- Intel UHD Graphics 630 GPU
- 4 CPU Core
- 8GB RAM
- 10GB Storan
Saya ada juga cuba bermain beberapa game seperti Asphalt 9: Legends, Mobile Legends: Bang Bang dan SAO Integral Factor untuk melihat cara control game ini. Seperti Asphalt 9, mereka telah mengesan yang saya menggunakan laptop, jadi interface yang ditunjukkan di dalam game semuanya telah diubah kepada keyboard.
Memandangkan saya pernah bermain Mobile Legends: Bang Bang sebelum ini, saya terpaksa melihat kembali cara control game ini bagaimana dengan menggunakan “Shift + Tab” dan keluar “overlay” Google Play Games itu sendiri. Jika melihat control-nya semua, sudah pasti mereka telah siap update untuk digunakan pada PC atau laptop.
Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba Google Play Games Beta ini, pastikan anda menggunakan CPU Intel dan GPU Nvidia. Korang boleh download di sini. Dengan adanya Google Play Games Beta di PC, lepas ini tidak perlu lagi download emulator untuk bermain game Android di PC.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post