Berita baik buat korang yang mencari game multiplayer, game spin-off Destroy All Humans! Clone Carnage kini percuma untuk dimuat turun di PC melalui Steam, GOG dan Xbox One, manakala tersedia pada harga murah RM 5.00 untuk PlayStation 4, menurut penerbit THQ Nordic dan pemaju Black Forest Games.
Game ini mula-mula dilancarkan pada 31 Mei pada harga RM30.00 tetapi tersedia secara percuma bagi mereka yang membuat pre-order untuk Destroy All Humans! 2: Reprobed.
Berikut ialah gambaran keseluruhan game, menurut THQ Nordic:
Cipta malapetaka dalam Clone Carnage! Kandungan boleh muat turun kendiri ini disertakan dengan empat mode, enam peta dan multiplayer sehingga empat pemain. Split-screen membolehkan anda menggandakan huru-hara dalam two-player local multiplayer. Serlah kegilaan anda dalam mode Rampage, Armageddon, Race dan Abduction!


- Alami sisi jahat kisah pencerobohan alien klasik.
- Musnahkan manusia menggunakan Psi-Power dan senjata unik anda, seperti Anal Probe Gun.
- Rampas tubuh manusia yang lemah dan menyusup masuk ke dalam demokrasi mereka yang rapuh.
- Hapuskan seni bina manusia dengan kapal angkasa terbang anda.
Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Destroy All Humans! termasuk review dan game terbaru, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post