Google dikatakan tengah develop sejenis hardware video game, menurut sumber dari Kotaku. Pada masa yang sama, diorang tengah kumpulkan bakat-bakat dikalangan developer untuk bernaung bawah diorang.
Projek ini diberi codename Yeti, dan diorang approach beberapa developer besar kat GDC dan masa E3 baru-baru ni. Streaming ni kasi kerja render graphic kat hardware yang duduk kat tempat lain, so lagi banyak la PC boleh main heavy-heavy ni.
Lepas tu katanya ada pulak integration YouTube, nanti players boleh tukar-tukar dari sesi main ke tengok video walkthrough dengan mudah.
Tambahan pulak katanya ada integrasi dengan streaming service, tapu takde lagi spesifikasi hardware yang didedahkan.Ramai veteran industri dah join, dilaporkan. Antaranya adalah Phil Harrison, yang pernah bekerja untuk PlayStation dan Xbox.
Konsep ni memang do-able. Sekarang pun dah buat contohnya untuk penjanaan imej geologi dimana, geologist menggunakan desktop simple dengan graphic card GTX 650, diorang connect ke hardware server graphic monster yang buat semua kerja. Dalam LAN, diorang connect pakai 10GB network. Dalam kes Google ni, cabaran dia adalah connection broadband yang sangat tinggi je nanti.
Microsoft pulak sibuk dengan hardware terbaru diorang iaitu Xbox baru yang diberi codename Scarlet.
Video dipetik dari IGN News.
@gamersantaimy
Discussion about this post