Selepas menamatkan servis Google Stadia pada awal tahun lalu, Google kini sedang mencari jalan untuk memberikan pengguna mereka bermain game dengan produk-produk yang sedia ada termasuk Youtube.
Menurut Wall Street Journal, terdapat satu e-mel yang dihantar kepada pekerja di syarikat induk Google dan isi kandungan e-mel tersebut mengatakan tentang satu produk baharu yang dikenali sebagai “Playables”. Ia membolehkan pengguna bermain game di mobile atau PC menggunakan platform penstriman video.
Satu-satunya produk yang digelar sebagai platform penstriman video oleh Google adalah Youtube. Playables dilaporkan akan membenarkan pengguna bermain game serta-merta melalui aplikasi YouTube pada peranti mobile, sama seperti Stadia.
Ini merupakan percubaan baharu daripada Google dalam games selepas servis Stadia ditamatkan. Sebelum ini, mereka juga telah menawarkan kepada pihak ketiga untuk menggunakan semula teknologi Stadia, tetapi percubaan itu telah pun ditutup.
Buat masa sekarang, kami tidak pasti sama ada Playables akan memanfaatkan teknologi yang sama seperti Stadia gunakan sebelum ini. Memandangkan tidak banyak maklumat yang didedahkan, saya menganggap yang berita ini adalah sekadar khabar angin sahaja.
Kalau anda nak tahu, Google Stadia adalah sebuah platform yang memfokuskan kepada servis cloud gaming dan telah dilancarkan sejak November 2019. Platform ini telah dibangunkan Google dan membenarkan pemain “stream” game library mereka di dalam Chrome, Chromecast dan peranti lain.
Google Stadia telah bersaing dengan banyak platform lain yang menawarkan servis yang sama seperti Sony PlayStation Plus, NVIDIA GeForce Now, Amazon Luna, Xbox Cloud Gaming dan banyak lagi.
Walaupun penawaran servis cloud gaming di Malaysia masih tidak berleluasa, saya yakin yang servis ini akan menjadi salah satu platform utama pada masa akan datang.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post