Riders Republic akan melakukan ujian beta tertutup bermula hujung bulan Ogos ini! Jadi kami di Gamer Santai ingin membuka giveaway kod untuk anda menyertai ujian beta Riders Republic! Penerima giveaway ini boleh bermain ujian beta bermula hari Selasa 23 Ogos jam 3 petang sehingga hari Jumaat 26 Ogos tepat jam 12 tengah malam.
Untuk giveaway kod ujian beta Riders Republic, Ubisoft telah memberi kami 10 kod jemputan sebagai hadiah kepada pemenang-pemenang bertuah. Anda boleh menggunakan kod ini sama ada di platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, atau PC. Inilah peluang anda untuk mencuba sendiri Riders Republic bersama pemain lain dari pelbagai platform lebih awal.
Langkah 1: Korang kena “LIKE” Facebook Page Gamer Santai
Langkah 2: Korang kena “join” Group Semuanya Gaming di Facebook
Langkah 3: Like/Love/Wow Post mengenai artikel ini di Facebook kami dan kongsi artikel ini dengan #RidersRepublic #GamerSantai
Langkah 4: Jawab soalan ini di bahagian komen:
- Apa yang anda paling teruja tentang Riders Republic?
- Letak #RidersRepublic #GamerSantai di bawah;
Kemudian pemenang bertuah akan kami hubungi melalui Facebook Messenger!
- Peserta haruslah warganegara Malaysia;
- Peserta haruslah 18 tahun keatas sahaja!
- Giveaway akan berakhir pada Jumaat, 20 Ogos 2021 12.00PM;
- Pemenang akan diumumkan pada 20 Ogos 2021 melalui FB Messenger;
Bagi mereka yang tidak tahu tentang permainan ini, Riders Republic adalah ”massively multiplayer sports game” oleh Ubisoft dengan lima aktiviti yang berbeza iaitu papan luncur salji, ski, berbasikal gunung, wingsuit, dan rocket wingsuiting. Pemain dapat bersaing antara satu sama lain dalam perlumbaan online, dengan 50 pemain pada satu masa di PC, dan 20 di konsol. Permainan ini juga akan menawarkan career mode dengan cara kemajuan yang berbeza, serta pilihan untuk menandatangani dengan penaja yang berlainan.
Sertai Giveaway ini untuk anda dapatkan kod ujian beta Riders Republic dari kami! Game ini bakal dilancarkan pada 28 Oktober di PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series X|S, dan PC. Anda boleh melihat liputan lama saya termasuk preview awal, temu ramah bersama pemaju dan sebagainya di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post