Akan tiba pada 12 Februari 2026, Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties merupakan game besar terbaharu daripada Ryu Ga Gotoku Studio dan SEGA yang menggabungkan dua cerita yang saling berkait di bawah satu pakej.
Dilancarkan di PlayStation 5, PlayStation 4, Nintendo Switch 2, Xbox Series X|S, dan PC (Steam), game ini direka sebagai titik mula yang mudah diakses untuk pemain baharu sambil menawarkan intensiti, dan personaliti yang sememangnya sinonim dengan siri Like a Dragon.
Dengan menggandingkan tajuk remake dengan pengalaman standalone serba baharu, Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties menjemput pemain untuk meneroka dunia jenayah terancang dari dua perspektif yang sangat berbeza, masing-masing disokong oleh sistem combat yang diperluaskan, kandungan sampingan yang solid, dan persekitaran bandar yang terperinci.
Yakuza: Kiwami 3 – Dibina Semula Dari Asas

Yakuza Kiwami 3 adalah remake ekstrem dari Yakuza 3 original, dibina semula menggunakan teknologi moden untuk memberikan visual yang lebih tajam, prestasi yang lebih lancar, dan combat yang dikemaskini.
Jalan-jalan di Okinawa dan Tokyo telah diimaginasikan semula dengan butiran persekitaran tambahan, orang ramai yang lebih padat, dan suasana lokasi yang lebih kuat, menjadikan penerokaan lebih ‘immersive’ berbanding sebelum ini.

Kredit: Digital Braves

Combat telah dimodenkan dengan responsif yang lebih baik dan lapisan tambahan, termasuk pengenalan Ryukyu Style, gaya tempur yang berakar umbi dalam seni bela diri Okinawa.
Menggunakan senjata tradisional seperti tinbe dan rochin, gaya ini menekankan teknik pertahanan, crowd control, dan serangan balas, membolehkan pemain menangkis tembakan dan membalikkan serangan musuh terhadap mereka semula. Ini adalah tambahan hebat untuk melengkapkan gaya lawan Dragon of Dojima milik Kiryu!
Babak baharu dan momen cerita yang ditambah menambah emosi kepada perjalanan Kiryu tanpa mengubah tema asalnya, membuatkan pengalaman ini sangat mengalu-alukan kepada pemain baharu sambil menawarkan konteks semula kepada peminat lama.
Kehidupan Di Luar Combat: Morning Glory dan Bad Boy Dragon

Kiwami 3 juga mengembangkan kandungan bukan combat dengan drastik. Semasa Kazuma Kiryu memegang peranan sebagai penjaga di Morning Glory Orphanage, pemain boleh melibatkan diri dalam aktiviti seharian seperti memasak, berkebun, memancing, dan membantu kanak-kanak dengan pelajaran mereka.
Interaksi ini bukan sekadar kosmetik. Menyelesaikan tugasan dan meluangkan masa bersama kanak-kanak menguatkan Kiryu, membuka aktiviti tambahan, dan membuka ‘substories’ menyentuh hati yang menjelaskan harapan dan kesusahan setiap kanak-kanak.

Di hujung spektrum bertentangan terletaknya Bad Boy Dragon, aktiviti bertarung berskala besar secara pasukan yang mengubah jalanan Okinawa menjadi medan perang untuk meluaskan pengaruh. Pemain merekrut ahli, menaik taraf senjata dan peralatan, mengubah suai motosikal, dan memimpin serangan terancang terhadap geng pesaing.
Menampilkan Baddies Battles, Rumbles besar, dan pertembungan dramatik berasaskan motosikal, Bad Boy Dragon menambah lapisan strategi dan tontonan sinematik kepada pengalaman ini.
Dark Ties – Kisah Baharu Dengan Sisi Lebih Tajam

Disertakan sebagai game berasingan yang boleh dimainkan sepenuhnya, Dark Ties memperkenalkan jalan cerita serba baharu yang berpusat pada Yoshitaka Mine, salah seorang tokoh paling diingati dalam Yakuza 3.
Pernah menjadi pengasas syarikat usahasama yang berjaya, kejatuhan Mine ke dalam dunia yakuza didorong oleh kehilangan dan mencari hubungan yang tulen. Perjalanannya menawarkan kontras dengan Kiryu, yang meneroka cita-cita, pengasingan, dan identiti dari sudut yang berbeza.
Combat Mine tertumpu pada Dark Awakening, sistem yang membolehkan pemain mengumpul sumber Shackled Heart melalui gameplay agresif. Apabila diaktifkan, Dark Awakening mengubah gaya combat, animasi, dan teknik Mine, menekankan kuasa mentah dan serangan tanpa henti.
Hasilnya ialah pengalaman combat yang terasa berbeza, brutal, dan lebih ganas.
Strategi, Reputasi, dan Cabaran Berisiko Tinggi


Dark Ties mengembangkan gameplay dengan lebih jauh melalui sistem yang memfokuskan pada pembuatan keputusan dan risiko.
Kanda Damage Control menugaskan pemain untuk mengurus persepsi awam dengan menyelesaikan masalah di sekitar Kamurocho, mempengaruhi hubungan secara langsung dan membuka interaksi watak yang lebih luas melalui Drink Links.


Bagi pemain yang mencari aksi sengit, Underground Fight Club, juga dikenali sebagai Hell’s Arena, menawarkan cabaran ala roguelite yang menguji kebolehsuaian dan ketahanan.
Dengan pertarungan yang semakin sukar, peraturan yang pelbagai, dan objektif berfokuskan survival, ia menyediakan nilai main semula yang tinggi di luar kalan cerita utama.

Jom Cuba Demo Hari Ini

Pemain yang ingin merasai aksi sebelum pelancaran boleh memuat turun demo percuma di PC melalui Steam. Pra-tempahan juga tersedia, dengan kandungan bonus termasuk Legendary Lad: Ichiban Kasuga, membolehkan watak kegemaran peminat itu menyertai Ryukyu Gal Gang.
Titik Mula Yang Lengkap

Dengan dua cerita yang direalisasikan sepenuhnya, sistem combat yang diperluas, dan pelbagai aktiviti merangkumi intensiti dan emosi, Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties berdiri sebagai salah satu keluaran Like a Dragon yang paling komprehensif dan mengalu-alukan setakat ini.
Ingat, legenda akan kembali pada 12 Februari 2026.
Masa untuk Giveaway!
Ingin mengalami pengembaraan Kiryu di Okinawa?
Kami memberikan kod PC Steam untuk Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties kepada seorang peminat bertuah yang bersedia untuk mengalami Kamurocho dan Okinawa. Berikut ialah cara anda boleh sertai:
Cara Menyertai:
- Selepas membaca artikel ini, pergi ke posting Facebook kami dan tinggalkan komen menjawab soalan giveaway ini: Siapa yang nampak lebih hebat memakai sut antara Kiryu dan Mine, dan kenapa?
- Kongsi post tersebut secara umum (public) untuk melengkapkan penyertaan anda.
Terma & Syarat:
- Giveaway ini adalah untuk kod PC Steam sahaja.
- Pemenang yang dipilih mesti menghubungi kami melalui Facebook dalam masa 24 jam selepas pengumuman. Jika tidak, pemenang baharu akan dipilih tanpa pengumuman kedua.
![[GIVEAWAY] Dua Game, Dua Legenda, Satu Pakej Epik – Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties Hampir Tiba!](https://cdn.gamersantai.com/2026/02/YAKUZA-KIWAMI-3_GIVEAWAY_FI-750x375.jpg)








Discussion about this post