Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact Akan Lancar Versi 4.3 & Konsert Online Pada Disember 2024 – Info Padat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 8, 2023
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Muzik, Open World, PC, PS4, PS5, RPG
0 0
0
Genshin Impact Akan Lancar Versi 4.3 & Konsert Online Pada Disember 2024 – Info Padat!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, HoYoverse mengumumkan bahawa Genshin Impact Versi 4.3 “Roses and Muskets” akan datang pada 20 Disember bersama Genshin Concert 2023: Melodies of an Endless Journey pada 22 Disember 2023.

Berikut adalah trailer rasmi:

Genshin Impact Versi 4.3

Kredit: HoYoverse

Tahun ini, Fontinalia akan disambut dengan festival filem unik, untuk memperingati legenda Lochknight yang bertemu dengan Archon Hydro Egeria pada masa lalu lalu. Di bawah pimpinan Furina sebagai penerbit filem, pasukan yang terdiri daripada adik-beradik Kamisato Clan, Traveler dan pereka terkenal Chioriya Boutique, Chiori, akan bekerjasama untuk membuat filem.

Kredit: HoYoverse

Selain itu, satu siri permainan mini juga akan dibuka di Fontinalia seperti merakam filem pendek dengan kedudukan kamera yang berbeza dan penceritaan dalam “Into the Frame”, serta latihan menembak dalam mode permainan khas. Dengan memenangi “Theater Ticket” di acara tersebut, pemain berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah festival seperti Claymore 4★ “Ultimate Overlord’s Mega Magic Sword”.

Kredit: HoYoverse

Dalam suasana meriah ini, dua pengguna senjata api berpengalaman, Navia dan Chevreuse, akan sertai sebagai watak baharu yang boleh dimainkan. Ketua Spina di Rosula, Navia, ialah watak Geo 5★ pengguna Claymore yang dapat melancarkan “Rosula Shardshot” dengan Gunbrella elegannya. Jumlah tembakan ditentukan oleh “Crystal Shrapnel” yang diperolehi dengan mengambil Element Shard dari reaksi Crystallize, atau daripada Elemental Burst-nya. Elemental Burst Navia juga boleh menyebabkan Geo DMG Area yang kuat dengan mengebom musuh.

Kredit: HoYoverse

Seorang lagi pengguna senjata api mahir, Chevreuse, akan menyertai sebagai watak 4★ Pyro yang menggunakan senjata Polearm. Sebagai kapten Special Security and Surveillance Patrol, Elemental Skill Chevreuse akan melepaskan peluru yang menyebabkan Pyro DMG Area dengan senapangnya sekaligus melindungi pasukannya dengan memulihkan HP watak aktif. Dia boleh menjana kuasa api yang lebih besar dengan skill “Explosive Grenade”, yang kemudian akan berpecah menjadi “Secondary Explosive Shell”.

Pada Event Wishes untuk Versi 4.3, Navia adalah orang pertama yang hadir kali ini akan diiringi dengan Kamisato Ayaka pada separuh masa pertama, dan Chevreuse
akan disertai oleh Raiden Shogun dan Yoimiya pada separuh masa kedua.

Kredit: HoYoverse

Beberapa mode gameplay jangka panjang dan acara terhad juga telah mendapatkan tambahan pelbagai ciri dan ganjaran baharu. Genius Invokation TCG menerima kemas kini besar dalam bentuk tambahan Kad , NPC yang boleh dicabar dan Heated Battle Mode masa terhad. Bentuk alam semula jadi bertemakan fontaine juga telah ditambah pada Serenitea Pot. Di samping itu, Beetle Battle event dan daily request dari Liben akan kembali dengan pelbagai ciri menarik dan hadiah melimpah.

Kredit: HoYoverse

Seterusnya, perjalanan anda di Teyvat akan menjadi lebih lancar dengan kehadiran beberapa pengoptimuman. Ciri “one-click function” akan tersedia tidak lama lagi untuk mengumpul ganjaran daripada menghantar expedition, berulang expedition, serta mengumpul bahan masakan dan item forge yang telah diproses secara langsung. Pemain juga boleh mengunci atau membuka banyak Artifact sekaligus, dan juga serentak secara automatik mengunci Artifact lama dan baharu yang sepadan dengan kriteria filter. Akhir sekali, pemain boleh melihat Artifact Set yang telah dipilih oleh pemain aktif lain untuk watak tertentu melalui Artifact Set Recommendation.

Genshin Concert 2023: Melodies of an Endless Journey

Kredit: HoYoverse

Sebagai kejutan akhir tahun kepada peminat dan pemain setia, Genshin Concert 2023: Melodies of an Endless Journey akan disiarkan pada 22 Disember 2023 jam 19:00. Konsert ini boleh ditonton secara percuma hanya pada platform YouTube, Twitch, TikTok dan X (dahulunya dikenali sebagai Twitter).

Konsert Genshin tahun ini akan melangkah lebih jauh dengan menggunakan XR, AR dan teknologi animasi yang inovatif. Digabungkan dengan persembahan daripada London Philharmonic Orchestra dan pemuzik antarabangsa lain, konsert ini aka membawakan babak animasi dari Genshin Impact.

Kredit: HoYoverse

Konsert ini akan berlangsung kira-kira 60 minit dengan lebih daripada 25 lagu dari kelima-lima negara yang sudah ada dalam game sehingga ia mengandungi pelbagai elemen muzik dan genre dari seluruh pelusuk dunia. London Philharmonic Orchestra dan konduktor Robert Ziegler adalah rakan kerjasama yang membawa OST Genshin Impact dari negara pertama dan terbaharu, dan kini mereka dijemput kembali untuk mempersembahkan simfoni yang autentik.

Untuk menggabungkan pengalaman muzik dengan dunia fantasi Genshin Impact, komposer dan penulis lagu Jepun Yasunori Nishiki (yang terkenal dengan karyanya untuk Octopath Traveler) dan game lain telah dilantik sebagai Music Director untuk keseluruhan Genshin Concert 2023.

Kod Percuma Genshin Impact

  • Kod 1: RS99D5LVTM6V
  • Kod 2: UBRQC4MCT4PZ
  • Kod 3: 8BQ9CMMVS5PM

Seperti saya kata tadi, Genshin Impact Versi 4.3 akan tersedia pada 20 Disember. Dengan ciri cross-save dan Co-Op, pemain boleh menikmati pengembaraan mereka di PS5, PS4, PC, Android, dan iOS.

Genshin Concert 2023 akan disiarkan pada 22 Disember 2023 jam 19:00. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Tags: Genshin Concert 2023Genshin Impact 4.3
ShareTweetSend
Previous Post

Harga Yakuza: Like a Dragon & DLC Diturunkan Secara Kekal – Dulu RM229, Kini RM69!

Next Post

Jom Serbu Event Eggy Party Di Sunway Velocity, Pelbagai Hadiah & Ganjaran Menarik Menanti!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Aether Gazer Henti Kemas Kini Baru Pada Disember 2026, Tetapi Server Masih Beroperasi Hingga 2031
Berita

Aether Gazer Henti Kemas Kini Baru Pada Disember 2026, Tetapi Server Masih Beroperasi Hingga 2031

July 28, 2026
GPU Makin Mahal! NVIDIA Naikkan Harga Lagi Hingga 30%
Teknologi

GPU Makin Mahal! NVIDIA Naikkan Harga Lagi Hingga 30%

July 28, 2026
ASUS Malaysia Naik Taraf Servi – Waranti Percuma 2 Tahun & Servis ProCare Khas Untuk Anda
Teknologi

ASUS Malaysia Naik Taraf Servi – Waranti Percuma 2 Tahun & Servis ProCare Khas Untuk Anda

July 28, 2026
Next Post
Jom Serbu Event Eggy Party Di Sunway Velocity, Pelbagai Hadiah & Ganjaran Menarik Menanti!

Jom Serbu Event Eggy Party Di Sunway Velocity, Pelbagai Hadiah & Ganjaran Menarik Menanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd