gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Artikel

Gempak Starz: Asal usul Zint & senarai karya yang pernah diterbitkan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 28, 2021
in Artikel, Berita, Komik, Streamer/influencer, Tempatan
0 0
0
Gempak Starz: Asal usul Zint & senarai karya yang pernah diterbitkan
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi semua netizen Malaysia, mesti korang membesar dengan komik Gempak Starz kan -tak kisah lah majalah atau novel grafik. Dari banyak-banyak artis yang tampil, ada seorang yang menarik minat saya iaitu Zint. Bermula dengan karya Under 18 (versi OG ya), sampai sekarang saya masih membaca komik terbitan Gempak Starz yang dihasilkan oleh Zint dan sempena itu, saya membuat keputusan untuk menjelaskan serba sedikit tentang beliau sambil menceritakan tentang asal-usulnya serta senarai karya yang pernah beliau terbitkan.

Dilahirkan pada 16 Februari 1976 di Ipoh, Perak, Lu Wun Khang atau lebih dikenali dengan nama penanya, Zint ialah seorang pelukis komik tempatan Malaysia. Selepas mendapat ijazah dalam Rekaan Grafik daripada Institute of Arts pada tahun 1995, beliau memulakan kerjaya sebagai seorang pereka grafik selama tiga tahun. Kemudian pada tahun 1998, beliau menyertai Kumpulan Art Square (kini adalah Kadokawa Gempak Starz) sebagai seorang pelukis bebas dan terus bersama syarikat tersebut hingga ke hari ini.

No photo description available.
Sumber: [email protected] Lu

Antara karya pertama yang dihasilkan ialah Daredevil 7 dan selepas itu, beliau mencipta karya baru berjudul Under 18 yang disirikan dalam majalah komik dwibulanan Gempak. Komik Under 18 lah yang berjaya menaikkan nama Zint di industri komik Malaysia di mana beliau terus menghasilkan komik popular lain seperti MFEO, K.O King, 2 Dudes dan sebagainya.

No photo description available.
Sumber: [email protected] Lu

Digambarkan sebagai pelukis dengan gaya bersifat action-packed, Zint telah menghasilkan pelbagai jenis karya yang merangkum pelbagai jenis topik, lantas menjadikannya salah seorang pelukis yang paling prolifik di Malaysia.

Antara pencapaiannya termasuk memenangi anugerah Komik Remaja Terbaik di Malaysian Mandarin Comics Society Awards pada tahun 2009, memenangi hadiah gangsa di International MANGA Awards pada 2014, dan akhir sekali memenangi tempat pertama dalam 10 Kartunis Terbaik untuk Asian Youth Animation & Comics Competition anjuran Asian-Pacific Animation & Comics Association (APACA) pada 2015.

Berikut adalah senarai karya dan komik yang beliau pernah hasilkan:

  • X.C. Fighter
  • Under 18
  • Carbon Kid
  • Cheap Shot
  • Kijiya
  • KO. King
  • 2 Dudes
  • Bodyguard.com
  • Xpressi Tempur
  • Eli
  • Kisah Pengembaraan Kroit
  • User
  • Under 18 No Fear
  • Hero
  • Hacker
  • Postman
  • Under Age
  • Utor Raja Pencuri
  • Si Penjual Aiskrim
  • Pelindung Dunia
  • Under 18 Elite
  • Meant For Each Other
  • 2 Dudes For Life
  • KO. King Conquest
  • Lawak Under 18
  • Hope
  • End Of Hope
  • Under 18 Attitude
  • Hotlink Warrior
  • Komixklusif
May be an image of 1 person
Sumber: [email protected] Lu

Apa komik kegemaran anda dari Zint? Jom kongsikan pendapat di ruang komen! Jika anda berminat tentang Gempak Starz atau ingin membeli komik Zint, jangan lupa untuk melawat laman web rasmi mereka di SINI atau ikuti saluran [email protected]_KGS. Untuk segala liputan kami tentang Gempak Starz termasuk senarai komik mereka yang layak dijadikan anime, sila tekan pautan ini.

(Segala sumber gambar adalah hak milik Gempak Starz)

Sumber – Wiki, Kadokawa Gempak Starz

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: Gempak StarzkomikMalaysiapelukisZint
Previous Post

MAYA – Animasi seram tempatan yang pasti buatkan anda seram sejuk

Next Post

Ujian beta tertutup Diablo Immortal diumumkan, sesi Q&A bersama Blizzard!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

HYENAS – Hero-Ki diumumkan, muncul dengan reka bentuk Sonic the Hedgehog!
Berita

HYENAS – Hero-Ki diumumkan, muncul dengan reka bentuk Sonic the Hedgehog!

March 24, 2023
Ketahui Perkembangan Pasaran VR Bersama Paul Brady Pengasas Bersama Resolution Games! [GDC 2023]
Temuramah

Ketahui Perkembangan Pasaran VR Bersama Paul Brady Pengasas Bersama Resolution Games! [GDC 2023]

March 24, 2023
“Peranan PICO dalam mempromosikan VR” – Interview Peter Li, Ketua PICO Studios [GDC 2023]
Temuramah

“Peranan PICO dalam mempromosikan VR” – Interview Peter Li, Ketua PICO Studios [GDC 2023]

March 24, 2023
Next Post
Ujian beta tertutup Diablo Immortal diumumkan, sesi Q&A bersama Blizzard!

Ujian beta tertutup Diablo Immortal diumumkan, sesi Q&A bersama Blizzard!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

Kengan Ashura Season 2 akan hadir September 2023, hanya di Netflix!

Kengan Ashura Season 2 akan hadir September 2023, hanya di Netflix!

by Razin Syafiq
March 23, 2023
0

Selepas 3 tahun berehat, anime Kengan Ashura nampaknya sudah siap bersedia untuk membuat comeback! Hari ini, kita telah dapat pengesahan rasmi...

Anime My Hero Academia Sah Mendapat Musim 7! Pertarungan Dengan All For One Bersambung!

Anime My Hero Academia Sah Mendapat Musim 7! Pertarungan Dengan All For One Bersambung!

by Maira
March 23, 2023
0

Pertarungan antara Hero dan Villain masih belum tamat dengan All For One sedang melengkapkan badannya dengan Shigaraki. Orang ramai pula...

KamiErabi GOD.app — Anime Original Terbaru Oleh Pencipta NieR:Automata Diumumkan!

KamiErabi GOD.app — Anime Original Terbaru Oleh Pencipta NieR:Automata Diumumkan!

by Maira
March 23, 2023
0

Banyak betul pengumuman anime baharu untuk bulan ini. Belum masuk lagi pengumuman semasa acara Anime Japan 2023 pada hujung minggu...

Anime Rurouni Kenshin Baru Akan Tayang Julai Ini! Visual Baru Didedahkan!

Anime Rurouni Kenshin Baru Akan Tayang Julai Ini! Visual Baru Didedahkan!

by Maira
March 23, 2023
0

Setelah pendedahan semasa Jump Festa 23, projek anime reboot untuk siri Rurouni Kenshin akhirnya mendedahkan tarikh tayangannya. Diumumkan melalui Twitter...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In