Nampaknya pembuat “cheat” untuk game Apex Legends menjadikannya sebagai punca pendapatan yang lumayan, kerana ianya mendapat permintaan yang tinggi sekarang.
Lebih kurang seminggu selepas Apex Legends dilancarkan, banyak forum dihujani dengan thread berkenaan penggunaan cheat dalam game tersebut. Streamer Twitch dan pemain pro seperti ElmZero, Mobados dan Mengiez pula dituduh menggunakan hack yang membuang kesan recoil ataupun aimlocking, membolehkan mereka menewaskan lawan dengan mudah. Di YouTube, Discord dan forum di internet pula, terdapat penjualan cheat bagi game ini. Awal minggu ini, pihak Respawn telah pun “ban” 355,000 akaun daripada 50 juta pemain game itu kerana penggunaan cheat.
Seorang pembikin cheat yang hanya dikenali sebagai “Dev”, bersama-sama dengan pembikin cheat yang lain telah menumpukan perhatian kepada Apex Legends dimana mereka boleh mendapatkan pulangan yang lumayan. Sebelum ini, Dev membikin cheat untuk game Fortnite, tetapi sejak kebelakangan ini ciri keselamatan Fortnite menjadikannya lebih susah untuk dieksploitasi. Hanya beroperasi 4 hari, Dev telah menjana USD$5,000. Dalam salah satu video mempromosikan produknya, memaparkan seorang pembelinya; Tom, mendapat 30 kill dalam 1 game. Dan pada masa ini, akaun Tom masih lagi boleh digunakan.
Seorang lagi pembikin cheat, Adam; membuat USD$400 dalam seminggu. Dalam video iklan cheatnya, menunjukkan ianya berupaya mengikut dan membunuh lawannya walaupun dalam keadaan berasap. Dia mengatakan sekiranya pengguna cheat tertangkap, mereka boleh mencipta akaun baru dan boleh mengubah “hardware ID” mereka menggunakan software percuma.
Pembikin cheat juga ada watak kegemaran mereka untuk digunakan bersama cheat mereka. Bagi Tom, menggunakan Bangalore untuk cheat menyeronokkan kerana selepas menggunakan smoke cover, Bangalore masih boleh melihat lawannya.
Moderator Apex Legends di Reddit, Emily memberitahu, subreddit dipenuhi dengan posting berkenaan penggunaan cheat dalam game ini sehingga ia menjadi terlalu banyak; dan terpaksa dipadamkan. Menurutnya, 8 hari selepas Apex Legends dikeluarkan, adalah posting pertama berkenaan cheat muncul di Reddit.
Ketika laporan berkenaan penggunaan cheat memuncak, Emily menghubungi Respawn untuk membincangkan bagaimana untuk membantu komuniti Apex Legends melaporkan pengguna cheat. Ini membawa kepada page “Report A Cheat”, yang menggunakan software Easy Anti-Cheat untuk mengesan pengguna cheat. Apapun, Apex Legends masih tidak memiliki fungsi melaporkan pengguna cheat dalam permainan.
Beberapa hari lalu, Respawn Games telah memberitahu menerusi subreddit yang pihak mereka sedang membangunkan satu penambah baikan untuk mengenali dan membuang cheat dalam masa terdekat, tetapi mereka tidak mahu mendedahkan terlalu banyak maklumat berkenaan usaha ini. Mereka ada mengatakan bahawa fungsi untuk membuat laporan dalam permainan sedang dibangunkan untuk versi PC game ini.
Apabila ditanya berkenaan jangka hayat penjanaan pendapatan daripada penjualan cheat Apex Legends, Tom mengatakan sekarang, trendingnya adalah semakin memuncak dan meningkat. Kemudian dia mengatakan berdasarkan corak jangka hayat permainan genre battle royale, lambat laun Apex Legends akan mati dan bakal digantikan game yang lain.
Hanya dengan menggunakan kata carian “Apex Legends Cheat” dalam Google mendatangkan banyak hasil carian. Sebagai seorang gamer yang serius, penggunaan cheat dalam mana-mana game dianggap tidak beretika. Gamers juga perlu berhati-hati kerana ini juga mungkin peluang yang sesuai untuk pembikin cheat ini menggunakan peluang untuk melakukan lebih daripada menipu dalam game, seperti memasukkan code atau program yang boleh mengambil data peribadi dalam PC gamer.
@gamersantaimy
Discussion about this post