Selepas pelbagai berita Gears 5 daripada Gamescom 2019, ramai yang teruja sekali lagi untuk francais terkenal ini. Jika korang tidak boleh menunggu pelancarannya pada 9 September 2019, Gears POP! mungkin cara yang terbaik untuk menghabiskan masa kamu. Paling penting sekali, ia akan keluar esok!
Microsoft akhirnya mengumumkan tarikh keluaran Gears POP! Ia bersedia untuk dilancarkan pada peranti Android dan iPhone serta Windows 10 minggu ini pada 22 Ogos, 2019. Ini adalah judul percuma untuk dimainkan yang mempamerkan mainan versi Funko POP! kepada watak-watak Gears. Selain itu, Microsoft mengumumkan bahawa Gears POP! menyokong cross-platform save. Ini bermakna korang boleh berlaih daripada telefon pintar ke PC dan kekalkan semua kemajuan yang telah kamu buat.
Gears POP! adalah game multiplayer dengan unsur real-time strategy. Ia mempunyai top-down gameplay dan menggunakan perlindungan seperti siri utama. Pemain juga boleh mengumpul watak-watak Gear yang berbeza untuk mencapai kemenangan.
Korang boleh pra-daftar dulu Gears POP! sekarang, dan hanya tunggu keluarannya esok pada 22 Ogos!
@gamersantaimy
Discussion about this post