Di Gamescom 2019 turut diumumkan sebuah game yang menakutkan tetapi dalam grafik yang comel iaitu Little Nightmares akan mendapat sekuelnya tahun hadapan! Trailer pertama Little Nightmares 2 yang diumumkan oleh Dave Mervik dan memberitahu serba sedikit mengenai sekuel game terbaru ini.
Masih ingat Six yang paling ditumpukan di Little Nighmare yang lalu? Kali ini satu lagi watak terbaru bernama Mono akan menemani Six didalam penceritaanya. Six akan meneruskan perjalananya ke sebuah tempat yang bernama Signal Tower.
Jom saksikan trailernya disini:
Tidak begitu banyak yang dapat dikongsikan untuk Little Nighmares 2, tetapi kita boleh lihat sendiri ada beberapa kawasan dan persekitaran baru yang berbeza dari yang lalu. Mervik menyatakan bahawa sekuel itu akan membawa Mono dan Six melalui kawasan seperti hutan dan pondok terbengkalai dan banyak lagi.
Selain itu, Mervik turut menyatakan ada adegan kombat dalam Little Nighmares 2 ini. Anda boleh lihat di trailer bahawa terdapat senjata iaitu peralatan dapur yang boleh digunakan. Mervik menyatakan ianya boleh digunakan untuk selamatkan diri sendiri dari diserang.
Nampaknya lebih banyak cabaran di Little Nightmares 2! Nantikan lebih lagi kemaskini dari kami di Gamescom 2019 untuk Little Nightmares 2. Permainan ini akan hadir tahun 2020 di platform Nintendo Switch, PlayStation 4, Windows PC dan Xbox One.
@gamersantaimy
Discussion about this post