Gamescom 2019 dah bermula semua! Antara yang awal untuk pembukaan Gamescom 2019 adalah dari EA yang juga baru sahaja melancarkan permainan terbaru ini minggu lalu dan mereka telah melancarkan video gameplay terbaru untuk Need for Speed Heat!
Jom lihat sendiri trailer ini:
Nampaknya dalam Need for Speed Heat ini kita boleh lihat sendiri polis akan menjadi lebih ganas dari game-game yang terdahulu! Waktu siang mereka kerap meronda, waktu malam? Jangan disangka sungai yang tenang tiada buayanya!
Bukan itu sahaja, lebih banyak barang yang anda boleh guna untuk upgrade kereta anda! Pergi la garaj bengkel anda, dan buat kereta anda dengan alat barangan kereta yang terbaik yag termasuk warna kereta, ekszos, enjin, nOs dan banyak lagi untuk membuat kereta anda lebih laju, padu dan leboh laju untuk lari dari polis!
Need for Speed Heat akan datang 8 November ini di PC, PlayStation 4 dan Xbox One berharga RM249. Berminat? Anda boleh terus pergi ke PlayStation Store untuk lebih maklumat okay!
![[Gamescom 2019] Gameplay Terbaru Need for Speed Heat ditayangkan!! Dah bersedia untuk Menggila dengan Polis?](https://cdn.gamersantai.com/2019/08/NFSH-750x375.png)




![[Gamescom 2019] Little Nightmares 2 sudah bersedia membawa anda ke dunia yang menakutkan!](https://cdn.gamersantai.com/2019/08/LNght-75x75.png)




Discussion about this post