Pembikinan game Playstation 5 dikatakan sedang rancak dijalankan, supaya ada la game nanti nak main once konsol terbaru Sony ni keluar. Semua ni berdasarkan maklumat daripada temuramah dan job postings daripada berbagai sumber. Khabar angin cakap hujung 2019 atau mid 2020 akan keluar menatang ni.
Tambah pulak Sony baru-baru ni patentkan design controller yang ada touch screen, lagi la orang dok speculate. Apa agaknya kegunaan touch screen tu eh? Nak up-kan harga konsol saje ke atau ada purpose? Anyways, berdasarkan satu report dari PSU, dikatakan ada 9 studio sekarang tengah aktif bangunkan game untuk Playstation 5 ni. Antaranya Square Enix mengerahkan Luminous Studios Productions, Activision pulak kerahkan Treyarch buat COD baru. Bandai Namco pulak suruh Supermassive Games buat AAA game untuk konsol ni, berdasarkan profile Linkedin daripada sorang team member kat Supermassive.
Tapi ada gak studio yang straight out kata “Ya, kitorang memang tengah buat game untuk next-gen”, macam Bethesda cakap Starfield adalah untuk next-gen manakala Rocksteady Studios (Batman: Arkham series) kata diorang memang tengah hiring gila-gila punya untuk development AAA next-gen. Lain-lain studio adalah Defiant Studios, Amazon Game Studios (Silent Hill: Homecoming) dan High Impact Games (Rachet & Clank Size Matters).
Buat masa ni, petanda-petanda dari bintang mengatakan Playstation 5 maybe akan keluar lebih awal dari tarikh yang dijangkakan iaitu 2021; tapi since platform Sony Playstation ni ada reputasi yang ianya sukar untuk di bangunkan untuk buat games.
Agaknya company-company ni tau fakta ni, that’s why buat preparation awal. Tak nak miss out untuk release games day-1.
@gamersantaimy
Discussion about this post