Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gamer RPG mobile lebih toksik daripada gamer lain!

Maira by Maira
November 15, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Tinjauan & analisis
0 0
0
Gamer RPG mobile lebih toksik daripada gamer lain!
Share on FacebookShare on Twitter

PickFu dan Utopia Analytics yang berasaskan AI mendapati bahawa permainan mobile RPG mempunyai gamer yang paling toksik. Untuk platform yang sering dikuasai oleh genre seperti online shooter dan MOBA, agak terkejut apabila permainan mobile RPG mendapat tempat teratas dari segi ketoksikan dari gamer.

Sikap toksik dalam permainan bukanlah isu baru tetapi lebih kepada isu yang semakin berkembang untuk permainan dalam talian. Syarikat-syarikat besar seperti Riot telah bertindak dengan mengalihkan “all chat” daripada League of Legends untuk cuba menghentikan budaya toksik yang mengelilingi permainan dalam talian. Permainan dalam talian lain seperti World of Warcraft malah akan mengalih keluar kandungan yang tidak sesuai berikutan tuntutan undang-undang terhadap Activision Blizzard untuk persekitaran kerja yang toksik.

Laporan daripada PickFu dan Utopia Analytics mendapati bahawa 70% gamer dalam talian telah mengalami atau menyaksikan tingkah laku toksik atau penyalahgunaan daripada gemar lain. Hampir separuh gamer melaporkan bahawa gangguan atau penderaan itu tertumpu kepada sebarang bentuk identiti. Daripada jumlah itu, 18% daripada mereka mengesahkan bahawa mereka pernah mendapat komen mengenai jantina mereka, 16% mengalami gangguan kerana etnik mereka dan 15% melaporkan mengalami gangguan kerana orientasi seksual mereka. Daripada 489 wanita yang mengambil bahagian dalam analisis ini, satu daripada setiap tiga wanita dilaporkan mengalami penderaan mysogynist. Walaupun begitu, kalangan lelaki tidak pernah melaporkan sebarang penderaan atau gangguan berkaitan jantina.

Untuk permainan mobile, RPG dilaporkan mempunyai komuniti yang paling banyak toksik. Lebih 400 gemar dalam talian melaporkan bermain pada Android atau iOS dan lebih 50% gemar telah mengalami atau menyaksikan tingkah laku yang tidak sesuai dalam permainan mobile RPG. Walaupun puzzle, strategi, pengembaraan, aksi dan word game semuanya mengatasi RPG dari segi multiplayer, RPG masih diketahui mempunyai interaksi yang paling toksik. Daripada data yang dikumpul dalam laporan itu, nampaknya sebarang permainan yang memerlukan lebih banyak interaksi sosial, malangnya ia membuka lebih banyak peluang untuk gangguan kepada gamer lain.

RelatedPosts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

Jadi tidak peliklah bila gangguan dalam talian boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang secara serius dan dengan wabak yang masih berlaku, lebih ramai orang yang bermain permainan dalam talian sebagai sumber interaksi sosial. Kebanyakan orang akan percaya bahawa permainan video FPS seperti Call of Duty atau Valorant mengandungi beberapa komuniti yang paling toksik. Walaupun begitu, boleh jadi permainan RPG seperti Genshin Impact yang menyumbang kepada budaya toksik ini. Harap-harap syarikat gaming akan terus mencari cara untuk melawan sikap toksik dalam talian dan mewujudkan komuniti yang sihat.

Sumber: Screenrant

Tags: mobile gamermobile RPGtoksik
Previous Post

Interview eksklusif: WoW Shadowlands – Eternity’s End bersama Steve Danuser & Morgan Day

Next Post

Review Diablo Immortal Beta: Mencuba kelas Necromancer & sistem leveling baru!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Review Diablo Immortal Beta: Mencuba kelas Necromancer & sistem leveling baru!

Review Diablo Immortal Beta: Mencuba kelas Necromancer & sistem leveling baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd