Akhirnya gameplay The Callisto Protocol didedahkan melalui trailer baharu yang ditayangkan semasa acara State of Play dan dijadualkan akan dilancarkan pada 2 Disember 2022 di PS4, PS5, Xbox Series X|S dan PC.
Game ini merupakan game survival horror di mana pemain akan berasa seperti tidak berdaya. Pemain akan bermain sebagai Jacob seorang lelaki biasa yang akan berjuang sama ada dia akan terus hidup atau mati. Barang kelengkapan seperti peluru, health dan senjata yang disediakan turut terhad dan pemain perlu mencari barang yang diperlukan di sekeliling Black Iron.
Buat sesiapa yang tidak tahu tentang The Callisto Protocol, berikut adalah sinopsisnya:
Berlaku di Callisto “bulan mati” Musytari pada tahun 2320, The Callisto Protocol ialah kisah Jacob Lee, seorang banduan di Penjara Black Iron yang mesti berjuang untuk hidupnya apabila wabak misteri menyebabkan bulan menjadi huru-hara. Pengawal penjara dan banduan berubah menjadi makhluk dahsyat yang dipanggil Biophage. Jacob mesti berjuang untuk bertahan dari keseraman Black Iron dan membongkar rahsia gelap United Jupiter Company.
Jika anda melihat trailer tersebut, semanya kelihatan kejam dan penuh dengan keganasan. Sudah pasti ianya akan membuatkan game ini lebih seram daripada biasa. Tambah pula dengan kelebihan 3D audio yang tersedia di PS5, kita boleh dengan suara seram Biophage yang kuat dan amat menyeramkan.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa game ini adalah game survival horror yang akan dikeluarkan pada 2 Disember ini. Ianya akan tersedia untuk PS4, PS5, Xbox Series X|S dan PC. Bagi korang yang berminat nak bermain di PS4 ataupun PS5, korang boleh dapat item istimewa iaitu Contraband Pack yang akan membantu sepanjang perjalanan di Black Iron nanti.
Jadi, kalau korang berminat untuk mendapatkan The Callisto Protocol, jom kita sama-sama nantikan pengumuman seterunya dari mereka. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post