Diumumkan pada September yang lalu, Assassin’s Creed Jade yang berlatarkan China purba akan dilancarkan di mobile. Buat masa ini, masih tiada lagi tarikh pelancaran game tersebut, tetapi boleh pula gameplay Assassin’s Creed Jade dibocorkan! Jom kami ceritakan lebih lanjut kepada anda.
Gameplay yang dibocorkan tersebut menunjukkan beberapa mekanik yang sering dilihat dalam francais. Grafiknya juga kelihatan lebih baik berbanding game mobile Assassin’s Creed terdahulu. Sudah namanya game mobile, kawalannya sudah semestinya bergantung pada skrin sentuh yang dioptimumkan. Anda boleh melihat video gameplay Assassin’s Creed jade melalui pautan ini.
Agak menarik juga apabila nampak nama watak yang didedahkan. Antaranya ialah Wei Yu, salah seorang assassin legenda yang telah diperkenalkan dalam game Assassin’s Creed II. Patungnya juga dapat dilihat di Villa Auditore. Agaknya watak apa lagi yang kita boleh jumpa nanti. Tidak sabar rasanya untuk pendedahan lain pada masa akan datang.
Seperti yang didedahkan sebelum ini, game terbaru francais ini membolehkan anda untuk mencipta watak assassin anda sendiri. Ia juga merupakan game open-world pertama francais untuk platform tersebut.
AC Codename Jade akan membawa anda ke China purba pada 215 BCE, iaitu semasa pemerintahan Dinasti Qin. Pemain akan berpeluang untuk melakukan aktiviti parkour di Tembok Besar China. Teringin juga untuk melihat bagaimana gameplay lain apabila meneroka bandar purba tersebut. Sudah namanya Assassin’s Creed, sudah tentu anda akan memburu dan membunuh musuh sambil menemui rahsia tersembunyi China purba.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Assassin’s Creed daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post