Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Blue Exorcist Season 3 diumumkan – penantian selama 5 tahun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 18, 2022 - Updated on December 21, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime Blue Exorcist Season 3 diumumkan – penantian selama 5 tahun!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat peminat Blue Exorcist kerana hari ini kita dapat berita bahawa francais akan meneruskan Season 3 untuk adaptasi anime!

Kali terakhir kita melihat anime Blue Exorcist adalah pada tahun 2017, jadi faham-faham lah kenapa ramai teruja untuk melihat ia bersambung. Malangnya, mereka tidak mendedahkan bila musim baru akan keluar dan siapa yang akan uruskan produksi anime tetapi mereka mengeluarkan teaser yang korang boleh tonton di bawah:

Walaupun tidak banyak info, ini tetap berita gembira di mana pencipta Kazue Kato Katō memuat naik sebuah ilustrasi di Twitter untuk meraikan pengumuman musim baru anime.

青エクまたアニメつくっていただけるそうです🥳🥳🥳🥳🥳🥳🥳🥳🥳🥳🥳🥳🥳🥳🥳🥳🥳

よろしくお願いします!(加藤) pic.twitter.com/dTyWBy6B7l

— 加藤和恵 (@katohhhhhh) December 18, 2022

Blue Exorcist ialah siri manga fantasi gelap Jepun yang ditulis dan dilukiskan oleh Kazue Kato. Asalnya dilancarkan dalam Jump SQ pada tahun 2009, manga itu terpaksa ditangguhkan pada Julai 2021 selama satu tahun dan disambung semula pada Mei 2022.

Selepas menerima sambutan yang meriah, manga ini diadaptasikan kepada siri anime 25 episod pada tahun 2011, dan OAV (original animation video) Blue Exorcist: Kuro Runs Away From Home OAV pada tahun 2011. Tidak lama selepas itu, filem pertama Blue Exorcist kemudian ditayangkan di Jepun pada Disember 2012. Selepas 6 tahun, anime Blue Exorcist: Kyoto Saga (Season 2) ditayangkan pada 2017 selama 12 episod.

Sinopsis:

Kisahnya berkisar tentang Rin Okumura bersama kembarnya Yukio Okumura, yang dibesarkan oleh Shiro Fujimoto, seorang Exorcist.

Suatu hari, Rin dapat tahu bahawa dia dan Yukio adalah anak kepada Satan. Selepas melihat Shiro mati untuk melindunginya, Rin mula memegang pedang pembunuh syaitan Kurikara, yang menghalang kuasa syaitannya untuk mengambil alih. Mulai saat itu, Rin bukan sahaja mempunyai penampilan menjadi iblis seperti taring dan ekor, tetapi juga memiliki kuasa untuk menyala menjadi api biru yang memusnahkan hampir apa sahaja yang disentuhnya.

Rin ingin menjadi Exorcist seperti Shiro untuk menjadi lebih kuat dan mengalahkan Satan, jadi mendaftar di True Cross Academy, sebuah sekolah exorcist, yang sebenarnya adalah cawangan Jepun kepada True Cross Order; organisasi antarabangsa yang berdedikasi untuk melindungi Assiah (alam manusia) dari Gehenna (alam syaitan).

Apa yang lebih mengejutkan, Rin mendapati Yukio sudah menjadi seorang Exorcist veteran dan merupakan salah seorang gurunya. Maka bermulalah perjalanan Rin untuk menjadi seorang Exorcist, ditemani oleh abangnya dan rakan-rakannya.

Untuk membaca segala liputan kami tentang anime termasuk berita terkini, sila tekan pautan ini.

Previous Post

MAPPA akan uruskan anime Hell’s Paradise: Jigokuraku, akan keluar April 2023 di Netflix!

Next Post

Gameplay Assassin’s Creed Codename Jade Telah Dibocorkan! Tampil Dengan Watak Dari ACII!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Remake

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

June 6, 2026
Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform
Berita

Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform

June 6, 2026
animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Next Post
Gameplay Assassin’s Creed Codename Jade Telah Dibocorkan! Tampil Dengan Watak Dari ACII!

Gameplay Assassin's Creed Codename Jade Telah Dibocorkan! Tampil Dengan Watak Dari ACII!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd