Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game soulslike baru Lords of the Fallen akan keluar pada 13 Oktober!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 19, 2023
in Action, ARPG, Artikel, Berita, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Game soulslike baru Lords of the Fallen akan keluar pada 13 Oktober!
Share on FacebookShare on Twitter

Merupakan reboot kepada versi original pada 2014, game soulslike Lords of the Fallen akan dilancarkan untuk PS5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada 13 Oktober. Sempena itu, penerbit CI Games dan pemaju Hexworks telah mengeluarkan video baharu untuk mempamerkan gameplay:

Sinopsis

Selepas mengharungi zaman paling zalim dan kejam, demon God Adyr akhirnya dikalahkan. Tetapi dia tidak jatuh selama-lamanya.

Kini, beberapa aeon kemudian, kebangkitan Adyr semakin hampir. Sebagai salah satu daripada Dark Crusaders terkenal, tempuhi kedua-dua alam orang hidup dan yang mati dalam kisah RPG luas ini, yang menampilkan pertempuran bos besar, pertempuran pantas yang mencabar, pertemuan watak yang mendebarkan dan penceritaan yang mendalam dan mengasyikkan.

Adakah legenda anda berkisarkan cahaya… atau kegelapan?

Gameplay

Kredit: CI Games

Menurut CI Games, Lords of the Fallen reboot memperkenalkan pengembaraan RPG epik yang lebih kali lebih besar daripada game asal. Dengan tema “Cipta Lagenda Sendiri”, pemain boleh mengubah suai sepenuhnya penampilan watak menggunakan pelbagai pilihan visual, lalu memilih salah satu daripada sembilan kelas watak (yang baru disahkan hanya Knight, Rogue, dan Fire Apprentice).

Berdasarkan kelas atau laluan yang anda ambil, bina watak mengikut satu gaya permainan spesifik dengan meningkatkan stats, senjata, armor dan spell. Seperti saya kata tadi, gameplay berbentuk soulslike, jadi hati-hati kerana musuh boleh mengalahkan pemain dengan hanya 1-2 pukulan. Dengan sistem pertempuran berbentuk mencabar, pemain perlu menguasai pertempuran taktikal untuk bertahan hidup.

Selain kempen single-player, anda boleh menjemput seorang rakan untuk menyertai pengembaraan anda secara online co-op. Cuma hati-hati kerana tidak semua pemain berniat mulia dan mungkin datang untuk menyerang anda bagi mendapatkan sumber.

Kredit: CI Games

Selain video gameplay, mereka turut mengumumkan dua edisi khas untuk Lords of the Fallen:

Deluxe Edition (fizikal dan digital)

  • Lords of the Fallen – Salinan game.
  • Dark Crusader Starting Class – Memanfaatkan kelas Dark Crusader, termasuk Longsword, pisau lempar, set perisai penuh dan amulet.
  • Buku Seni Digital 100 Halaman – Menampilkan ilustrasi eksklusif tentang dunia Lords of the Fallen.
  • Runut Bunyi Digital – Dengar runut bunyi original, yang digubah oleh Cris Velasco dan Knut Avenstroup Haugen.
  • 3D Model Viewer – Lihat setiap model watak dalam game dalam resolusi tinggi.

Collector’s Edition (fizikal sahaja)

  • Lords of the Fallen – Salinan game.
  • Figura Dark Crusader 10-inci – Kagumi pahlawan terkenal ini bersama segala kegemilangannya melalui patung 10-inci yang terperinci ini.
  • Metal Display Case – Paparkan figura Dark Crusader anda dalam kotak paparan logam, lengkap dengan pencahayaan LED dan alat kawalan jauh.
  • Collector’s SteelBook – Menampilkan reka bentuk eksklusif.
  • Dark Crusader Starting Class – Manfaatkan kelas Dark Crusader, termasuk Longsword, pisau lempar, set perisai penuh dan amulet.
  • Buku Seni Digital 100 Halaman – Menampilkan ilustrasi eksklusif tentang dunia Lords of the Fallen.
  • Runut Bunyi Digital – Dengar runut bunyi original, yang digubah oleh Cris Velasco dan Knut Avenstroup Haugen.
  • 3D Model Viewer – Lihat setiap model watak dalam game dalam resolusi tinggi.
Kredit: CI Games

The Lords of the Fallen akan dilancarkan untuk PS5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada 13 Oktober dan buat sesiapa yang membuat prapesan, anda akan menerima warna perisai Bronze, Silver dan Gold eksklusif, lima item XP, lima item HP dan lima item MP.

Baca segala berita kami tentang Lords of the Fallen di SINI.

Tags: GameplayThe Lords of the Fallen
ShareTweetSend
Previous Post

Death Stranding & Metro: Last Light Complete Edition Kini Percuma! Dapatkan Sekarang!

Next Post

Interview bersama Sinyee Loke, artis Perak yang bantu menjayakan Spider-Man: Across the Spider-Verse!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Interview bersama Sinyee Loke, artis Perak yang bantu menjayakan Spider-Man: Across the Spider-Verse!

Interview bersama Sinyee Loke, artis Perak yang bantu menjayakan Spider-Man: Across the Spider-Verse!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd