Musim Halloween telah tiba dan nampaknya semua orang dalam mood untuk “sesuatu” yang menyeramkan. Oleh itu, satu cara yang bagus untuk menghabiskan masa adalah dengan bermain game seram! Namun, ada pelbagai game seram di pasaran dan mungkin pilihannya terlalu banyak sehingga membuatkan korang keliru.
Dengan itu, saya telah menyenaraikan game seram terbaik dan terkini untuk semua orang mencuba sempena musim Halloween 2023! Boleh dimain secara solo, bersama kawan, dan terdiri daripada pelbagai gaya, semoga senarai di bawah dapat memuaskan selera seram anda.
Dead Space (PS5, PC, Xbox Series)
Dead Space ialah remake kepada game dengan nama yang sama pada 2008. Seperti game original, ia berlatarkan kapal angkasa yang ditakluki oleh raksasa bahaya bernama Necromorphs berikutan penemuan artifak dipanggil Marker. Pemain mengawal seorang jurutera bernama Isaac Clarke semasa dia menavigasi kapal angkasa dan melawan Necromorph sambil bergelut dengan psikosis yang semakin meningkat.
Fatal Frame: Mask of the Lunar Eclipse (Nintendo Switch, PS4, PS5, PC, Xbox One, Xbox Series)
Fatal Frame: Mask of the Lunar Eclipse asalnya dikeluarkan pada tahun 2008 tetapi dibawa kembali dalam bentuk remaster untuk 2023. Game ini adalah ansuran keempat dalam siri Fatal Frame dan merupakan prekuel kepada Fatal Frame pertama. Kisahnya berlatarkan Pulau Rougetsu dan memfokuskan pada Ruka Minazuki, salah seorang daripada sekumpulan gadis yang ditahan di pulau itu atas sebab yang tidak diketahui. Bertahun-tahun selepas diselamatkan dan masih mengalami amnesia, Ruka dan dua gadis yang masih hidup daripada kejadian itu kembali ke pulau itu untuk mencari kebenaran.
Paranormasight: The Seven Mysteries of Honjo (iOS, Android, PC, Nintendo Switch)
Paranormasight: The Seven Mysteries of Honjo ialah sebuah novel visual berlatarkan tahun 1980-an di Sumida, Tokyo, Jepun. Plot menceritakan kisah supernatural bernama The Seven Mysteries of Honjo. Pada suatu malam, beberapa orang berbeza ditimpa sumpahan maut. Kisahnya akan bercabang banyak dan pilihan tertentu boleh membawa kepada kematian. Di sini, pemain perlu membuat keputusan yang betul untuk membongkarkan kebenaran.
Resident Evil 4 (PS4, PS5, PC, Xbox Series)
Resident Evil 4 ini adalah remake kepada game yang sama pada 2005 di mana pemain akan mengawal ejen Leon S. Kennedy, yang mesti menyelamatkan Ashley Graham, anak perempuan presiden Amerika Syarikat, daripada kultus Los Illuminados yang misteri. Remake ini mempunyai plot yang dikemas kini, visual baharu, watak, pelakon dan gameplay yang diperbaiki. Selepas pelancaran, Resident Evil 4 menerima pujian positif dan menjual 4 juta unit dalam dua minggu pertama, menjadikannya salah satu game terlaris Resident Evil .
Daymare: 1994 Sandcastle (PS5, PS4, Nintendo Switch, Xbox One, PC, Xbox Series)
Daymare: 1994 Sandcastle ialah game prekuel kepada Daymare: 1998 yang mendapat pujian tinggi. Bermain sebagai ejen khas Dalila Reyes, bekas perisik kerajaan yang kini berkhidmat dengan unit bernama H.A.D.E.S, dan bersiap sedia untuk memasuki pusat penyelidikan paling rahsia di Amerika Syarikat.
Stray Souls (PC, PS4, PS5, Xbox Series)
Bongkarkan rahsia tersembunyi di bandar berhantu Aspen Falls. Bermain sebagai Daniel – seorang remaja yang hidupnya berubah selama-lamanya selepas mewarisi rumah neneknya dan bertemu dengan seorang wanita misteri dengan pengetahuan intim tentang keluarganya, rumah itu dan kaitannya yang mengejutkan dengan masa lalu.
Alan Wake II (PC, PS5, Xbox Series)
Alan Wake II mengikuti kisah seorang novelis seram bernama Alan Wake, yang telah terperangkap dalam dimensi alternatif selama 13 tahun, ketika dia cuba melarikan diri dengan menulis kisah seram yang melibatkan ejen FBI bernama Saga Anderson. Asalnya bermula sebagai penyiasatan pembunuhan di bandar kecil, ia pantas menjelma kepada mimpi ngeri. Temui sumber kegelapan ghaib dalam kisah seram psikologi yang penuh dengan ketegangan dan kelainan yang tidak dijangka.
The Karaoke (PC)
Anda bermain sebagai Mira, yang berlatih bola keranjang bersama rakan karibnya, Moeka. Selepas dihalau oleh jurulatih kerana melanggar waktu sekolah, Mira ingin pergi ke tempat karaoke tempatan dengan Moeka. Malangnya, Moeka meninggalkan kunci di sekolah dan terpaksa kembali untuk mendapatkannya, lalu menyuruh Mira untuk pergi ke tempat karaoke. Tidak lama, Moeka menghantar mesej bahawa dia telah dihentikan oleh jurulatih dan tidak dapat pergi. Anda tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku kepada Moeka…
DON’T SCREAM (PC)
Jika anda menjerit, anda ulang semula. Pengalaman seram pendek yang dibuat oleh dua pembangun indie. Cabarannya: meneroka hutan selama 18 minit tanpa menjerit. Cabarannya? Masa hanya berlalu apabila anda bergerak. Game yang bagus untuk menakutkan rakan dan keluarga anda. MIKROFON DIPERLUKAN!
The Devourer: Hunted Souls (PC)
Bermain sebagai penyiasat paranormal dalam dalam perspektif first person survival dan seram psikologi. Siasat hutan berhantu dengan (sehingga) 5 pemain secara co-op, dan cuba hapuskan sumpahan itu, alami kisah tragis dan buat keputusan bersama. Adakah anda akan bertahan atau adakah anda akan kehilangan roh?
@gamersantaimy
Discussion about this post