KOEI TECMO dan Team NINJA secara rasmi mengumumkan bahawa RPG aksi open-world yang mendapat pujian ramai, Rise of the Ronin, akan hadir ke Windows PC melalui Steam pada 11 Mac 2025.
Sebelumnya eksklusif untuk PlayStation 5, game ini membawa pemain ke dalam sebuah kisah epik yang berlatarbelakangkan era Bakumatsu di Jepun. Versi PC akan dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan seperti sokongan resolusi 8K, 120fps, monitor ultra-lebar, audio 3D, dan banyak lagi untuk memastikan pengalaman bermain yang menakjubkan.
Pengembaraan pada Zaman Penuh Kekacauan
Berlatar pada tahun 1863, ketika era pemerintahan Tokugawa Shogunate hampir berakhir, Rise of the Ronin membawa pemain ke Jepun yang sedang menghadapi perubahan besar.
Dengan kuasa asing mula masuk dan ketegangan politik, pemain mengambil peranan sebagai seorang Ronin—samurai tanpa tuan—yang perlu mencorak jalan hidupnya sendiri dalam kekacauan ini. Keputusan pemain, termasuk pilihan penting seperti melindungi atau membunuh tokoh sejarah seperti Ryoma Sakamoto, akan menentukan takdir mereka dan pelbagai pengakhiran yang tersedia dalam game.

Game ini menawarkan sistem pertempuran yang boleh disesuaikan, membolehkan pemain mengubah gaya bertarung mengikut kehendak mereka. Pilihan senjata jarak dekat seperti katana, tombak, dan odachi, serta senjata jarak jauh seperti senapang dan busur, memberikan pelbagai strategi untuk menghadapi musuh.
Setiap jenis senjata menawarkan pelbagai gaya bertarung, memberikan fleksibiliti untuk menyesuaikan taktik pemain mengikut situasi.

Pemain berpeluang meneroka persekitaran yang menggabungkan tradisi Jepun dengan pengaruh Barat, termasuk bandar-bandar seperti Edo, Yokohama, dan Kyoto. Dunia dalam game berubah mengikut musim, memaparkan pemandangan ikonik seperti bunga sakura di musim bunga dan daun merah pada musim luruh.
Pemain juga boleh menggunakan grappling hook untuk mendaki ke bumbung bangunan atau glider Avicula untuk terbang di udara, memberikan sudut pandang mengagumkan yang boleh dirakam melalui photo mode.
Ciri Eksklusif untuk PC
Rise of the Ronin versi Steam hadir dengan pelbagai penambahbaikan khusus untuk PC, termasuk:
- Sokongan resolusi 8K
- 120fps
- Sokongan DirectX 12 Ultimate
- Ray tracing
- Sokongan monitor ultra-lebar
- Kawalan keyboard & mouse yang boleh disesuaikan
- NVIDIA DLSS, Reflex, dan AMD FidelityFX Super Resolution
- Audio 3D
- Teknologi grafik Intel XeSS
- Menu UI yang boleh diklik dengan tetikus

Peminat yang membuat pre-order atau membeli game sebelum 2 April 2025 akan menerima bonus eksklusif seperti:
- Empat gaya bertarung unik: Hayabusa-ryu untuk Katana, Hayabusa-ryu untuk Naginata, Nioh-ryu untuk Katana, dan Aisu Kage-ryu untuk Katana
- Iga Ninja armor set
- Iga Ninja’s katana
Pra-tempahan kini dibuka, jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ganjaran istimewa ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post