Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[EKSKLUSIF] Interviu Bersama Seiji Aoki: Mengupas Evolusi Virtua Fighter 5 R.E.V.O.!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 28, 2025
in Artikel, Berita, Eksklusif, Fighting, PC, Steam, Temuramah
0 0
0
[EKSKLUSIF] Interviu Bersama Seiji Aoki: Mengupas Evolusi Virtua Fighter 5 R.E.V.O.!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pelancaran Virtua Fighter 5 R.E.V.O., francais fighting game yang ikonik ini melangkah berani ke masa depan sambil kekal setia kepada akarnya.

Dalam interviu eksklusif melalui e-mel ini, kami berbincang dengan Seiji Aoki, Legacy Virtua Fighter Project Producer, untuk memahami bagaimana kemajuan teknologi, pemain global, dan kebangkitan semula persaingan kompetitif telah membentuk evolusi terbaru siri ini.

Kredit: Sega

Dari pengenalan rollback netcode hingga usaha menyatukan komuniti, Aoki berkongsi pandangan tentang bagaimana Virtua Fighter 5 R.E.V.O. menjadi satu pencapaian penting dalam sejarah francais ini.

Kemajuan Seiring Teknologi

Kredit: Sega

Landskap gaming telah berubah secara drastik sejak pelancaran Virtua Fighter 5, dan kemajuan teknologi menjadi faktor utama dalam pembangunan R.E.V.O..

Aoki menjelaskan, “Kita kini berada di era di mana inovasi teknologi berkembang begitu pesat sehingga setiap beberapa tahun kita dapat menyaksikan lompatan besar. Peningkatan spesifikasi PC juga memudahkan kami melaksanakan rollback netcode dan resolusi 4K.”

Penambahbaikan ini bukan sahaja mempertingkatkan kualiti visual permainan, tetapi juga memberikan pengalaman yang lebih lancar dan responsif kepada pemain di seluruh dunia.

Kredit: Sega

Rollback netcode kini menjadi standard bagi fighting game moden, dan R.E.V.O. tidak terkecuali. Aoki berkongsi pandangan pasukannya tentang pengoptimuman online play:

“Kami percaya pelaksanaan rollback netcode adalah penting untuk mewujudkan persekitaran permainan yang lancar dan bebas tekanan bagi semua pemain, tidak kira di mana mereka berada.”

Langkah ini memastikan pengalaman yang konsisten dan memuaskan dinikmati oleh pemain kasual mahupun yang kompetitif, tanpa mengira lokasi mereka.

Menyambut Pemain Baharu

Kredit: Sega

Francais Virtua Fighter telah lama memiliki komuniti pemain yang berbeza-beza mengikut rantau, dari budaya arked yang meriah di Jepun hingga fokus kepada konsol di Barat. Untuk memenuhi keperluan pemain global, R.E.V.O. kini mengadaptasi trend gaming moden di platform PC.

Aoki menjelaskan, “Salah satu trend yang kami perhatikan ialah peralihan besar pemain dari konsol ke PC (Steam), jadi kami melihat ini sebagai peluang terbaik untuk memperkenalkan Virtua Fighter kepada khalayak yang lebih luas.”

Sebagai usaha untuk merapatkan komuniti global, pasukan juga telah melancarkan Virtua Fighter Official Discord Server untuk menyatukan pemain dari pelbagai budaya dalam satu ruang bersama.

Kredit: Sega

Bagi ramai pemain PC, R.E.V.O. mungkin menjadi pertemuan pertama mereka dengan siri Virtua Fighter. Aoki menegaskan kepentingan menarik minat pemain baharu terhadap francais ini:

“Adalah penting untuk kami memastikan generasi pemain semasa mengenali Virtua Fighter dan terdorong untuk mencubanya.”

Untuk merealisasikan matlamat ini, pasukan telah melancarkan halaman rasmi di media sosial, saluran YouTube, dan Discord komuniti, menyediakan platform mesra untuk untuk pemain baharu.

Batu Loncatan ke Masa Depan

Kredit: Sega

Dengan perkembangan pesat dunia eSukan, Virtua Fighter 5 R.E.V.O. berusaha untuk mengukuhkan posisinya dalam arena kompetitif.

Aoki berkata, “Pasaran untuk fighting game kini mengalami kebangkitan semula. Kita memerlukan komuniti pemain yang cukup besar untuk mengekalkan momentum ini dan memastikan game ini berkembang dalam dunia eSukan.”

Untuk mencapai visi ini, pasukan kami telah merancang pelbagai kejohanan dan acara bagi memberi peluang kepada pemain berpengalaman serta pendatang baharu untuk lebih mengenali game ini.

Kredit: Sega

Peminat setia telah lama menantikan entri baharu, dan Aoki mengusik bahawa R.E.V.O. mungkin memainkan peranan penting dalam masa depan Virtua Fighter.

“Ya, kami mencipta R.E.V.O. sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk menghidupkan kembali francais Virtua Fighter,” katanya.

Walaupun butiran mengenai Virtua Fighter 6 masih belum diumumkan, R.E.V.O. dilihat sebagai langkah pertama ke arah apa yang bakal menyusul.

Kredit: Sega

Mengimbau kembali warisan siri ini, Aoki menekankan nilai-nilai utama yang telah membentuk Virtua Fighter sejak awal:

“Prinsip inovasi dan realisme telah menjadi tunjang utama siri ini sejak Virtua Fighter pertama, dan R.E.V.O. tidak terkecuali. Prinsip-prinsip ini kekal menjadi asas francais Virtua Fighter dan akan terus membimbingnya ke masa depan.”

Bagi mereka yang berminat, game ini dilancarkan untuk PC melalui Steam pada 28 Januari 2025.

Tags: EksklusifSeiji AokiVirtua Fighter 5 R.E.V.O.
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Kad Slick Imitator – Gandakan Sihir Dalam MTG Aetherdrift!

Next Post

Game Samurai “Rise of the Ronin” Akan Datang Ke PC Steam pada 11 Mac!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Game Samurai “Rise of the Ronin” Akan Datang Ke PC Steam pada 11 Mac!

Game Samurai "Rise of the Ronin" Akan Datang Ke PC Steam pada 11 Mac!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd