Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game RoboCop: Rogue City Ditunda Sekali Lagi! Bakal Temui Peminat pada November 2023!

Maira by Maira
August 30, 2023
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Game RoboCop: Rogue City Ditunda Sekali Lagi! Bakal Temui Peminat pada November 2023!

Sumber: Nacon

Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan pada 2021, game RoboCop: Rogue City nampaknya mengambil masa yang lama untuk dimainkan oleh peminat. Game yang sepatutnya dilancarkan pada bulan Jun tahun ini telah ditunda sekali lagi oleh pembangun. Menurut laporan, RoboCop: Rogue City bakal keluar pada 2 November pula.

Penundaan ini telah pun didedahkan melalui trailer baharunya. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.

Buat masa ini, tiada sebarang kenyataan daripada pihak pembangun dan penerbit mengenai penundaan game ini. Malah halaman game di Steam dan Epic Games Store masih lagi kekal dengan tarikh pelancarannya pada September 2023. Tetapi memandangkan pengumuman rasmi ini telah dibuat, mungkin kedua-dua halaman game itu akan dikemas kini dalam masa terdekat.

Sumber: Nacon

Tentang RoboCop: Rogue City

Ia merupakan adaptasi game terbaru untuk francais sains fiksyen RoboCop. Anda akan bermain sebagai RoboCop untuk menangani jenayah di Old Detroit. Dengan menggunakan senjata berkuasa, anda perlu membasmi penjenayah sepanjang pengembaraan. Terima kasih kepada kekuatan robotik dan kebolehan sibernetik, anda adalah pegawai yang paling berkesan dalam menegakkan undang-undang.

Bandar Detroit telah dilanda beberapa siri jenayah, dan musuh baru mengancam ketenteraman awam. Penyiasatan anda membawa anda terus ke projek berbayang dalam cerita asal yang berlaku antara RoboCop 2 dan 3. Terokai lokasi ikonik serta temui wajah yang dikenali dari dunia RoboCop. Peter Weller, pelakon asal telah kembali bertugas untuk menyuarakan cybercop itu.

Sumber: Nacon

RoboCop: Rogue City akan dikeluarkan pada platform next-gen, termasuk PC, PS5 dan Xbox Series X/S, serta Nintendo Switch pada 2 November 2023. Untuk mendapatkan berita terkini mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: RoboCop: Rogue City
ShareTweetSend
Previous Post

The Equalizer 3 Review — Dendam Akhir Terlaksana, Tamatnya Kisah Assassin Hebat!

Next Post

Alami Pengalaman Baharu Maya di HavenXR Centre Malaysia! Akan dibuka pada 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Alami Pengalaman Baharu Maya di HavenXR Centre Malaysia! Akan dibuka pada 2024!

Alami Pengalaman Baharu Maya di HavenXR Centre Malaysia! Akan dibuka pada 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd