Game Deathloop oleh Arkane Studios telah ditangguhkan pada Q2 2021 tanpa tarikh rasmi. Ia tidak pernah ada tarikh pelancaran tepat, tetapi rancangan mereka adalah untuk mengeluarkannya untuk pelantar PC dan PlayStation 5 pada cuti 2020. Penerbit Bethesda dan pemaju Arkane Lyon mengumumkan penundaan ini pada 18 Ogos dan mengaitkan isu ini kepada keadaan kerja rumit disebabkan wabak coronavirus. Maklumat lebih lanjut mengenai Deathloop akan dikongsi dalam kemas kini akan datang.
To the community, an update on DEATHLOOP: pic.twitter.com/XveoG6AgoT
— DEATHLOOP (@deathloop) August 18, 2020
“Pada masa yang sama, kesihatan dan keselamatan semua orang di Arkan Lyon tetap menjadi keutamaan kami. Ketika menyesuaikan diri dengan bekerja dari rumah, kami mendapati bahawa untuk memberikan pengalaman baru dan menarik ini, di tahap kemas dan kualiti yang mendefinisikan permainan video Arkane dan pengalaman generasi seterusnya, memerlukan masa lebih lama daripada biasa.”
Walaupun ditangguhkan, kami akan menerimam lebih banyak maklumat tidak lama lagi. Arkane mengatakan bahawa mereka akan berkongsi lebih banyak kemas kini tentang Deathloop.
“Terima kasih atas sokongan dan kegembiraan anda. Maklum balas positif anda telah membantu kami ketika kami terus bekerja dari rumah. Kami tidak sabar untuk berkongsi lebih banyak maklumat mengenai Deathloop dengan anda, jadi jaga-jaga untuk kemas kini akan datang, tidak lama lagi. “
Pengumuman terbesar Deathloop adalah di acara PlayStation 5 pada bulan Jun di mana studio mempamerkan trailer sinematik bergaya untuk tontonan orang ramai. Beberapa butiran cerita ditambah untuk memberitahu pemain apa yang mereka lakukan dan mengapa mereka terperangkap dalam kitaran ganas.
Deathloop kini akan dilancarkan pada Q2 2021 dan untuk maklumat lanjut tentang gameplay, sila baca di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post