Nintendo bakal terbitkan Dr. Mario World untuk platform mobile iOS dan Android pada musim panas 2019 ni, agak-agak dalam pertengahan tahun ataupun Jun 2019. Ini didorongkan oleh profit yang besar diorang peroleh daripada game mobile diorang.
Fire Emblem Heroes kasi diorang USD$400 juta, Animal Crossing Pocket Camp USD$50 juta. Dalam kes Animal Crossing ni, kalau dia ada integration dengan upcoming Animal Crossing untuk Switch, confirm akan bertambah lagi. So, langkah yang bijak adalah gunakan momentum ni, dan Dr. Mario World adalah candidate yang cun. Sebab apa? Dia kan main macam Tetris tapi beza sikit dimana pemain kena hancurkan blok yang dah ada dalam play area. Satu benda yang kacang je nak apply kat touch screen; yang mana kat Super Mario Run sukar atau problem terus.
Similar feel atau bertemakan menda yang sama dah ada; iaitu Candy Crush. Korang tau Activision bayar hampir USD$6 billion semata untuk rights kepada Candy Crush. Ini menunjukkan yang Candy Crush memang cash cow. The fact that Nintendo tak keluarkan Dr. Mario World awal-awal lagi memang seolah-olah sengaja nak kasi game lain buat duit dulu. Heck, even spin off Candy Crush pun boleh buat duit bang..
Nintendo dah rasmikan Dr. Mario World akan datang ke platform mobile menerusi Twitter mereka:
The doctor is in! Mario puts on the white coat once again in the mobile game Dr. Mario World, targeting an early summer 2019 global release. #DrMario https://t.co/DTRBympHj0 pic.twitter.com/RfMZbbs3Mp
— Nintendo of America (@NintendoAmerica) January 31, 2019
Lepas tu pulak diorang ada announce yang Mario Kart Tour kena delay daripada Mac kepada musim panas 2019 gak, nampaknya sekarang Dr. Mario World keluar dulu la ni…
@gamersantaimy
Discussion about this post