Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Mobile “BanG Dream! Our Notes” Bakal Tiba, Memperkenalkan Dua Band Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 13, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Game Mobile “BanG Dream! Our Notes” Bakal Tiba, Memperkenalkan Dua Band Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Francais terkenal “BanG Dream!” akan menjadi lebih luas dengan kehadiran game mobile terbaharu berjudul “BanG Dream! Our Notes.” Game ini dijadualkan untuk keluar pada tahun 2026.

BanG Dream! Our Notes bakal menampilkan dua buah kugiran yang belum pernah dilihat sebelum ini, iaitu millsage dan Ikka Dumb Rock!. Kehadiran mereka akan memeriahkan lagi barisan kugiran sedia ada yang semakin popular seperti MyGO!!!!!, Ave Mujica, serta kugiran alam maya, Mugendai Mewtype.

Berita baik untuk peminat setia, disahkan bahawa game mobile rhtyhm sedia ada, “BanG Dream! Girls Band Party!”, akan diteruskan dan beroperasi seperti biasa walaupun selepas game baharu ini dilancarkan.

Mari Berkenalan Dengan Kugiran Baharu

millsage merupakan sebuah kugiran lima anggota yang membawakan aura elegan. Kugiran ini dianggotai oleh:

  • Nagi Kotohira (Gitar)
  • Mahoro Hamasaki (Bes)
  • Hotaru Shiomi (Keyboard dan Vokalis)
  • Houka Izumi (Dram)
  • Natsume Izawa (Gitar)

Sementara itu, Ikka Dumb Rock! pula menampilkan dinamik yang berbeza. Barisan ahli mereka adalah:

  • Yomogi Yakura (Bes)
  • Chieri Umezato (Dram)
  • Raika Suga (Gitar dan Vokalis)
  • Shizuku Shinomiya (Keyboard)
  • Miku Mahashi (Gitar dan Vokalis)

Pelancaran BanG Dream! Our Notes melambangkan satu fasa besar untuk francais ini, yang bermula sebagai sebuah siri manga dan anime sebelum berevolusi menjadi sebuah gergasi multimedia yang merangkumi konsert langsung, muzik, serta game “Girls Band Party!” yang sangat popular.

Tambahan kugiran MyGO!!!!! dan Ave Mujica, yang mana kedua-duanya menjadi fokus utama dalam siri anime baru-baru ini, memberi petanda bahawa game baharu ini akan meneroka kisah mereka dengan lebih mendalam.

Selain itu, Mugendai Mewtype, sebuah kugiran maya yang turut dijadualkan untuk memiliki siri anime sendiri pada tahun 2026, juga akan menjadi elemen penting dalam projek terbaharu ini.

Setakat ini, butiran terperinci berkenaan gameplay untuk “BanG Dream! Our Notes” masih belum diumumkan. Namun, dengan pelancaran pada tahun 2026, lebih banyak maklumat akan dikongsikan pada masa akan datang.

Tags: BanG Dream! Our Notes
ShareTweetSend
Previous Post

One-Punch Man: World Bakal Dihentikan, Server Ditutup Pada 27 Februari 2026

Next Post

Teaser Baharu Netflix One Piece Season 2 Kenalkan Nico Robin & Baroque Works!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI
Berita

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI

October 13, 2026
Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

Next Post
Teaser Baharu Netflix One Piece Season 2 Kenalkan Nico Robin & Baroque Works!

Teaser Baharu Netflix One Piece Season 2 Kenalkan Nico Robin & Baroque Works!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd