Mesti ramai yang sudah tidak sabar untuk bermain game yang keluar sepanjang Februari 2024. Bukan biasa-biasa game yang akan lancar nanti. Kita ada Persona 3 Reload, Final Fantasy VII Rebirth, Granblue Fantasy: Relink dan banyak lagi! Jom kita tengok semua game gempak lain yang akan keluar sepanjang Februari 2024.
Granblue Fantasy: Relink [PS5, PS4, PC] — 1 Februari
Granblue Fantasy: Relink berlaku di pulau terapung yang dikenali sebagai Sky Realm. Protagonis memulakan perjalanan bersama rakan naganya, Vyrn, ke pulau legenda Estalucia. Dia jumpa ramai kawan baru sepanjang perjalanan, termasuk Lyria, seorang gadis yang memiliki kuasa misteri.
Jujutsu Kaisen Cursed Clash [PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch, PC] — 2 Februari
Game ini merupakan 3D action brawler yang berdasarkan manga dan anime Jujutsu Kaisen yang sangat popular. Pemain akan membentuk pasukan dua watak untuk bertarung dalam pertempuran yang sengit serta mempertahankan manusia menentang raksasa yang dikenali sebagai Curses di Tokyo zaman moden di Jujutsu High. Gabungan watak yang berbeza akan mempunyai sinergi unik dan dinamik kuasa, menghasilkan pelbagai serangan pasukan tag yang kuat, kombinasi letupan dan banyak lagi.
Suicide Squad: Kill the Justice League [PS5, Xbox Series X|S, PC] — 2 Februari
Game third-person action-shooter Suicide Squad: Kill the Justice League membawa anda bermain sebagai Harley Quinn (Dr. Harleen Quinzel), Deadshot (Floyd Lawton), Captain Boomerang (Digger Harkness) dan King Shark (Nanaue) dalam misi mustahil melalui Metropolis untuk menyelamatkan Bumi dan mengalahkan Super Hero DC, Justice League.
Persona 3 Reload [PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, PC] — 2 Februari
Alami masa tersembunyi “Dark Hour” dalam game remake RPG daripada ATLUS, Persona 3 Reload!
Skull and Bones [PS5, Xbox Series X|S, PC] — 16 Februari
Masuk ke dunia Skull and Bones yang berbahaya, pengalaman aksi RPG dunia terbuka lanun co-op, untuk menjadi raja lanun yang paling terkenal! Terlibat dalam pertempuran tentera laut yang mendebarkan, cipta pelbagai kapal unik dan jalin pakatan apabila anda mengatasi cabaran dan membawa kekacauan di lautan.
Final Fantasy VII Rebirth [PS5] — 29 Februari
Selepas melarikan diri dari bandar dystopian Midgar, Cloud dan rakan-rakannya memulakan perjalanan merentasi planet ini. Pengembaraan baharu menanti dalam dunia yang rancak dan luas – pecut melintasi dataran berumput dengan menaiki Chocobo dan terokai persekitaran yang luas.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Game Februari 2024 mana yang anda tidak sabar untuk main? Boleh kongsikan di ruangan komen. Untuk mendapatkan segala liputan menarik tentang game, boleh klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post