Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Swift Go 14 Series Kini Tersedia di Pasaran! Harga Bermula RM 3599!

Maira by Maira
January 30, 2024
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Produk, Teknologi
0 0
0
Acer Swift Go 14 Series Kini Tersedia di Pasaran! Harga Bermula RM 3599!

Sumber: Acer

Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia mengumumkan kehadiran peranti yang sangat mudah alih kepada siri Swift Go 14 yang sedia AI. Barisan laptop ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri canggih yang meningkatkan pengalaman dan produktiviti pengguna. Direka bentuk dengan mengambil kira pengguna dinamik, Acer Swift Go yang nipis, ringan dan berkuasa mempunyai teknologi terkini dalam casis aluminium senipis 14.9 mm dengan berat hanya 1.32 kg.

Sumber: Acer

Dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra terkini, Acer Swift Go 14 didatangkan dengan Intel AI Boost untuk membukabanyak sumber yang dikuasakan AI dengan kecekapan kuasa yang hebat. Sebagai tambahan, dengan kehadiran Intel Unison, Swift go 14 dipadankan dengan peranti Android dan iOS dengan lancar. Jadi lebih mudah untuk anda memindah fail, membuat panggilan, menghantar mesej dan menguruskan peranti dengan mudah.

Sumber: Acer

Pengalaman sidang video juga dipertingkatkan dengan teknologi Acer PurifiedVoice yang menghapuskan bunyi noise pada latar belakang. Dilengkapi dengan webcam 1440p QHD bersama Acer PurifiedView, ia memaparkan background blur, framing automatik dan pembetulan pandangan untuk memastikan penampilan pada skrin yang optimum.

Apabila penggunaan kamera atau mikrofon laptop dikesan, ciri Acer QuickPanel yang inovatif membolehkan konfigurasi persidangan video yang pantas dan mudah. Selain itu, Acer AlterView baharu menggunakan peta kedalaman yang dijana AI untuk menukar imej 2D kepada wallpaper animasi dengan kesan 3D yang mencipta pengalaman visual yang dinamik.

Sumber: Acer

Touchpad OceanGlass yang mesra eco kini 44% lebih besar, membolehkan pengguna untuk skrol pada permukaan yang diperluaskan. Acer Swift Go 14 juga mempunyai butang khas untuk mengaktifkan AcerSense, membolehkan pengguna mengurus prestasi, penyelenggaraan dan menyesuaikan pengalaman mereka dengan mudah. Laptop ini juga dilengkapi dengna port sambungan penting, termasuk 100W pengecasan pantas, HDMI 2.1 dan satu slot MicroSD. Intel Wi-Fi 6E dan Intel Bluetooth LE Audio memastikan rangkaian tanpa wayar berkualiti tinggi dan sambungan audio.

Sumber: Acer

Acer Swift Go 14 tersedia dengan dua varian, di mana kedua-duanya dilengkapi dengan 16GB LPDDR5X. Varian SFG14-72-71MK mempunyai Intel Core Ultra 7 dan 1 TB SSD manakala varian SFG14-72-59S3 dilengkapi dengan Intel Core Ultra 5 dan 512 GB SSD.

Anda sudha boleh mendapatkan kedua-dua model laptop ini sekarang melalui kedai-kedai pengedar rasmi Acer di seluruh negara. Acer Swift Go 14 berharga RM 4,299 untuk versi Intel Core Ultra 7 dan RM 3,599 untuk Intel Core Ultra 5.

Untuk mendapatkan segala liputan berkaitan produk Acer daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Acer Swift Go 14Swift Go 14
ShareTweetSend
Previous Post

Like a Dragon: Infinite Wealth Tampil Dengan Lagu oleh Ringo Shiina!

Next Post

Game Hebat Yang Anda Boleh Main Sepanjang Februari 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Game Hebat Yang Anda Boleh Main Sepanjang Februari 2024!

Game Hebat Yang Anda Boleh Main Sepanjang Februari 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd